..

..
Archive for September 2015

default

KERAJAAN NASIHAT JANGAN TERPEDAYA BANNER PALSU PROGRAM 6P HALALKAN PATI @Zahid_Hamidi @KDNPutrajaya

on Wednesday, September 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tersebar meluas banner iklan promosi  kononnya ada pihak membuat program 6P untuk pemutihan PATI di media sosial .  

Sebenarnya ia palsu dan kerajaan tidak PERNAH  membenarkan mana-mana pihak menjalankan program bulan Oktober dengan mengenakan bayaran  .



PUTRAJAYA - Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi menjalankan program pemutihan '3P' atau '6P' dan sebagainya untuk pendatang asing tanpa izin (Pati), kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata majikan dan agensi pekerjaan sah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan serta promosi tentang program '3P' dan '6P' tersebut yang disebarkan secara berleluasa menerusi media sosial. 
"Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat palsu mengenai program pemutihan yang diiklankan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengenakan bayaran tertentu kepada majikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustafa berkata majikan serta agensi pekerjaan adalah dinasihat agar sentiasa merujuk kepada laman web Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat yang sahih.
Katanya program pemutihan 6P telah berakhir tahun lepas dan kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk menggantikannya dengan program lain seperti 3P dan sebagainya. - Bernama

default

PEMBESAR SUARA HANYA AZAN & IQAMAH SAHAJA DIGUNA DI P.PINANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







Butterworth: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang Julai lalu memutuskan bahawa pembesar suara di luar masjid dan surau hanya dibenarkan bagi kegunaan azan dan iqamah saja.
Mesyuarat berkenaan juga bersetuju agar 'irsyad' hukum yang diputuskan jawatankuasa itu pada 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum waktu Subuh dengan pembesar suara perlu ditambah baik.

Penambahbaikkan itu termasuk dengan memasukkan larangan bagi semua profram di masjid dan surau seperti qiamullail,tahajjud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Berdasarkan minit mesyuarat berkenaan, penggunaan pembesar suara dalaman saja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau di negeri ini.

Arahan berkenaan juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bagi tindakan selanjutnya berdasarkan salinan surat yang dihantar oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang kepada JHEAIPP bertarikh 1 September lalu.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ketika dihubungi berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan kepada beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam sebagai rahmatan lil 'alamin dan agama yg mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu dan masyarakat.

"Keputusan ini tidak menjejaskan kesucian dan syi'ar agama Islam, malah sebaliknya selaras dengan nas-nas al-Qur'an dan al-Sunnah. Sebagai contoh, al-Qur'an memerintahkan umat Islam berzikir dan berdo'a dengan khusuk dan merendahkan suara," katanya.

f

default

KEBODOHAN PAGE SUARA RAKYAT FITNAH ROSMAH MANSOR DUDUK KERUSI DI PBB

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Page Suara Rakyat oleh macai Pembangkang patut digelar Suara Sampah je ..  Dia ni tak pergi PBB pun tapi  boleh buat fitnah dengan pelbagai cerita jahat seolah-olah berada di sana  terutama kepada PM dan isteri .

Adakah bahalol ni tahu tentang istilah   protokol dan tempat duduk di kerusi pun ditentukan oleh PBB kepada delegasi yang hadir ??

Jadi kalau nak buat cerita bohong dan fitnah  dakwa Rosmah ada kuasa hingga duduk sebaris Menteri di PBB  lebih baik  cari cerita lain la . Rosmah adalah speaker dan sesi berkenaan adalah tentang isu gender quality .



Jawapan Pegawai DS Rosmah Mansor 



default

PANGGIL DUTA CHINA KE WISMA PUTRA TIADA PELANGGARAN PROTOKOL - @reezalmerican

on Tuesday, September 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





KENYATAAN AKHBAR YB TIMBALAN MENTERI LUAR NEGERI

MEMANGGIL DUTA CHINA KE WISMA PUTRA - TIADA PELANGGARAN PROTOKOL; DILAKUKAN ATAS DASAR KEPENTINGAN NEGARA: REEZAL MERICAN NAINA MERICAN


Pertamanya, harus saya tegaskan, bahawa tidak ada tindakan semberono yang diambil di dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan diplomasi antarabangsa. Sebaik diberikan amanah untuk membantu Kementerian Luar Negeri, saya secara peribadi cukup berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan umum; baik di atas kapasiti diri saya secara peribadi, mahupun kedudukan saya sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.

2.       Dalam semua hal dan perkara, menjadi kewajiban buat diri saya, untuk merujuk kepada YB Menteri Luar Negeri dan Pengurusan Kanan Wisma Putra. Walaupun mungkin saya masih baru di dalam pentadbiran - namun disiplin pengurusan dan tatakelola kementerian sentiasa saya letakkan di kedudukan yang paling utama.

3.       Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada YB Menteri Luar Negeri (setelah berbincang dengan YAB Perdana Menteri). Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

4.       Justeru itu, adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra. Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah.

