..

..
Archive for October 2015

default

ARUL KANDA SAHUT CABARAN TONY PUA DEBAT LIVE DI TV #1MDB

on Thursday, October 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR 29 Okt. - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda sedia bersemuka dengan Tony Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat Anggota Parlimen Petaling Jaya itu melepaskan jawatannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Arul Kanda berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.

Menurutnya, beliau bersedia memenuhi permintaan Chua itu dengan syarat anggota parlimen itu terlebih dahulu meletak jawatannya daripada PAC, yang sedang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

"Untuk memelihara integriti siasatan PAC dan mengelak berlakunya percanggahan kepentingan, Tony terlebih dahulu perlu meletak jawatannya daripada PAC," kata Arul Kanda dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam laman sesawangnya, tonypua.blogspot.my, Pua berkata, semasa ditemu bual dalam program 'Bernama TV with Arul Kanda,’ bos 1MDB itu menegaskan tiada suatu pun perkara yang disembunyikan berkaitan 1MDB.

Program itu disiarkan pada 10 malam semalam melalui Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com.

Pua mendakwa kebanyakan jawapan Arul Kanda melalui program itu bersifat kitar semula dan menimbulkan keraguan.

Arul Kanda menjawab: "Dalam usahanya berbuat demikian, Tony tidak bolehlah menjadi juri hakim dan pelaksana hukuman.

"Oleh itu, saya percaya beliau memiliki keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan melepaskan jawatan dalam PAC untuk membolehkan kami mengadakan, seperti apa yang beliau katakan 'perbincangan tanpa batasan' secara langsung melalui televisyen.".- BERNAMA

default

AZMIN LULUS 3 LEBUHRAYA BARU , PKR DICABAR AMBIL TINDAKAN SEPERTI KHALID IBRAHIM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PKR dicabar mengambil ambil tindakan terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali jika benar parti itu tidak dimaklumkan mengenai kelulusan pembinaan tiga lebuh raya.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Noh Omar parti itu pernah bertindak tegas terhadap mantan Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini apabila beliau menandatangani memorandum persafahaman konsesi air dengan kerajaan Persekutuan.
"PKR mesti tegas. Kalau dasar mereka satu-satu keputusan ini dibuat oleh Menteri Besar mesti rujuk dengan pimpinan PKR dan jawatankuasanya, macam mana dibuat terhadap Khalid pasal air, tidak rujuk dia dipecat. Begitulah juga perlu dibuat sekarang.
"Jadi macam Azmin kita dimaklumkan, kita tidak tahu kalau ikut Rafizi mereka tidak tahu dan tidak dimaklumkan jadi PKR kena ambil tindakan yang tegas macam mana mereka ambil tindakan terhadap Khalid," katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen Khamis.
Untuk rekod, Kerajaan negeri Selangor bersetuju dengan pembinaan tiga lagi lebuh raya yang melalui jajaran negeri itu.
Tiga lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Damansara- Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang dalam pembinaan.
Sebahagian besar, syarikat konsesi lebuh raya pada 15 Oktober lalu telah mengumumkan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara.
Noh Omar yang juga merupakan ahli Parlimen Tanjong Karang menyifatkan Azmin membuat keputusan berat sebelah dan mempunyai motif tersirat kerana sebelum ini membatalkan projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex).
"Kedua, Azmin juiga macam berat sebelah, Kidex dia batalkan ada yang diluluskan dan dibatalkan, sebab apa? Adakah kerana syarikat-syarikat konsesi yang datang jumpa dengan dia baru dia luluskan, yang mana syarikat konsesi tidak jumpa dia, dia tidak mahu lulus?," katanya lagi.
Azmin terdahulu menegaskan Kidex tidak termasuk dalam pelan rancangan tempatan Petaling Jaya, sekali gus menjadikan ia salah satu alasan kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan pembinaan projek lebuh raya itu.-29/10/2015

default

KETUA BAHAGIAN LUAHKAN KECEWA SIKAP MUHYIDDIN MEMBURUKKAN UMNO & PM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Tiada sebarang komplot untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya kebanyakan ketua Umno bahagian melahirkan rasa dukacita terhadap sikap yang ditunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, kata-kata Muhyiddin untuk mempertahankan Umno tidak selari dengan tindakannya yang cuba memburukkan Umno selepas mesyuarat Majlis Tertinggi.

