..

..

CARI SUMBER PENDAPATAN LAIN PROJEK PIP , BATAL PROJEK TAMBAK LAUT - PAS P.PINANG

on Monday, January 18, 2016 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dewan Pemuda Pas mendesak DAP menilai semula pelan pembangunan di ne­geri itu termasuk rancangan menambak laut bagi mencari sumber pendapatan lain kerana bakal me­nutup periuk nasi golongan nelayan pesisir yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut.

 Khairil Nizam Khirudin Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, alasan bahawa kerajaan negeri memerlukan sumber pendapatan lain untuk menampung pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) berjumlah RM27 bilion tidak boleh diterima memandangkan ia hanya menyebabkan kemusnahan habitat laut dan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Khairil berkata, DAP sepatutnya mencari sumber pendapatan lain dengan cara membangunkan da­erah barat daya yang agak mundur iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Pantai Acheh, Balik Pulau, Teluk Bahang, Kota Kuala Muda, Penanti dan Bukit Mertajam.

“Kawasan-kawasan seperti itu dilihat agak ketinggalan daripada segi pembangunan serta sosio­ekonomi berbanding timur laut Pulau Pinang dan Seberang Perai Tengah seperti Georgetown, Bayan Lepas dan Seberang Jaya.

“Dengan memajukan kawasan-kawasan tersebut berserta de­ngan pelan pembangunan yang terancang dan berdaya maju, kerajaan ne­geri sebenarnya boleh menjana pendapatan untuk menampung kos PIP tanpa perlu menambak laut demi memelihara alam sekitar serta mengekalkan ekosistem hidupan laut dan nelayan pula dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa dengan pendapatan yang tidak terjejas,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum ini menyatakan projek tambakan laut akan dite­ruskan bagi mencari sumber ke­wangan untuk menampung kos per­belanjaan PIP.

Rancangan berkenaan bagai­ma­na­pun mendapat bantahan daripada rakyat terutama aktivis alam sekitar dan golongan nelayan pesisir yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai punca pendapatan harian.

Khairil berkata, Pemuda Pas turut mempersoalkan hasrat Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membangunkan projek perumahan mewah di kawasan tambakan itu yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat biasa kecuali golongan kaya daripada kaum tertentu.

“Kerajaan negeri wajar menilai semula polisi pembangunan mereka agar tidak wujud pembangunan tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar serta menjadikan keperluan rak­yat sebagai keutamaan seperti menyediakan rumah mampu milik di saat harga rumah melam­bung tinggi dan kos sara hidup yang meningkat.

“Pembangunan yang seimbang adalah sangat penting bagi memastikan tiada rakyat ketinggalan dan tenggelam dalam arus pemodenan dan pembangunan yang pesat,” tegasnya. -


One Response

  1. Anonymous says:

    Cinabukit mana nak kisah tentang alam sekitar?? DUIT ADALAH SEGALA GALANYA!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.