5.       Suka saya tegaskan secara jelas bahawa Wisma Putra diterajui oleh mereka yang mempunyai kemampuan untuk menilai keperluan sesuatu tindakan diambil - selari dengan kepentingan dan maruah Malaysia di persada antarabangsa. Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai.

6. Tidak ada kepentingan peribadi apabila kita membuat sesuatu keputusan di Wisma Putra. Ianya dilakukan atas kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan maruahnya tidak wajar diinjak oleh mana-mana negara asing sekalipun.

7. Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa dan ini sudah diperjelaskan oleh YB Menteri Luar Negeri. Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil oleh Wisma Putra.

DATO’ SRI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
29 September 2015

default

ANIFAH SOUND MENTERI LAIN JANGAN MASUK CAMPUR WISMA PUTRA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyuarakan kekecewaannya susulan tindakan beberapa menteri kabinet yang mengambil tindakan tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Tanpa menamakan menteri terbabit, Anifah bagaimanapun merujuk kekecewaannya terhadap isu yang melibatkan arahan memanggil Duta Besar China Huang Huikang ke Wisma Putra.

"Saya berasa amat dukacita kerana beberapa menteri kabinet mengambil beberapa tindakan dan membuat kenyataan akhbar tanpa merujuk kepada saya terlebih dahulu."

Jelasnya, beliau tidak pernah membatalkan arahan untuk memanggil Duta Besar China ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan beliau.

Bagaimanapun, tegasnya campur tangan menteri terbabit dalam hal ehwal Wisma Putra memberikan persepsi negatif.

Beliau juga yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan baik oleh Wisma Putra tanpa campur tangan menteri-menteri lain.

Tindakan untuk memanggil Huang juga adalah amalan biasa kata Anifah.

"Ia bertujuan untuk meminta penjelasan daripada beliau tentang kenyataan yang dibuatnya semasa beliau melawat Jalan Petaling tempoh hari." katanya

"Wisma Putra cuma ingin meminta beliau untuk mengesahkan sama ada kenyataan beliau telah disalah tafsir atau sebaliknya." jelasnya lagi.

Anifah juga menyatakan amalan untuk memanggil wakil negara asing adalah amalan biasa dan selaras dengan Artikel 41, Konvensyen Vienna mengenai Perhubungan Diplomatik 1961.

Pemangku Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini dilaporkan membatalkan arahan memanggil Huang ke Wisma Putra pada hari sama pertemuan itu sepatutnya berlangsung pada Isnin.

Huang dipanggil ke Wisma Putra bagi menjelaskan mengenai lawatannya ke Jalan Petaling serta kenyataannya baru-baru ini yang dianggap mencampuri hal ehwal dalaman negara.

Bagaimanapun, Huang mempertahankan lawatannya bersifat muhibah.

Arahan untuk memanggil Huang ke Wisma Putra dikeluarkan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Naina Merican.

Anifah kini berada di luar negara.

default

NGO AKAN BUAT DEMO BANTAHAN KENYATAAN DUTA CHINA CAMPUR TANGAN MALAYSIA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KUALA LUMPUR, 28 September – Gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan mengadakan satu perhimpunan aman di hadapan bangunan Kedutaan Besar China di ibu negara untuk membantah tindakan Duta Besar negara itu memberikan kenyataan yang berbaur kontroversi.

Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata perhimpunan itu sebagai satu simbolik rasa kurang senang rakyat negara ini dengan kenyataan Duta Besar China Dr Huang Kui Kang sebelum ini.

Dr Huang dipercayai mengeluarkan kenyataan itu dalam satu majlis lawatan mengejut di kawasan perniagaan majoriti kaum Cina di Petaling Street, Jumaat lepas.

Tunku Azwil berkata, kenyataan itu sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dan jelas tidak menghormati kedaulatan negara lain apatah lagi dalam soal hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan China.

“Kita merasakan ada usaha untuk sengaja membangkitkan sentimen ini kepada rakyat Malaysia terutama ketika kita berdepan pelbagai isu termasuk himpunan jalanan dan sebagainya.

“Jadi kita minta Wisma Putra bertegas dalam hal ini dan siasat secara menyeluruh termasuk individu yang cuba melobi pihak luar untuk campur tangan urusan Malaysia. Kita sebagai aktivis masyarakat rasa bimbang dengan perkembangan seperti ini dan ia tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Dr Huang pada lawatannya ke Petaling Street berkata China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi kaum dan ekstremisme.

Dia turut memberi amaran bahawa Beijing tidak gentar menyuarakan pandangan mereka terhadap insiden yang boleh mengancam kepentingan negara, melanggar hak rakyat dalam menjalankan perniagaan atau menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Bagi tokoh lain pula, lawatan Dr Huang ke Petaling Street tidak menggambarkan tugasnya sebagai seorang duta.