Menurutnya, tindakan itu membuatkan ramai ketua bahagian bosan dengan sandiwara yang sengaja dimainkan Muhyiddin.

“Situasi sekarang ini terlalu banyak cerita buruk yang diperkatakan mengenai parti.

“Ini memberikan gambaran tidak baik kepada pemimpin dan ahli di peringkat bawahan. Beliau adalah pemimpin tertinggi dan seharusnya menunjukkan kesetiaan terhadap parti dan juga Presiden,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Manan berkata, Muhyiddin ibarat cuba menagih simpati dan menganggap dirinya dianiaya oleh orang-orang yang tidak menyokongnya.

“Kalau nak jadi pemimpin, kita kena telus, jujur dan ikhlas. Bukan di depan lain, di belakang lain,” katanya.
Beliau berkata, dakwaan mengenai gerakan untuk menjatuhkan Muhyiddin adalah tidak benar kerana semua bijak menilai untuk memilih pemimpin.

default

PENGIRAAN MATEMATIK RAFIZI BAYAR RM19 SEHARI GST TAK LOGIK & MENIPU !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih tinggi berbanding kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan, dibidas anggota Parlimen kerajaan yang menyifatkan Anggota Parlimen Pandan itu sengaja memutar belit fakta untuk menghasut rakyat.
   
Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang tegas menolak dakwaan itu menyifatkan pengiraan Rafizi 'tidak logik' mengambil kira perbelanjaan itu diandaikan dibuat oleh 'orang biasa'.    
 
"Bagi saya orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.
   

"Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
   
Nawawi berkata perkiraan Rafizi itu jelas tidak tepat kerana mereka yang tergolong dalam pendapatan itu tidak akan mampu membayar GST melebihi pendapatan bulanan.
   
"Mana logik matematik yang membolehkan gaji RM4,000 sebulan membeli barang lebih RM8,500 sebulan...tiap-tiap bulan dia akan berhutang RM4,500 atau lebih 100 peratus daripada sumber gaji bulanan," katanya.
   

Rafizi sebelum ini mendakwa kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen sehari.
   
 
Peralihan cukai itu juga akan menyebabkan rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan bagi tahun depan, dakwa Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
   
Perkara itu turut disentuh Ahmad Nazlan Idrin (BN-Jerantut) yang menyifatkan dakwaan Rafizi itu satu lagi penipuan dan perkiraan yang tidak waras.
   
"Ini lagi satu penipuan. Kalau seseorang belanja RM316 sehari bolehlah kerajaan kutip RM19 sehari, tapi adakah ini satu perkiraan yang waras?
   
"Rata-rata pendapatan golongan B40 tidak sampai RM3,000...maknanya ini satu lagi kaedah putar belit dan kenyataan menghasut rakyat," katanya yang membahaskan rang udang-undang sama. - Bernama

default

MUHYIDDIN ADA MOTIF TERTENTU MEMBERONTAK WALAUPUN PENDIRIAN DULU LAIN - PENGANALISIS POLITIK

on Wednesday, October 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Kritikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka di luar platform Umno merupakan tindakan yang bertentangan dengan pendirian dan komitmen asal orang nombor dua Umno itu untuk memperkukuhkan parti sebelum ini.
 
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan & Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Abdul Halim Sidek berpendapat, tindakan Muhyiddin itu mempunyai motif tertentu kerana beliau sedar teguran sinis yang dibuat sejak Mei lalu hanya memporak-perandakan parti.
 
Dulu beliau kata, walaupun bukan Timbalan Perdana Menteri, tapi dia pejuang dalam Umno, kalau dia berjuang dalam satu platform, dia kena menjaga maruah parti itu walau apa pun berlaku, secara dalaman, pertelingkahan dia, perselisihan faham dia, antara pemimpin dalam parti.
 
“Ini tak perlu diuar-uarkan ke luar, ini urusan dalaman rumah tangga, tapi oleh sebab beliau dah bawa benda ini ke luar, menunjukkan beliau masih lagi tidak aman dan tenteram dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang melucutkan jawatannya dalam Kabinet,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin dalam Bicara Minda Sinar Harian pada Sabtu lalu yang mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu individu yang bertanggungjawab memberi laluan kepada Najib untuk bertanding sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu pada 2009 lalu.
 
Mengulas lanjut, Abdul Halim juga berkata, Muhyiddin tidak sewajarnya mempunyai sikap bertentangan dengan keputusan parti termasuk melakukan ‘pemberontakan’ terhadap Presiden Umno.
 
