..

..

HUBUNGAN DAP - ISRAEL : ZUHDI TERIMA CABARAN GUAN ENG TUNJUK BUKTI

on Monday, January 11, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyahut permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam yang mahu beliau mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa DAP menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel. 
Menurut Zuhdi, beliau bersedia untuk mengemukakan bukti-bukti yang berkaitan dakwaan yang diketengahkan kembali melibatkan isu yang didedahkan oleh dibuat oleh bekas pegawai khas Lim, Mohamed Razali Abd Rahman empat tahun lalu itu.

“Saya akan kemukakan bukti-bukti berkenaan secara terbuka dari semasa ke semasa.

“Malah bukti yang saya akan kemukakan itu tidak semestinya melibatkan Israel tetapi juga hubungan DAP dengan pihak-pihak yang mengancam Islam.

“Saya sendiri telah berjumpa dengan Mohamed Razali dan bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan siapakah sebenarnya DAP kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada The Rakyat Post. 
Semalam, Guan Eng Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah berjumpa atau bersalam dengan pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana. 
Tegas Setiausaha Agung DAP itu lagi, beliau tidak faham mengapa DAP dikaitkan dengan Israel sedangkan beliau tidak pernah jumpa dan salam dengan pemimpin Israel.
Beliau kemudiannya meminta Pas untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Mohd Zuhdi turut mengatakan bahawa Mohamed Razali mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel. 
Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya - sumber


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.