“Saya tidak fikir Duta China yang datang ke Jalan Petaling itu dibawah tugasnya, Duta kita di sana juga tidak pernah datang ke Beijing Road di China, iu ini harus dijawab secara kenegaraan oleh duta berkenaan,” kata Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Bagi pihak Kedutaan China pula, mereka mempertahankan lawatan Dr Huang ke lokasi perniagaan yang terkenal dengan barang berjenama tiruan itu dengan menyatakan ia semata-mata “lawatan muhibbah” sempena perayaan pertengahan musim luruh.

Lawatan itu cukup mengejutkan kerana ia dilakukan ketika ada khabar angin perhimpunan baju merah akan diadakan di lokasi berkenaan.

default

Amerika & FBI Tidak Berminat Menyiasat Najib sebab tuduhan tak berasas ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Desas desus mengatakan bahawa pihak keselamatan Amerika Syarikat terutamanya Federal Bereau Investigation (FBI) akan menyoal siasat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak jelas tidak berasas sama sekali.

Perkara ini hangat diperkatakan berikutan tindakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang dilaporkan bakal bertemu dengan wakil dari FBI di New York sebelum beliau ditangkap dan disiasat dibawah Seksyen 124L dan 124N Kanun keseksaan.

images (11)
Dalam hal ini pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Perdana Menteri tidak ditangkap atau di soal siasat oleh FBI memandangkan Perdana Menteri kini berada di New York sempena Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di sana.

Mengulas tentang hal ini, jurucakap FBI mengesahkan mereka tiada sebab untuk menyoal siasat Perdana Menteri berhubung tuduhan salah laku 1MDB dan kononnya terdapat penyelewengan dana yang dilakukan Perdana Menteri di Malaysia.

Menurut jurucakap ini, FBI tiada kuasa untuk menyoal siasat seorang pemimpin sesebuah negara hanya berlandaskan laporan akhbar dan hanya sekadar tuduhan tanpa disertakan dengan bukti jelas.

images (12)

Tambahan pula, FBI beranggapan, semua tuduhan yang dilemparkan keatas Datuk Seri Mohd Najib bersandarkan cubaan musuh politik untuk melemahkan kedudukan beliau. FBI juga menyifatkan, urusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia yang membuktikan tiada salah laku yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib sudah cukup untuk membuktikan beliau bersih dari sebarang tuduhan.
Jelas disini, pihak berkuasa luar negara seperti FBI juga memperakui ketelusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia. Agak membingungkan bagaimana rakyat Malaysia sendiri mempertikaikan ketelusan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan dan tuduhan liar yang dilemparkan kepada Datuk Seri Mohd Najib. -sumber-

default

KHAIRY NASIHAT JANGAN SAMPAI HILANG MARUAH KERANA JAGA HATI NEGARA BESAR @KhairyKJ

on Monday, September 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Maruah Negara tidak boleh hilang dengan mudah semata-mata kerana menjaga kepentingan dengan China atau negara besar yang lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, isyarat itu harus dihantar ke semua negara untuk membuktikan keutuhan kerajaan sendiri.

"Kita kena hantar isyarat ke negara lain, apa sahaja yang berlaku di Malaysia ini adalah urusan kita, jangan sampai hendak menjaga hati negara besar, kita hilang maruah dan menyalahi norma diplomasi," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Asia Pasifik Untuk Orang Pekak (APDG 2015) di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Khairy, apa yang dilakukan Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang merupakan kesalahan besar.

Pada Ahad, Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, Huikang tidak harus mencampuri hal ehwal negara apabila membuat kenyataan selepas membuat lawatan ke Jalan Petaling baru-baru ini.
Tegas Dr Rais, kenyataan Huikang juga seolah-olah mengganggu urusan kerajaan Malaysia sekali gus di luar konteks Kedutaan China sendiri.

Huikang sebelum ini dilaporkan berkata negara China mengecam golongan yang menggunakan keganasan dalam usaha mengganggu ketenteraman awam selain mengakui kerajaan China cintakan keamanan sesama kaum dalam hubungan antarabangsa dan tidak akan masuk campur dalam mana-mana isu domestik negara-negara lain.

default

KEMENTERIAN KESIHATAN DEDAHKAN 17 PAKAR RAWAT ANWAR , SANGKAL TUDUHAN TAK BERI RAWATAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




 Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan  pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur.

Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 Sept, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan diterbitkan oleh MalaysiaKini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today berhubung kesihatan Anwar dan rawatan dijalaninya.

Dr Noor Hisham berkata panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang.

"Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar, ini telah diberikan menerusi penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar," katanya. (Pakar lain adalah daripada Hospital Kuala Lumpur.)

Selain itu, seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk memeriksa Anwar pagi ini seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan "pendapat kedua," kata Dr Noor Hisham.

"Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian," katanya.

default

BANNER PARTI BIKINI DI KELAB MALAM P.PINANG DAPAT KRITIKAN MEDIA SOSIAL

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





 Kain rentang parti bikini dipasang di Juru, Seberang Perai Tengah, yang akan diadakan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang heboh diperkatakan di media sosial.