“Nampaknya beliau seolah-olah macam meronta, meledak dan memberontak menentang Datuk Seri Najib, sebagai ketua parti dan ini tidak sepatutnya berlaku. Dalam sejarah Umno, tiada seorang pun boleh bersuara sedemikian melainkan Presiden.
 
“Semua orang kena bercakap sebagai satu suara, walaupun beliau Timbalan Presiden Umno, tapi beliau bercakap bercanggah dengan pendirian dan kepimpinan parti. Sekarang beliau telah memporak-perandakan parti, jadi mesej yang diberi kepada ahli parti sudah kelam-kabut sekarang ini,” ujarnya.
 

Abdul Halim berkata lagi, Muhyiddin merupakan satu-satunya pemimpin tertinggi Umno bukan sahaja tidak menyokong bahkan menentang kepimpinan Najib dalam parti Melayu itu.
 
“Kita lihat beberapa bulan lepas, semua pengerusi perhubungan Umno negeri menyokong kepimpinan Najib. Tiada seorang pun tak sokong, jadi sekarang ini Muhyiddin nampaknya satu-satunya yang menentang kepimpinan Najib.
 
“Kalau beliau nak tegur Najib ini tak buat kerja, beliau boleh berbuat demikian secara dalaman, bukan pergi ke platform di luar dan membuat komentar-komentar negatif terhadap kepimpinan Najib kerana beliau ada akses kepada Datuk Seri Najib,” katanya lagi.

default

RASUAH RM5 JUTA : KERAJAAN PAS BERI JAMINAN TAK LINDUNGI ADUN TERLIBAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap seorang Adun yang mempunyai hubung kait dengan kegiatan pembalakan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan), Kelantan begitu terbuka dalam setiap isu yang dibangkitkan.

“Kalau sudah bawa kepada SPRM kita serah pada SPRM, kerajaan Kelantan terbuka, sejak dari zaman Tok Guru (bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kita sentiasa terbuka.

“Kita akan memberikan kerjasama dan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya didapati terlibat, kerajaan negeri penuh integriti,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Sebelum ini satu aduan rasmi berkaitan dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap Adun itu telah difailkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama wakil pengundi muda luar Kelantan.

Wakil pengundi muda luar, Mohd Afiq Ayob dipetik sebagai berkata, beliau yakin SPRM dapat menjalankan siasatan dengan bantuan 50 helaian dokumen yang menjadi bukti untuk menyelesaikan hampir separuh daripada kes ini.

"Dokumen yang saya serahkan terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan pembayaran wang kepada seorang Adun Kerajaan Negeri, 'sumbangan' kenderaan Toyota Fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.

"Dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai 'sumbangan' RM32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang Adun kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tiles’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan dan mendedahkan pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan salinan cek disertakan.

"Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai satu dokumen pembayaran tunai atas nama anak syarikat kerajaan negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk yang menggunakan alamat Istana Negara bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta). Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta."

default

PENSYARAH DR MASZLEE PERSOAL KREDIBILITI WAN AZIZAH TAK LAYAK JADI KETUA PEMBANGKANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



AIDCNews – 26/10/15 – Kenyataan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik yang mempersoalkan kredibiliti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang mula menjadi viral di internet sejak semalam.
“Adakah Datuk Seri Wan Azizah akan dipinggirkan dari Pakatan Harapan atau ditukar kepada yang lebih bagus, lebih lantang, lebih progresif, lebih inklusif.
“Siapa yang lebih layak mengetuai Ketua Pembangkang?,” soal facebooker pro PAS, Mohd Zubit Lebai.
Mengulas isu sama, seorang lagi facebooker pro PAS, Hazwan Faisal mengangap kenyataan Dr Maszlee (di atas) sebagai bibit-bibit awal perpecahan Pakatan Harapan.
“Retak menunggu rebah. Berpunca dari penubuhan tanpa asas kukuh,” katanya.
Hanisya Abdul Hamid juga turut berkongsi pendapat yang sama.
“Dulu semasa Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang beritahu yang Kak Wan tidak layak jadi MB Selangor bukan main lagi kalian berang naik angin seluruh badan.
“Yang ini mengapa kalian terus membisu terkedu tergigit lidah tidak berani nak keluar suara … mana perginya suara bantahan AMK???? … mana laungan budak-budak Jingga 13????? … Wanita PKR mana menyorok????? … Otai Reformis mana?????,” soalnya.
Pada 19 Oktober lalu, Maszlee yang juga Ahli Majlis Syura IKRAM yang sering dilihat pro Parti Amanah Negara tanpa berselindung mengkritik Wan Azizah.
“Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau (Wan Azizah) menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang,” kata Maszlee dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berlaku kelam kabut berkaitann usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.
Pada mulanya, Ahli Parlimen PKR, Hee Loy Sian kemukakan usul tersebut tetapi tindakan itu dipertikai oleh DAP.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Hee menarik balik usul tersebut dan meminta Wan Azizah sendiri selaku Ketua Pembangkang mengemukakan sendiri di Parlimen.
“Sebagai Ketua Pembangkang, sebelum meminta Hee membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu,” kata Maszlee.
Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.
“Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi Ketua Pembangkang,” katanya lagi.

