..

..
Archive for August 2015

default

3 Nahas Udara Dalam Tempoh 8 Bulan, Nasib Baik Jokowi Bukan PM Malaysia

on Tuesday, August 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KITA semua bersedih dan bersimpati dengan negara jiran Indonesia yang baru-baru ini ditimpa dengan satu lagi kemalangan udara melibatkan pesawat Trigana Air di Papua New Guinea.  Ini adalah kali ketiga dalam tempoh 8 bulan kemalangan udara seumpamanya berlaku di Indonesia melibatkan ratusan nyawa yang terkorban.
Disember lepas satu kemalangan melibatkan pesawat Air Asia Indonesia di Surabaya, diikuti dengan pesawat tentera Hercules di Medan.  Sekalipun Hercules adalah pesawat tentera tapi pesawat itu turut dinaiki orang awam berikutan tindakan angkatan tentera negara terbabit yang mengenakan caj kepada orang awam yang nak menggunakan pesawat itu.
Bagaimanapun yang penting disini, di saat artikel ini ditulis penulis masih belum terserempak dengan mana-mana manusia di Indonesia sana yang mengaitkan kejadian ini dengan Presiden mereka, Joko Widodo (Jokowi) yang baru mengambil alih kuasa kurang setahun yang lalu.
Sekalipun kemalangan udara bukanlah suatu yang asing di Indonesia (tak semacam kita disini) tapi 3 kejadian sekaligus dalam tempoh hanya 8 bulan adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam sejarah negara tersebut.
Penulis yakin, lain halnya kalau perkara sama berlaku di Malaysia.  Minda sesetengah pengguna media sosial negara ini yang rosak teruk, pasti akan mengaitkan kejadian ini dengan Perdana Menteri kalau ia berlaku disini pada frekueni seperti itu.
Nampak disitu rakyat Indonesia lebih matang berfikir berbanding dengan segelintir orang di Malaysia, silap-silapegangan agama mereka pun.  Sebab itu mereka tidak mengaitkan kejadian ini dengan Jokowi  atau bagaimana keadaan akan berbeza kalau Prabowo Subianto yang menang hari tu.
Kalau kat Malaysia jangan.
Sebab itu mana yang terlibat harus berasa malu dengan rakyat Indonesia yang lebih matang serta berlapang dada bila nahas seperti ini berlaku di negara mereka, sekalipun mereka ramai menjadi imigrant di negara kita.
Ikut logik, rakyat negara penyedia peluang pekerjaan seperti kita, sepatutnya lebih matang dari rakyat Indonesia, tapi lain pulak yang berlaku. -mykmu-

default

KENAPA ULTRA KIASU PANAS BILA LOW YAT 2 MAHU DIBUKA ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Oleh: Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah


SELEPAS insiden Low Yat, kini kedai komputer ultra kiasu pakat-pakat menggantung dan menampal label kalimah suci seperti ALLAH, Muhammad dan ayat al-Quran dalam bentuk bingkai, poster dan sebagainya, di dinding-dinding kedai, bagi menarik pelanggan Melayu.

Dari satu segi, ada baiknya, sekurang-kurangnya mereka mesra al-Quran, dekat dengan Islam. Tidak mustahil suatu hari nanti, memeluk Islam. Persoalannya, kenapa baharu sekarang? Kenapa tidak dahulu?

Kedudukan syarikat (kedai) mereka juga telah disemak dengan SSM. Tuan punya memang bukan Melayu, termasuk pekerjanya. Jadi, atas alasan apa kalimah suci ini digunakan?

Sementelahan, saya ada meminta pandangan kenalan rapat di Jakim, adakah tindakan boleh dikenakan ke atas mereka? Jawapannya, tidak ada peruntukan untuk pihak berkuasa agama mengambil tindakan. Bermakna, orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah-kalimah suci ini.

Jakim hanya berkuasa dalam perkara berkaitan perbahasan halal sahaja. Yakni, jika mempamerkan ayat Quran untuk menunjukkan produk itu halal tetapi tidak halal atau tidak memiliki sijil halal maka ia menjadi kesalahan. Tetapi jika mempamerkan untuk hiasan atau jualan, maka Jakim tidak ada kuasa.

Tindakan desperado ini jelas menunjukkan bahawa bisnes mereka terjejas akibat insiden Low Yat, bila mana umat Islam memboikot. Sebab itu, mereka tidak segan silu mengadakan majlis sambutan hari raya yang tidak pernah sama sekali diadakan sebelum ini.

Pendek kata, mereka akan lakukan apa sahaja, tidak kira sama ada halal atau haram, menyentuh sensitiviti orang lain atau tidak, demi menjaga kepentingan bisnes.

Kita memohon kepada ultra kiasu supaya belajar erti ikhlas dalam bisnes. Fikirkanlah soal kepentingan negara dan keharmonian masyarakat. Kita tidak mahu dengar lagi penipuan demi penipuan berlaku. Sebelum ini kita telah disajikan dengan ikan patin diberi makan babi, bihun kotor, kaki katak dalam mi dan macam-macam lagi kes yang telah dibuktikan.

Lebih malang lagi, ada yang sanggup memalsukan sijil halal. Tidak kurang juga yang menggunakan sijil halal dari negara lain, bagi menghalalkan makanannya. Ada juga yang menggunakan nama orang Islam untuk mendapat sijil halal sembelihan.

Apabila dapat sijil halal, penyembelihan halal tidak lagi dititik-beratkan. Ada yang menyembelih sambil menyanyi lagu. Di mana keikhlasan dan kejujuran? Saya tidak kata semua.