Berdasarkan status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Muhamad Fairus Ishak, penulis mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduk majoritinya Melayu dan berbilang kaum di Juru.

"Apa sudah jadi nie??? Bikini party..banner sexsi boleh buh kat tepi jalan macam tu ja ka??...agak-agak lah nak buat..."
Gambar itu kemudian mendapat perhatian pengguna laman sosial lain dan dipercayai dikongsi sebuah blog, http://penang-kini.blogspot.my.

Dalam blog itu, penulis mempertikaikan kain rentang berkenaan yang tidak menghormati penganut agama Islam dan kerajaan negeri gagal memantau pemasangan kain rentang itu.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kain rentang itu sudah ditanggalkan oleh penganjur setelah dinasihatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), petang Jumaat lalu.

“Parti yang dicadangkan dianjurkan pada 1 Oktober ini juga dibatalkan. Penganjur juga dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Biarkan pihak PBT menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada individu berkenaan jika melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kain rentang terbabit.

default

PAKATAN 2.0 PERSIS DIALOG DOREMI ..SIAPA MATI DULU DO ATAU MINAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




– Isu pakatan 2.0 makin hari makin mengelirukan. Siapakah sebenarnya yang berada di dalam pakatan baru terbabit. Ini kerana pada satu ketika PKR mengatakan perlunya Pas berada di dalam posisi pakatan terbabit dan pada masa yang sama Dap pula mengambil sikap berlawanan dengan pendirian PKR manakala Pas pula pada masa yang sama menyatakan tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah.

Sekali imbas dan sekali pandang gelagat mereka itu tidak ubah sepertimana dialog filem P.Ramlee, Do Re Mi… siapa mati dulu do atau minah. 


Begitulah juga perumpamaan tepat untuk menggambarkan gelagat antara Pas, Dap, PKR dan Amanah yang mana akhirnya semua tahu ianya adalah pembohongan semata-mata.

Demikian menurut Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap ketika mengulas mengenai kemelut gabungan pakatan baru parti-parti pembangkang setelah pakatan mereka sebelum ini diwar-warkan terkubur oleh Dap.

Menurut Anuar lagi kemelut di dalam gabungan baru dijangka akan berterusan kerana masing-masing hari ini makin bertegas untuk tidak menerima di dalam gabungan parti pembangkang berkenaan.

“Perang dingin antara Dap dengan Pas nampaknya makin berterusan…manakala Pas dengan Amanah pula memasuki fasa baru setelah Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah kerana dianggap pengkhianat.
“Jadi di manakah penamatnya kepada bentuk kerjasama berkenaan. Walaupun PKR cuba menjadi hero dalam pertembungan berkenaan, akhirnya pakatan ini terus bercelaru, keliru dan haru biru,” katanya kepada UMNo-Online, di sini, hari ini.

PKR dilapor bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa ini bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya sejak sebulan lalu sudah mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan parti pembangkang .

Dilaporkan juga Dap berkeras ia tidak akan menyertai gabungan baru parti pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0, jika PKR tetap mahu mengekalkan Pas sebagai anggota, menurut pemimpin parti itu.

Manakala terkini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana “pengkhianatan”.

Anuar Manap seterusnya menambah apa jua nama pakatan sekali pun jika tidak menemui titik persamaan, percayalah gabungan terbabit tidak akan ke mana.

“Itulah yang kita nampak dan rakyat boleh nilai sendiri bagaimana hala tuju mereka. Di peringkat awal sudah nampak ketidakserasian untuk duduk berada dalam posisi yang sama di bawah satu payung. Bagaimana pula langkah seterusnya nanti. Yang pasti mereka dah bercelaru dan terkeliru antara satu sama lain,” katanya lagi. 

default

TUN M PERTAHAN BERSIH4.0 BUKAN PERKAUMAN , TUDUH KERAJAAN DALANG HIMPUNAN MERAH

on Sunday, September 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan adalah dalang di sebalik himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September lalu.

Beliau berkata, sebahagian besar peserta perhimpunan tersebut terdiri daripada ahli Umno dan masyarakat Felda yang diberikan kemudahan pengangkutan serta wang saku untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Kebanyakan peserta yang hadir ke perhimpunan tersebut datang dari Felda menggunakan bas kerajaan dan mereka diberi duit dan makanan. Jadi ia seolah-olah kerajaanlah di belakang perhimpunan itu.

“Hanya orang di dalam kerajaan yang boleh membenar dan menggunakan kemudahan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri Human Rights Public Forum sempena United Nation’s International Day of Peace 2015 yang
dianjurkan Mallaca Bar di sini, semalam.

Sementara itu, Mahathir berkata, sentimen perkauman tidak dibangkitkan dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang disertainya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau melihat isu tersebut sengaja diwujudkan sendiri oleh kerajaan melalui himpunan baju merah.

“Saya berada di perhimpunan baju kuning itu tetapi mereka tak berkata apa-apa tentang perkauman. Mereka hanya mahukan Perdana Menteri berundur. Itu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, situasi negara dalam pelbagai aspek hanya akan pulih selepas siasatan terhadap 1MDB selesai.