default

NIZAR JAMALUDDIN MOHON MAAF TERBUKA KERANA FITNAH PM @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang didakwa atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada perdana menteri.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Ikmal Hishan memerintahkan Adun Changkat Jering itu membaca permohonan maaf berkenaan di dalam mahkamah bagi memudahkan beliau mencatatkannya dalam rekod prosiding kes tersebut.

Mohammad Nizar kemudian memohon maaf secara terbuka dan memaklumkan beliau kini menyedari bahawa kenyataannya terhadap Najib, seperti yang disebut dalam pertuduhan, adalah tidak berasas.

"Oleh yang demikian, saya dengan ikhlas dari hati ingin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan lebih berhati-hati supaya kejadian seumpamanya tidak akan berulang lagi," katanya.


Terdahulu, Yusaini Amer berkata perdana menteri menerima surat permohonan maaf daripada Mohammad Nizar pada 22 Oktober lepas.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya kes ini dikompaunkan, dengan izin mahkamah, serta meminta Mohammad Nizar membuat permohonan maaf secara terbuka dan beliau sedia menerima permohonan maaf itu," katanya.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara jam 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden Mohd Yusof berhubung isu pengadu dalam kes itu. - Bernama



 Komen GPB

Kalau PM tak maafkan fitnah Nizar , dah lama dia ni didenda atau dipenjara . Betapa mulianya hati Najib yang memaafkan pemfitnah dirinya ini .

Akhirnya kebenaran muncul dan Najib hanya ingin membersihkan diri  dan mempertahankan maruah  ekoran   difitnah oleh Nizar.


default

PAS BUAT PENDEKATAN BARU, SEDIA KERJASAMA DENGAN UMNO & KERAJAAN BN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.


“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya

default

FITNAH PM NURUL IZZAH DI TWITTER SERLAHKAN MENTALITI LOW CLASS PEMBANGKANG

on Tuesday, October 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Tweet Ahli Parlimen Lembah Pantai  Nurul Izzah yang  menuduh PM menggunakan duit derma 1MDB ketika membli kasut jogging di kedai sukan Al Ikhsan cukup memalukan . Ramai netizen dia media sosial menghentam dan kritik komen anak Anwar ini .

Sebenarnya ia juga telah membuka mata rakyat yang masih waras bahawa pemimpin pembangkang yang menjadi Ahli Parlimen ini seperti Nurul Izzah mempunyai pemikiran low class & tidak matang berpolitik !

Mereka ingat ianya seperti lawak seperti mana seorang lagi kaki fitnah terkenal iaitu Rafizi Ramli yang disaman PM dan isteri .

Ia seolah-olah menjadi makanan harian mereka di dunia ini dengan  memfitnah Perdana Menteri setiap hari bagi membolehkan sokongan diraih hasil modal  politik kebencian !


default

NAK BERSUARA GUNA SALURAN BETUL BUKAN JERIT PANGGIL SIDANG MEDIA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




UMNO Pulau Pinang berpendirian bahawa setiap pemimpin dan anggota parti mempunyai saluran yang betul untuk bersuara dan memberi pandangan terhadap sesuatu perkara berkaitan parti dan kerajaan.

Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang mengatakan pemimpin UMNO penakut dan tidak berani bersuara adalah tidak benar kerana mereka bersuara menerusi saluran parti.

“UMNO Pulau Pinang merasakan kami berhemah, kami menggunakan saluran parti. Ada perkara tidak perlu kami ceritakan secara hebahan awam, ada perkara kami buat secara dalaman. Kami (boleh) bagi pandangan, macam saya pun kalau ada apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya boleh terus SMS kepada presiden parti.

