..

..

KU NAN JAWAB MENGAPA TINDAKAN DISIPLIN TIDAK PERLU KEPADA 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH

on Friday, January 22, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Seperti dijangka tiada tindakan disiplin terhadap 14 Ketua Bahagian UMNO yang mendesak Presiden melakukan perubahan pimpinan di negeri Kedah . Harus diingatkan jawatan MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri adalah lantikan Presiden bukan jawatan yang dipilih ahli dan rakyat.  Mereka mendesak Presiden melakukan perubahan kepimpinan .

Jadi jika ada macai pro Tun dan Zahid Mat Arif yang  marah mengapa tindakan disiplin tidak diambil terhadap Ketua Bahagian ...baca dulu peraturan perlembagaan parti . 




Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.

Beliau berkata Ibu Pejabat UMNO telah memantau sidang media oleh ketua-ketua bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.

"Mereka berharap agar Presiden UMNO dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah tersebut, katanya.


4 Responses

  1. zakir says:

    UMNO dapat menang balik Kedah masa PRU-13 dulu sbb Najib janji nak jadikan Mukriz sbg MB Kedah. Atas faktor Mukriz nak jd MB Kedah la, rakyat Kedah pilih semula UMNO/BN utk mentadbir negeri Kedah. Skang ni nak gulingkan plak Mukriz atas alasan2 politik, padahal rakyat Kedah kebanyakannya amat menyenangi Mukriz. Mukriz baru je jd MB Kedah sepenggal, sudah tentu ada kelemahan di sana sini. Sepatutnya Mukriz digilap sbg pelapis pimpinan muda UMNO atas ketokohan beliau memenangi hati rakyat. Ni la masalah UMNO. Mcm mana org2 muda nak dekat dgn UMNO kalo pemimpin muda UMNO asyik kene cantas je? Ingat masa depan nanti Najib, Ku Nan n the geng masih kuat ke nak jd pemimpin? Sudah tiba masa UMNO ada wajah2 org muda sbg pelapis!

  2. Anonymous says:

    Hanya orang bodoh sahaja berfikir ini bukan kerja Najib dan tentera macainya.

  3. Anonymous says:

    Biar betul Ku Nan ni!!!!!

  4. Anonymous says:

    Mat bongok ni memang tak sedar diri.Mukhriz di pilih oleh rakyat tapi Mat bBongok ni di pilih oleh Na*ib

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.