Komen GPB

Cukup lah Tun M nak pertahan himpunan Cina BERSIH 4.0 yang perkauman  dan perlekehkan Himpunan Merah Melayu .  Orang yang hadir dari cerok Felda dan kampung  di himpunan Merah itulah yang sokong Tun masa menjadi PM .

Mereka turun ke himpunan Merah bukan siapa paksa atau suruh pun . Mereka  datang sebab sayangkan  kerajaan & bangsa Melayu.

Tindakan  Tun  turun BERSIH 4.0 itu membuatkan orang Melayu kecewa dan sedih  kerana bagi mereka  apa dipejuangkan Tun dulu kini sudah hancur !!



default

MUFTI PAHANG BIDAS DAP, TAK TUNDUK DESAKAN TARIK BALIK KHUTBAH #AIDILADHA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kebiadapan parti cauvinis Cina DAP seola-olah menghina khutbah Aidiladha di negeri Pahang dengan mendesak ditarik balik dan mohon maaf diselar Mufti Pahang .

Apa yang terkandung dalam teks khutbah adalah hal agama dan pihak luar seperti DAP tak perlu campur tangan

Jelas tindak tanduk DAP semakin kurang ajar dan  mereka semakin berani  mengugat soal hal ehwal agama Islam . Ini  kerana menggunakan orang Melayu yang menjadi  barua dalam parti mereka mempertikaikan soal agama Islam .

Umat Islam di negara ini harus sedar jika DAP berkuasa  seperti mana di P.Pinang , nasib agama Islam akan menjadi seperti di Singapura .


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu badan itu memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha yang didakwa sebagai memfitnah parti itu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.

Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegas beliau.

“Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.

Malah, tegas beliau, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campurtangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.

“Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf,” katanya.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu.

Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.

“Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.

Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAP yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.

“Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan Tengku Zulpuri itu.

“Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang,” kata beliau.

“Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.

“Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri,” kata beliau lagi

default

ASYRAF WAJDI NASIHAT HENTI SEBAR STATUS FB SAIFUL NANG TUDUH ADA RUMAH PELACURAN DI MEKAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saiful Nang pergi ke Mekah (sebagai petugas khas Tabung Haji) dia hanya mencari keburukan orang lain di sana. 

Bila dia  claim ada banyak rumah Pelacuran di Mekah dan ini yg menyebabkan selalunya ada bencana di Mekah. Sampai nak ajak orang tukarkan pemerintahan Beraja di Mekah...itu sudah melampau !!

Tujuan kita menunaikan Haji dan Umrah semua bergantung pada niat. kalau niat mencari keredhaan allah...redha allah lah yang kita dapat...


USAH SEBAR STATUS FB DAN WHATSAPP SEORANG PHOTOGRAPHER YANG MENDAKWA MAKKAH ADA RUMAH PELACURAN.
Nasihat saya kepada mereka yang membaca status FB seorang photographer dan blogger yang mendakwa banyak rumah-rumah pelacuran di sekitar Makkah, usah share di FB masing-masing.

Jangan cemari wall FB kalian dengan status yang kotor. Status yang boleh merendah-rendahkan Tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.

Kalau pun benar di Makkah ada aktiviti pelacuran, orang Mukmin tidak akan rela menyebar, menyiar dan membuka keaiban saudara seIslam dengan cara sebegini.

Apatah lagi ia adalah dakwaan, fitnah dan tuduhan yang didengar entah dari siapa...

Sesungguhnya membuka dan menyebar keaiban saudara seIslam adalah sifat munafiq.
Apatah lagi keaiban yang direka cipta dengan tujuan memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan dua tanah Haram pada mata orang Islam sendiri.
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang beriman, mereka akan beroleh azah siksa yang tidak terperi pedihnya, di dunia dan di akhirat. Dan ingatlah Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (surah al-Nur: 19)
(Nasihat daripada sahabat saya Ustaz Lokmanulhakim)



