Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, penjualan tanah-tanah berkenaan dilakukan untuk tujuan pelaburan oleh syarikat-syarikat dari seluruh dunia.

Katanya, kerajaan negeri juga telah memberi syarat tertentu kepada syarikat berkenaan dan sekiranya tidak dipatuhi, pihaknya akan mengambil semula tanah-tanah berkenaan.

“Tanah di negeri telah dijual sejak lebih 50 tahun lalu dan kita juga melaksanakan perkara sama untuk tujuan pelaburan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah laman sosial Facebook milik sebuah parti politik mempersoalkan tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa menjual 2.8 hektar tanah kepada sebuah syarikat dari Singapura selain dikatakan turut menjual 8.1 hektar tanah kepada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat selain mempersoalkan sikap membisu pemimpin PKR berhubung perkara berkenaan.

Mengulas lanjut, Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, sekiranya isu jualan tanah berkenaan terus dibangkitkan, pihaknya bersedia untuk mendedahkan secara terperinci tanah serta nilai jualan.

Katanya, pembersihan tanah berkenaan dilakukan untuk tujuan pertanian dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengarahkan ianya dihentikan serta merta.