“Itu adalah suara saya yang mewakili UMNO negeri. Suara sekarang tak semestinya menjerit, panggil sidang media. Suara kami boleh sampai melalui Whatsapp, Telegram, SMS,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa pemimpin dalam parti dan kerajaan tidak berani bersuara untuk menyatakan kebenaran kerana mahu melindungi kepentingan politik dan kedudukan masing-masing.

Muhyiddin pada program ‘Bicara Minda: Berani Kerana Benar’ anjuran Sinar Harian pada Sabtu lepas, menggesa pemimpin dalam UMNO dan kerajaan supaya lebih berani mengambil tindakan serta melakukan perubahan jika melihat perkara mungkar.

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang menghormati pandangan Muhyiddin itu, namun perkara itu perlu dilakukan secara berhemah dan mengikut saluran yang betul kerana ia penting untuk memupuk disiplin serta kewibawaan sesebuah parti.

“Bayangkan kalau semua orang bersuara, mengkritik presiden di luar parti, ia akan menjadi huru-hara. Kita ada saluran, boleh dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi,” katanya.

Terdahulu, Zainal Abidin mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, melancarkan penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (CDERT) peringkat negeri, di sini hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 494 komuniti ditubuhkan sebagai pasukan CDERT di Jabatan Pertahanan Awam Pulau Pinang.

Pasukan itu ditubuhkan dengan matlamat melahirkan komuniti berkeupayaan mengambil tindakan awal bagi mencegah kemalangan dan bencana di kawasan kejiranan melalui ilmu Pertahanan Awam, sementara menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat.

default

GUAN ENG KRITIK #BAJET2016 TUTUP PEKUNG KEGAGALAN TADBIR P.PINANG @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



lim guan eng parlimen












Mengkritik segala inisiatif yang diambil kerajaan untuk kemakmuran rakyat dan negara serta mengaitkan pelbagai masalah dan cabaran yang terpaksa dilalui adalah sesuatu yang cukup mudah untuk dilakukan.
Hakikat itu dibuktikan Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sewaktu membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Isnin petang.
Guan Eng tanpa sekelumit rasa meletakkan segala-gala masalah dan beban yang menghimpit rakyat dan negara ke atas pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwanya punca pelabur asing gusar untuk melabur di Malaysia.
Isu 1MDB juga didakwa Guan Eng sebagai punca kejatuhan nilai ringgit yang kini berlegar di paras RM4.2+ berbanding AS$1.
Malah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semuanya diserang Guan Eng kerana didakwa membebankan rakyat.
Guan Eng sengaja melupakan fakta demi mengelirukan rakyat bahawa semua isu yang ditimbulkan beliau sebenarnya berkait rapat dengan pergerakan ekonomi dunia dan tidak semata-mata diputuskan Kerajaan Pusat.
Sekaligus, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengkritik segalanya bagai pakar ekonomi dengan mempertikaikan segala perancangan ekonomi yang diatur serta dirancang Kerajaan Persekutuan demi rakyat.
Sekilas pandang, Guan Eng kelihatan cukup hebat bersuara lantang dalam perjuangan yang kononnya demi kesejahteraan rakyat.
Hakikatnya bagaimanapun ialah serangan Guan Eng itu sebenarnya bertujuan melindungi kegagalan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
Sejak 2010, DAP Pulau Pinang menyaksikan penurunan ketara pelaburan langsung asing (FDI) dari RM10.451 bilion kepada sekadar RM1.794 bilion pada 2014.
Malah beberapa kilang multinasional di Pulau Pinang juga telah ditutup sekaligus menyebabkan ribuan rakyat kehilangan sumber pendapatan.
Umpamanya penutupan kilang Fairchild Semiconductor yang menjejaskan kira-kira 1,892 pekerja.
Dan untuk menampung kekurangan punca sumber pendapatan itulah menyebabkan Guan Eng membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan caj pembangunan, tarif air dan bayaran letak kereta.
Antaranya ialah caj levi hotel yang dikenakan pada setiap bilik yang disewakan manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menaikkan cukai taksiran sehingga 14 peratus.
Tidak cukup dengan itu, aktiviti riadah juga turut dikenakan bayaran tambahan apabila pengunjung Fort Cornwalis kini dikenakan bayaran RM10 berbanding RM3 sebelum itu.
Pastinya hujah Guan Eng jika ditanya ialah semua itu dilakukan kerana beliau tidak rela membebankan rakyat negeri itu dan dilakukannya demi kemakmuran penduduk negeri.
Namun dalam pada Guan Eng begitu bersemangat mengkritik segala perancangan kerajaan sewaktu perbahasan itu, beliau tanpa sebarang rasa malu mendakwa Kerajaan Pusat menganaktirikan Pulau Pinang hanya kerana ditadbir DAP.
Guan Eng sesuka hati mendakwa Pulau Pinang diabaikan sedangkan fakta langsung tidak menyebelahi beliau.
Ini kerana fakta jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat saban tahun memperuntukkan jutaan ringgit untuk projek pembangunan di negeri itu.
Antaranya peruntukan RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Malah sesuatu yang tidak akan sesekali dapat disembunyikan Guan Eng ialah pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bernilai lebih RM4.5 bilion.
Selepas hampir 30 minit lantang menghentam dan mengkritik, Guan Eng tanpa malu menuntut Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan untuk membesarkan LTAPP yang dianggarkan bernilai RM600 juta.
Sekaligus, silalah nilai sendiri perangai pemimpin DAP itu yang cukup lantang mengkritik tetapi akhirnya meminta tanpa sebarang rasa malu. - BNBBC-