default

KEMEWAHAN LUAR BIASA ANAK EXCO KERAJAAN DAP TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Jadryn Loo Hooi Yee – Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Danny Law Heng Kiang, Exco Pelancongan Kerajaan Pulau Pinang kerana mempunyai anak yang berjaya dan terkenal, muda serta tampan.
Apabila saya melihat foto anak Danny Law yang berjaya, Nigel Law, yang turut tersebar di laman sosial, perkara pertama yang saya fikirkan ialah seorang lagi anak Pulau Pinang yang berjaya, Jho Low.
Di ketika Jho Low terkenal kerana berparti dengan selebriti seperti Paris Hilton, Lindsay Lohan seperti tiada esok, Nigel Law tidak jauh berbeza dengan longgokan botol wain Moet & Chandon terpapar.
Ia tersebar di laman sosial mendakwa 100 botol minuman arak wain Moet & Chandon dijamu di sebuah kelab terkemuka di Kuala Lumpur, Providence bagi meraikan harijadi anak Danny Law ini.
Bagaimanapun, saya kurang pasti dengan dakwaan itu namun melihatkan kepada akaun Instagram milik Nigel Law, ia bagai mengesahkan dia menyambut harijadi awal di Providence dengan foto dia dikelilingi gadis jelita dan seksi serta minuman arak Moet.
Kerana ingin tahu lebih lanjut, saya turut memeriksa akaun Facebook Nigel Law. Saya mendapat tahu sama ada dia memiliki sebuah salon rambut untuk kenamaan, Blonde & Brunette Malaysia di Gurney Paragon yang dirasmikan oleh bapanya, Danny Law pada 2013.
Selain itu, juga daripada Facebook Nigel Law, ialah fotonya bercuti dan menginap di hotel mewah, berjamu selera di restoran terkenal di Eropah dan banyak lagi foto dia berparti sakan, sentiasa dengan gelas di tangan.
Dan, memandangkan jam tangan dipakai ahli politik menjadi isu baru-baru ini, saya turut ternampak Nigel Law memakai Rolex Submariner.
Satu lagi foto yang dilihat di akaun Nigel Law yang saya kurang pasti sama ada dia atau orang lain memandu sebuah kereta jenis Bentley namun berdasarkan jam tangan di tangan kiri pemandu itu dan dipakai Nigel Law ketika bercuti di Siem Reap Disember lalu, serupa.
Jangan salah faham, saya bukannya cemburu akan ‘kejayaan’ Nigel Law.
Faktanya, saya kagum namum curiga!
Saya juga banyak bercuti di serata dunia, menjamu selera di restoran yang mendapat pengiktirafan bintang Michelin, menginap di hotel mewah, kapal persiaran dan keretapi seperti kabin penerbangan.
Saya bersyukur makan malam di Hotel J.W Marriot di Kuala Lumpur hampir setiap minggu dengan Chef Wong Wing Yuk secara peribadi menjaga hidangan saya. Saya bertuah dipandu oleh Azman dalam kereta Rolls Royce saya dan beberapa kereta lain. Saya juga selesa dengan koleksi jam tangan Patek Phillipe saya.
Sementara saya boleh memperincikan sumber kepada keselesaan dan kemewahan ini, dan bagaimana saya melalui kesukaran bagi mencapai apa yang saya miliki hari ini seperti rakyat Malaysia lain, saya curiga dengan ‘kejayaan’ Nigel Law.
Parti DAP sering mendakwa kerajaan mereka menguruskan wang rakyat dengan baik dan tidak menyalahgunakan kuasa, sentiasa bersih dan jauh dari rasuah serta mengenepikan pertolongan kepada ahli keluarga dan lain lain.
Mungkin ada satu keajaiban berlaku di sini di mana saya percaya kerajaan negeri dipimpin ketua mereka untuk menguruskan hal ehwal keluarga mereka juga, maka jika ada lebihan boleh diperolehi dan boleh dibelanjakan kemudian nanti sebab saya masih ingat Danny Law memulakan kariernya sebagai pegawai bank sebelum memenangi kerusi Dewan Undangan Batu Lanchang pada 1999. Dia bagaimanapun tewas pada 2004 namun berjaya merampas semula kerusi itu pada 2008 sebelum dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri Pulau Pinang.
Jadi Danny, bolehkah anda berkongsi dengan kami, cerita mengenai kejayaan anak anda, Nigel Law? Kisah kejayaannya tentu menarik apatah lagi ketika saya mengenali anda semasa di DAP dahulu, anda masih memandu Proton Wira dan tinggal di sebuah pangsapuri kos sederhana di Greenlane.
Anda juga sangat cemburu dengan saya, seorang gadis muda berusia 22, baru pulang dari New Zealand dengan dua ijazah, memandu sebuah Toyota Camry baru dan tinggal di Gurney Drive. Dan saya berterima kasih kepada datuk dan ayah saya, yang berjaya dalam bidang perniagaan mereka.
Anda boleh katakan saya berjaya kerana bapa saya, dan saya akui, saya akan sentiasa berterima kasih kepadanya.
Saya masih ingat pada satu ketika, anda turut meminta saya untuk lebih bersederhana kerana mengatakan terdapat ramai yang cemburu akan saya. Dan selepas saya keluar daripada DAP, anda ada menyebut masih cemburu dengan saya dan kejayaan saya.
Mungkin anda terlupa anda menyatakannya kepada wartawan dan kenalan anda. Saya, saya adalah ketua kepada wang saya, dan saya tiada apa hendak disembunyikan, dan bagaimana agaknya anda hendak menyuruh saya untuk berpura-pura?
Tidakkah anak anda sudah menunjukkan, kekayaan yang diperolehi daripada titik peluh kita mesti dibelanjakan demi keselesaan dan kemewahan dalam hidup, yang sangat tipikal bagi generasi X dan Y?
Aiyaa Danny Law, daripada cemburu pada saya, lebih baik anda berkongsi kisah kejayaan Nigel Law supaya kisahnya boleh dijadikan sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia bagaimana hendak menjadi kaya tanpa mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional yang korup sebagaimana dakwaan parti anda.
Rasanya saya boleh menganjurkan satu bengkel dan seminar juga, bagaimana hendak menjadi sangat kaya sebelum usia 30 tanpa pengaruh bapa.
Ia mampu menjana pendapatan daripada penganjuran bengkel seumpama itu pada hari ini, dan saya yakin orang ramai akan beratur panjang daripada Jelutong hinggalah ke Johor Bahru untuk mendapatkan tiket masuk bagi mengetahui kisah luarbiasa Nigel ini.
Atau mungkin boleh masukkan sekali seminar bagaimana menjadi kaya dalam program Lawati Pulau Pinang yang dikendalikan jabatan anda, serta promosi istimewa bagi mendapatkan khidmat merias rambut di Blonde & Brunette? Blonde & Brunette tidak mengenak caj RM1,200 hanya untuk mewarnakan rambut bukan? Atau caj lebih tinggi memandangkan sewa mahal di Gurney Paragon?
Atau Danny Law, adakah anda akan berkata masyarakat tersilap orang? Atau berkata foto Nigel Law yang tersebar di internet bukan anak anda tetapi foto yang sudah dimanipulasi orang Barisan Nasional? Tetapi saya tidak fikir ia foto yang sudah diubah. Ia adalah anak anda. Mungkin anda terlupa yang saya pernah berjumpa Nigel ketika rumah terbuka Tahun Baru Cina.
Dan oh, baru saya treeing anda ada menyebut, Nigel Law Hun Chuen dilahirkan pada 1989!
Maka Danny Law, ahli Exco yang dihormati daripada kerajaan Pulau Pinang yang bersih, adakah anda bersetuju untuk berkongsi kisah kejayaan anak anda, Nigel Law dengan rakyat Malaysia? Parti anda sentiasa mengaku akan ketelusan bukan? – mynation.my/
_______________________________________
Jadryn Loo adalah bekas ahli politik aktif di Pulau Pinang dan kini seorang peguam. Beliau menuntut undang-undang dan sains politik ketika di New Zealand dan turut aktif dengan arena politik di sana ketika pentadbiran Perdana Menterinya, Helen Clark. Beliau adalah seorang yang cepat belajar dan suka membaca dengan pelbagai minat. Politik sebahagian daripada darah dagingnya sejak kecil. Suka mengembara dan mengumpul teko diperbuat daripada tanah berwarna ungu. Beliau menulis pandangannya di http://jadrynloo.blogspot.my
_______________________________________________________________________
sumber : AIDC



