..

..

KAPTEN RAYANI AIR BIDAS TUDUHAN TUN MAHATHIR GUNA NAMA ISLAM , SEBENARNYA BAWA IMEJ MALAYSIA

on Thursday, January 7, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Rayani Air membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendakwa syarikat penerbangan baharu  itu cuba menggunakan nama Islam untuk mengaut keuntungan.
Menurut Ketua Pengarah Operasinya, Kapten Sumar Lee Hashim Lee, pihaknya cuba menampilkan ciri-ciri Islam dalam penerbangan Rayani kerana bertepatan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Beliau menolak dakwaan Rayani Air bermotifkan keuntungan semata-mata, sebaliknya cuba membantu bangsa Melayu khususnya dalam mendapatkan pekerjaan.
Tambahnya, meskipun pemilik penerbangan itu adalah berbangsa India, namun konsep keislaman yang diterapkan itu adalah cetusan idea daripada empat orang kakitangan dalam bidang pengoperasian termasuk beliau sendiri.
“Itu pandangan peribadi Tun, dalam sesuatu perniagaan apa-apa pun memang nak untung, kalau tak mahu untung tak payahlah berniaga, tapi bila ada dakwaan kita guna nama Islam untuk kaut keuntungan, itu tak betul, kita hanya bawa ciri-ciri Islam dalam syarikat penerbangan ini.
sumer lee rayani air
SUMAR LEE
“Contohnya kita tengok perniagaan tudung Fareeda, Neelofar, kalau tak kerana ciri-ciri Islam yang ditampilkan, pengeluar tudung itu sendiri pun takkan untung,” katanya ketika temubual eksklusif bersama BNBBC.my.
Rayani Air bulan lalu memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan yang mewajibkan anak kapal kabinnya memakai tudung bagi yang beragama Islam.
Syarikat itu juga menyediakan makan minum daripada sumber halal, melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.
Ia kemudiannya mendapat respon Tun Mahathir dengan mempersoal adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan lebih Islam berbanding yang lain.
“Pakai tudung buat kerja salahkah?.  Ia sopan, Islam wajib pakai tudung, itu antara ciri-ciri Islam yang kita masukkan (dalam Rayani Air), di Malaysia juga sekarang ni ciri keislaman menjadi satu tarikan dan ia adalah satu kebaikan
“Bukan nak tunjuk lebih Islam, cuma kita nak penuhi kehendak keislamaan dengan mengetengahkan konsep ciri-ciri Islam dimana kita wajibkan pekerja kita pakai tudung.
“Polisi yang kita buat tu disambut baik, bukan setakat pekerja menyambut baik,  malah sekarang ni orang Malaysia semakin  ramai memakai tudung,” ujar Sumar Lee.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.