default

DEMI BURUKKAN ZAHID , MALAYSIAKINI SANGGUP BUAT JUGA KERJA FITNAH SIA SIA @Zahid_Hamidi

on Monday, October 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kecoh kelmarin artikel media pro Kerajaan iaitu Berita Harian yang silap melaporkan berita di portal online dengan mendakwa DS Ahmad Zahid Hamidi menyebut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada UMNO. 




Tetapi artikel itu telah ditarik balik selepas selepas didapati tidak disebut langsung oleh beliau. 

Malangnya ia  sengaja dijadikan bahan oleh  Malaysiakini  untuk memburukkan Zahidi Hamidi dengan melagakan dengan Muhyiddin Yassin dengan tajuk artikel seperti  di bawah . 


Tetapi apabila mendengar dan lihat  sendiri video AWANI  menemuramah  DS Ahmad  Zahid Hamidi jelas langsung tidak menyebut agar Muhyiddin Yassin keluar UMNO . 



Berikut komen penuh DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Beliau Setia Kepada DS Najib Walau Jadi Pilihan Utama Tun Mahathir

" Saya fikir, dalam politik, hakikat menjadi elemen utama dalam menentukan kedudukan seorang, saya menghormati apa yang dilontarkan oleh TS Muhyiddin, dan saya juga menghormati perasaan beliau, namun, saya fikir, realiti yang harus dihadapi, ialah kita tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tidak menjadi realiti.

Apa yang perlu diterjemahkan ialah jika sesuatu itu harus dilihat dari segi dokongan kepada organisasi yang pernah kita berada di dalamnya, maka, itulah yang harus kita jadikan pegangan dan bukan dengan memberikan lontaran pandangan yang berbeda. dan kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini kerana itulah yang telah ditentukan oleh rakyat dalam PRU yang lalu.

Dan kalau mana-mana individu yang tidak merasakan seseorang itu harus terus berada di tampuk kepemimpinan, orang itu bolehlah tawarkan diri untuk sama-sama organisasi lain, dan buktikan kepada rakyat bahawa individu itu lebih baik dari mana-mana tokoh kepimpinan yang ada, eloklah kita tunggu PRU untuk bersama-sama dalam gelanggang untuk menentukan dimanakah pilihan rakyat ketika itu."



Ini menunjukkan Malaysiakini berniat jahat membuat persepsi buruk dan jahat terhadap kepimpinan UMNO dengan melaga-lagakan dan memutarbelitkan  tajuk berita menjadi sensasi.