** Anak Cina kaya tak dipertikaikan sebab mereka pandai berniaga   tapi kalau anak Melayu tak boleh ..itu rasuah , projek , kroni ...itulah mentaliti jahat ditanam dalam pemikiran puak2 pembangkang PKR - DAP .


default

PETALING STREET : KENYATAAN DUTA CHINA BIADAP ,MAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kenyataan Duta China ke Malaysia jelas membahayakan dan ibarat mencurah lagi minyak ke dalam api tengah menyala. 

 Apabila beliau mengugut kerajaan jika bangsa Cina diganggu gugat   di negara ini seolah-olah membangkitkan sentimen kemarahan  dikalangan kaum Cina untuk  membenci kerajaan . Selain itu kenyataan ini juga membawa maksud campur tangan negara asing dalam hal ehwal pentadbiran   negara kita .

Jika Duta ini menyatakan kerajaan China menentang keganasan dan diskriminasi terhadap kaum , bagaimana dengan peristiwa berdarah Tiananmen 1989 di mana demontrasi mahasiswa terhadap kerajaan China berakhir dengan kematian hingga mendapat kecaman dunia .  Cakap Duta ini ibarat meludah ke langit akhirnya terpalit ke muka sendiri !! 

 Kesimpulannya , jika Duta China boleh pertahankan kepentingan  bangsanya di Malaysia ..di manakah kiblat  sebenar kaum Cina di negara ? 

 Di Malaysia atau Tanah Tongsan di China ??



KUALA LUMPUR: Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dijangka akan dipanggil oleh Wisma Putra berikutan kenyataannya yang dilihat sebagai campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia.

Difahamkan perjumpaan yang ditetapkan pada Isnin ini ialah bagi mendapatkan penjelasan daripada Dr Huang berhubung kenyataan yang dibuat semasa lawatannya ke Petaling Street pada Jumaat, demikian menurut pegawai Wisma Putra pada Sabtu.

Difahamkan Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai arahan tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam lawatan kerja ke New York.

Dr Huang telah dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

"Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Petaling Street.

Dr Huang juga memberi amaran bahawa Beijing tidak takut untuk menyuarakan bantahan berhubung insiden yang mengancam kepentingan negara, melanggar hak-hak rakyat untuk menjalankan perniagaan, atau mengganggu hubungan antara Malaysia dan China.

