..

..

MUSA HASSAN BIDAS PEMBANGKANG PUTAR BELIT FAKTA AKTA MKN

on Monday, January 4, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kegusaran pembangkang kononnya Akta Majlis Keselamatan memberi 'kelebihan' kepada kerajaan dalam mengisytiharkan sesebuah kawasan itu sebagai kawasan keselamatan ditepis oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ditemui Antarapos baru-baru ini, Musa mahu pembangkang menyedari manfaat disebalik undang-undang yang baru diluluskan pada 22 Disember lalu.

Malah sikap pihak itu yang sering memutarbelit fakta disebalik undang-undang tersebut hanya akan menimbulkan lebih syak wasangka dikalangan rakyat.

"Apabila org dah buat (undang-undang) marah pula, dakwa ia zalim. Namun cadangan satu pun tiada.

"Pada saya ini adalah (tindakan) mempolitikkan sesuatu undang-undang. Jadi jangan buat begitu. Apa yang terbaik untuk menjaga keselamtan negara kita kena sokong.


"Jika kerajaan tidak menjaga keselamatan dan keamanan negara, ia adalah sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab," katanya sebagai menyelar perbuatan pihak pembangkang yang tidak henti-henti mengkritik akta berkenaan.

Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 3 Disember dan diluluskan di Dewan Negara pada 22 Disember lalu, digubal dengan mengambil kira persekitaran dan jenis ancaman yang melanda negara dan dunia mutakhir ini.

Mana-mana kawasan, yang akan diisytiharkan sebagai sebuah kawasan keselamatan akan diteliti tahap keselamatannya dan tindakan seterusnya akan dipertimbangkan oleh pasukan keselamatan.

Akta MKN ini memberi kuasa kepada Perdana Menteri atas nasihat majlis, mengisytiharkan kawasan tertentu di Malaysia sebagai kawasan keselamatan, dengan peruntukan 15 kuasa khas kepada Pengarah Operasi dan pasukan keselamatan.

Musa, dalam pada itu menambah pihak pembangkang juga boleh turut serta dalam perbincangan ahli-ahli majlis MKN sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

"Di dalam undang-undang ini MKN boleh melantik mana-mana pihak untuk berbincang jika wujudnya masalah keselamatan. Panggillah pihak pembangkang untuk bincang bagaimana nak perbaiki keadaan.

"Ia berkaitan soal keselamatan, maka kena bincang bersama. Pembangkang kena sokong, melainkan mereka hendak merosakan keselamatan. Jadi kita kena positif tentang hal ini, (tetapi) kenapa perlu selalu negatif?," soalnya.

Pembangkang sebelum ini mendakwa Akta MKN akan memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan.

Mereka juga turut menyifatkan berlaku pertindihan kuasa diantara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.