Selain  Malaysiakini portal berita yang menyajikan berita sampah fitnah   ,  bekas pegawai Tan  Sri Muhyiddin iaitu Feriz Omar juga di dalam artikelnya turut memfitnah memburukkan Perdana Menteri dan  Timbalan Perdana Menteri dengan membuat pelbagai dakwaan dan spekulasi jahat  . klik di sini

Diharapkan ahli-ahli UMNO tidak mudah terperdaya dengan dakwaan  pelbagai versi walaupun dari  dalam parti sendiri  yang dibuat untuk  menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO . 





default

CADANGAN AHLI PAC ANGKAT SUMPAH SIMPAN RAHSIA @Zahid_Hamidi

on Thursday, October 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Timbalan Perdana Menteri mencadangkan supaya angkat sumpah simpan rahsia dibuat oleh kesemua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan bagi menjaga kerahsiaan berhubung isu-isu yang berkaitan dalam perbincangan jawatankuasa berkenaan.
“Saya telah mencadangkan supaya angkat sumpah simpan rahsia mesti dilakukan oleh ahli-ahli PAC.
“Ini adalah untuk menjaga kerahsiaan, namun menurut Speaker, cadangan itu harus dirujuk kepada penasihat undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemilih bersama Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bangunan Parlimen, Khamis.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad.
Ketika ditanya media adakah tindakan tersebut sebagai langkah sekatan terhadap insiden seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang didakwa membocorkan siasatan PAC terhadap 1MDB kepada media asing, Zahid berkata beliau tidak mengkhususkan kepada mana-mana individu.
“Saya tidak namakan mana-mana ahli, kerajaan ke pembangkang ke tetap kena angkat sumpah juga,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Zahid memaklumkan bahawa Barisan Nasional  telah mengemukakan nama-nama bagi menggantikan beberapa ahli PAC yang telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.
Mengikut peraturan, Jawatankuasa Pemilih akan mengemukakan nama tersebut pada persidangan Parlimen dalam waktu terdekat.
Menurut Zahid, Speaker akan mengumumkan senarai nama ahli-ahli jawatankuasa tersebut.
Beliau turut meminta jika ada dokumen yang menjadi bukti di dalam mesyuarat PAC atau maklumat yang diperbincangkan dalam mesyuarat PAC,  termasuk persamaan serta perbezaan pendapat dikalangan ahli jawatankuasa,  ia tidak patut dikeluarkan  daripada PAC.
“Sebarang kenyataan atau laporan hendaklah dibuat secara rasmi oleh PAC bukannya pendapat peribadi daripada mana-mana ahli PAC,” ujarnya.
Mengulas mengenai isu undi tidak percaya yang cuba pembangkang terhadap Perdana Menteri.
Jelasnya, beliau telah menyatakan dengan lebih awal tentang perkara tersebut, namun banyak pihak yang cuba mempertikai.

default

KIT SIANG DIGANTUNG 6 BULAN HINA SPEAKER , BYE BYE VETERAN DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Akhirnya Ahli Parlimen veteran Gelang Patah , Lim Kit Siang digantung 6 bulan kerana menghina  Speaker Dewan Rakyat selepas usul mengenainya dibahaskan ekoran keengganan penasihat DAP ini  meminta maaf .
Keputusan menggantung Penasihat DAP itu berdasarkan undian belah bahagi dengan BN 107  undi manakala pembangkang  77  undi dan satu berkecuali.






Menariknya undian gantung Kit Siang mendapat sokongan beberapa ahli parlimen pembangkang  !!

Menurut sumber MP BN yang hadir hanya 97 orang manakala 27 lagi tak hadir .

Siapa MP BN tak hadir tentu diketahui Azalina dan juga PM ..

siapa lagi 10 orang MP pembangkang  yang mengundi usul menyokong Kit Siang digantung ??

SAYONARA ORANG TUA DAP ....

default

POLIS MALAYSIA AKAN TEMUBUAL JUSTO , PUAK PEMBANGKANG DIKAITKAN PANAS PUNGGUNG

on Wednesday, October 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pihak berkuasa Thailand memberi kebenaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemubual bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo yang dipercayai ada kaitan dengan isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kebenaran tersebut diperolehi selepas dihubungi pihak berkuasa negara itu minggu lalu.
“Sekarang ini kita sedang siapkan aturan iaitu bila, di mana dan sebagainya sebelum ke Thailand.
“Kita sedang berbincang dengan mereka dan siasatan akan dilakukan di sana,” katanya ketika ditemui media pada Pameran dan Persidangan Peralatan Khas Polis Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Beliau berkata, kemungkinan pasukan PDRM akan ke Thailand pada minggu ini atau hujung bulan ini untuk siasatan.
“Kita masih berbincang dengan Thailand untuk ketetapan dan sebagainya. Kita akan rekod keterangan Justo untuk penjelasan isu sekarang,” katanya.
Justo, 49, ditahan Jun lalu atas tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya. Penahanan Justo turut dikaitkan dengan kebocoran maklumat membabitkan 1MDB.