DUTA BESAR CHINA DIDESAK MOHON MAAF - ARMAND 

Assalamualaikum sahabat2 yg dihormati,
Tertarik saya lihat bila Duta China melawat Petaling Street dan mengeluarkan kenyataan, yang saya lihat kurang bijak sabagai wakil negara China ke Malaysia. Beliau menyatakan tidak akan duduk berbincang ngan pihak kerajaan jika bangsa cina diganggu gugat.

Saya nak kasitau pada Duta China ini, yang menganggu gugat keamanan sejak kebelakangan ini adalah bangsa cina dengan membuat provokasi2 dan hinaan bukan hanya pada bangsa Melayu Bumiputra tetapi juga terhadap kepimpinan Melayu Islam. Kerana sikat biadap mereka inilah telah menaikkan kemarahan majoriti orang2 Melayu Bumiputra.

Orang2 Melayu senantiasa menghormati hak semua bangsa, kaum dan agama sejak dahulu hingga kini. Tetapi pihak yg diberikan hak itu juga harus tahu menghormati HAK orang2 Melayu Bumiputra.
Pada Duta China, pihak kerajaan Malaysia tidak pernah masuk campur urusan domestik kerajaan China kerana menghormati hubungan antara negara. Jadi saya nak ingatkan pada Duta China agar tidak mencampuri urusan pentadbiran Negara Malaysia.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin Pihak Kerajaan China berikan penjelasan atas kenyataan yang dibuat oleh Duta China, jika benar kenyataan itu dibuat saya desak beliau Memohon Maaf pada Kerajaan Malaysia serta rakyat Malaysia.

Tanah Malaysia tanah berdaulat, biar urasan negara diselesaikan oleh Malaysia, kita tidak perlu campurtangan pihak luar dalam urusan pentadbiran negara.
Armand Azha Haji Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

default

AS TAK ADA ASAS GANGGU NAJIB ATAS DAKWAAN FITNAH WSJ & NYT

on Wednesday, September 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT) dan Wall Street Journal (WSJ) – yang kebetulan surat khabar adik-beradik dimiliki oleh baron media Sir Rupert Murdoch – telah menerbitkan cerita-cerita yang tidak berasas dengan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin ditangkap oleh kerajaan Amerika Syarikat.
WSJ adalah yang pertama yang melaporkan bahawa FBI telah memulakan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, memetik sumber-sumber.
Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai akhbar harian kewangan, melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya dibuat oleh bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan – yang telah ditahan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Kemudian, yang memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel yang sama: “Jurucakap pejabat FBI di New York berkata tiada ejennya telah diatur untuk bercakap dengan Encik Khairuddin atau mempunyai apa-apa hubungan sebelumnya dengan dia.” Jika benar, mengapakah WSJ kemudian terus menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas artikel ini telah dinafikan oleh FBI?
Keesokan harinya, NYT menerbit satu artikel mendakwa seorang juri besar persekutuan di Amerika Syarikat telah memeriksa dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib – mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan berkata siasatan itu sedang dikendalikan oleh unit Jabatan Kehakiman yang menyiasat rasuah antarabangsa.
Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel yang sama: “Seorang jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas.”
Menariknya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – yang telah menjadi pengkritik hebat PM Najib – telah dilaporkan berkata Najib mungkin ditangkap oleh FBI. Namun begitu, Dr Mahathir mengakui: “Itu hanya suatu kemungkinan berdasarkan undang-undang antarabangsa ketika ini.”
Dengan ketiga-tiga sumber yang dianggap berwibawa bercanggah sesama sendiri selepas membuat tututan yang sensasi- tetapi tidak berasas – ia membuat kita tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku sekarang dan mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di Malaysia.
Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak di luar sempadannya hanya dalam dua jenis aktiviti – penyeludupan dadah dan jenayah perang, termasuk serangan keganasan.
Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini.
SHANTI RAMACHANDRAN
Kuala Lumpur

default

HADIR MAJLIS PAKATAN HARAPAN , PUDIN WAJIB DIPECAT UMNO @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



UMNO memberi surat tunjuk sebab kepada Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah berikutan tindakan bekas Ahli Parlimen Temerloh itu yang menghadiri pelancaran penubuhan Pakatan Harapan, di Subang Jaya, hari ini.

Ia disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut memaklumkan dihantar petang ini dan Saifuddin mempunyai 14 hari untuk memberi maklum balas terhadap surat berkenaan.

"Kami sudah hantar surat (tunjuk sebab) untuk bertanya kepadanya kenapa dia menghadiri program pembangkang dan dia mesti memberikan jawapan dalam tempoh 14 hari.

"Jika dia tidak berbuat demikian, dia akan dibawa ke Lembaga Disiplin yang akan memutuskan tindakan selanjutnya," katanya.



*** Kita tidak mahu gunting dalam lipatan dalam UMNO . Bersama  di pelancaran Pakatan Harapan jelas mengkhianati parti !!  Lembaga Disiplin perlu pecat Pudin dari parti . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.