** GPB melihat signifikan temubual PDRM terhadap Justo ini cukup menarik . Maklumat akan dikumpul dan jika cukup bukti , puak2 pembangkang yang dikatakan sanggup   membeli maklumat Justo tentang 1MDB ini pastu tak senang duduk .

Takut akan menerima nasib seperti orang suruhan Tun M iaitu  Khairuddin dan Matthias .



default

ZAHID HAMIDI JAWAB FITINAH TUDUHAN DAP ISU KONTRAK URUS KEMASUKAN BANGLADESH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Inilah perangai double standard puak  pembangkang .Jika syarikat keluarga pemimpin pembangkang mendapat kontrak dan projek , mereka membisu seperti contoh  skandal kontrak lounge membabitkan seorang   Exco DAP ketika memerintah Perak . klik di sini
Tetapi kalau membabitkan pemimpin BN yang baru membida , terus mereka menuduh kontrak telah diperolehi seperti berlaku kepada DS Ahmad Zahid Hamidi . 
Sewajarnya Zairil perlu melihat dulu rakan-rakannya di dalam DAP sebelum nak menuduh pihak lain . Ibarat seperti mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih ..

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa adiknya telah memperoleh kontrak menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh secara sistem dalam talian.
Beliau berkata, syarikat adiknya itu hanya disenaraikan dalam senarai pembida kontrak tersebut tetapi masih belum dipilih.
“Kita masih belum buat keputusan. Tidak ada sebarang surat pengesahan lagi.
“Ia hanya disenarai pendek, tetapi masih belum lagi dipilih,” katanya pada sidang media di Pameran dan Persidangan 4th General Polis and Special Equipment (GPEC) Asia 2015 pada Rabu.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, kementerian telah menerima beberapa kertas cadangan daripada syarikat syarikat yang berminat untuk mendapatkan kontrak tersebut.
Sebelum ini, Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, syarikat Real Time Networking Sdn Bhd milik adik Zahid perlu dikeluarkan daripada senarai syarikat yang membida untuk menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh.
Zairil berkatam tindakan itu perlu dilakukan demi kepentingan awam.

default

KIT SIANG DIDESAK MOHON MAAF KEPADA SPEAKER ATAU BERDEPAN GANTUNG TUGAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menuntut Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) meminta maaf tanpa syarat kerana menuduh beliau menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB)




Beliau berkata, tindakan menerusi satu usul akan diambil sekiranya Kit Siang gagal memohon maaf dan menarik balik kenya- taannya itu yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Jadi Gelang Patah (Kit Siang) tiada di sini. Sampaikan kepada Ge­lang Patah, kalau Gelang Patah tidak minta maaf tanpa syarat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, tidak menarik apa yang dihujah, maka satu usul akan dibuat dan akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat.

“Dan beliau akan digantung tugas, terpulang kepada sekiranya usul itu diluluskan oleh Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar Amin menyampaikan keputusannya itu selepas meminta laluan daripada Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) yang sedang membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015.

Kit Siang tidak berada dalam sidang Dewan Rak- yat ketika Pandikar Amin menyampaikan keputusan berkenaan.

Semalam, Kit Siang ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin (Ama­nah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai prosiding mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata, Pandikar Amin telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat.

“Tidak ada peruntukan beri kuasa kepada Tuan Yang Dipertua untuk berhentikan satu jawatankuasa, khasnya PAC daripada bermesyuarat.

“Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa Tuan Yang Dipertua yang tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB?,” kata Kit Siang.

Pandikar Amin menambah, keputusan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia pernah dilakukan semasa Allahyarham Tun Mohamed Zahir Ismail menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Menurut beliau, seorang Ahli Parlimen telah digantung tugas apabila mengkritik keputusan Mohamed Zahir menolak usulnya me­lalui kenyataan akhbar.

“Kalau saya ikut prcedente (kes terdahulu) yang telah dibuat oleh Tun Zahir dahulu, maka setiap ke­nyataan akhbar yang menghentam saya, saya akan halang,” jelasnya.

Pandikar Amin menegaskan, beliau perlu mengambil tindakan itu kerana amalan mengkritik keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan budaya Parlimen.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/minta-maaf-atau-berdepan-tindakan-8211-pandikar-amin-1.148758#sthash.XUrbEBmA.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.