Sudah sampai masanya kajian secara akademik dibuat, apakah punca kepada semua permasalahan ini? Apakah sistem pendidikan berasaskan kaum yang menyebabkan komunikasi terbantut, turut menyumbang kepada perkara negatif ini? Akibat daripada kita tidak bercampur gaul sejak kecil, persepsi negatif antara satu sama lain meningkat.

Kajian juga perlu melihat, kenapa perangai bukan Melayu yang bercampur dengan Melayu begitu berbeza dengan mereka yang langsung tidak bergaul.

Di peringkat kementerian pula, akta baharu perlu digubal untuk mengawal peniaga supaya tidak bertindak sewenang-wenang menggunakan atau memperalatkan lambang-lambang tertentu seperti kalimah ALLAH dan Muhammad untuk menarik dan melariskan perniagaan.

Ultra kiasu tahu, peniaga Islam tidak boleh mempamerkan perkataan atau gambar yang bertentangan dengan Islam. Sudah tentulah kita dengan mudah boleh bezakan mana kedai Melayu, mana kedai bukan Melayu.

Tetapi untuk kita mengenali kedai bukan Melayu agak sukar sedikit, kerana mereka boleh menggunakan kalimah suci dan menggunakan nama-nama produk yang berjenama Islamik, seperti cap masjid, huruf jawi dan sebagainya.

Kadangkala kita langsung tidak tahu, apabila mereka mempergunakan seratus peratus pekerja beragama Islam. Sedangkan hak mereka untuk solat dan solat Jumaat dinafikan, kerana dikatakan membuang masa.

Justeru, kita sebagai orang awam yang beragama dan NGO hendaklah sensitif dan memberi tekanan terhadap perkara ini.

Saya menyokong penuh langkah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat yang khusus untuk peniaga Melayu. Pecahkan monopoli yang berlaku selama ini. Jika tidak, kita akan terus menjadi mangsa.

Mengikut pelan, ‘Low Yat 2′ akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut selepas ubah suai. Mara akan berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini.

Sejurus bila idea ini diutarakan, mereka seperti cacing kepanasan mempertikaikan projek ini sebagai perkauman. Bila hak mereka tergugat, maka dituduh kita rasis. Begitu juga bila kita mahu membela hak kita. Mereka betul, kita salah. Nampak sangat hipokrit.

Saya harap namanya bukan Low Yat 2, tetapi nama yang lebih beridentiti kebangsaan seperti Plaza Mara, atau nama yang sedap didengar.


default

JUSTO DAH KENA PENJARA 3 TAHUN , BILA LAGI GILIRAN RAKAN PENIPUNYA DI MALAYSIA ??

on Monday, August 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Justo penipu dah kena penjara 3 tahun di Thailand , bila lagi  individu di Malaysia yang Justo jumpa &  jual maklumat Petro Saudi nak dikenakan tindakan ??


BANGKOK 17 Ogos - Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Xavier Andre Justo atas cubaan memeras ugut sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM9.95 juta) terhadap bekas majikannya, PetroSaudi International.
Hukuman itu berkuatkuasa serta-merta dan Justo, 49, akan dipenjara di Thailand sepanjang tempoh berkenaan.
Justo, warganegara Switzerland ditahan di rumahnya di pulau Kho Samui di Selatan Thailand pada 22 Jun lalu.
Dia didakwa memeras ugut PetroSaudi dan kemudiannya cuba menjual data yang dicuri dari syarikat tersebut kepada sekumpulan individu, termasuk kepada salah seorang pemilik agensi media di Malaysia. - UTUSAN ONLINE

default

WARKAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG KRITIK PM @NajibRazak

on Friday, August 14, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 15 Comments

Warkah Untuk PM




Assalamualaikum dan salam sejahtera, (Baca dgn hati)

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Sayangkan Islam dan Negara

default

KEJATUHAN RINGGIT : BANK NEGARA BUAT KEPUTUSAN TIDAK AKAN TAMBAT RINGGIT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menambat ringgit atau memperkenal kawalan modal bagi membendung kejatuhan nilai mata wang tempatan itu yang kini kira-kira 3.99 berbanding dolar, kata Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Keadaan sekarang tidak memerlukan langkah seperti itu, katanya.

Ekonomi Malaysia terus kukuh dan banyak perkembangan positif sedang berlaku, katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan 4.9 peratus keluaran dalam negara kasar untuk suku kedua di sini, hari ini.

Keadaan yang ekstrem adalah apabila kita terjerumus ke dalam kemelesetan yang serius. Kita tidak menjangka (perkara itu berlaku di sini) kerana kita telah menstruktur semula ekonomi kita,” katanya.

Selain itu, negara ini tidak kekurangan akses kepada kredit yang menjadi satu lagi kriteria keadaan krisis ekonomi yang ekstrem, kata Zeti.

Pada suku kedua, pembiayaan bersih berkembang 8.3 peratus dengan pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana meningkat 17.2 peratus.

Zeti berkata, reaksi spontan seperti menambat ringgit dan kawalan modal akan hanya memberi kesan sementara manakala turun naik dijangka berterusan beberapa bulan lagi sehingga ketentuan mengenai arah dasar dalam ekonomi utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Beliau berkata, sama seperti mana pengurangan program rangsangan ekonomi AS sebelum ini, sebaik sahaja keadaan kembali normal, pasaran kewangan akan menjadi stabil.

Gabenor Banak Pusat itu berkata, ketika ketidaktentuan ekonomi sekarang ini, regim kadar pertukaran yang fleksibel akan membantu negara mengurangkan impak daripada perkembangan luaran.

“Jika kadar pertukaran tidak menyelaras, impak perkembangan luaran akan lebih menjejaskan kita,” katanya.
Zeti berkata, impak penyusutan nilai ringgit masih boleh diuruskan dengan beberapa kesan baik dan buruk kepada perniagaan.
Menurutnya, perniagaan dengan konten import yang tinggi menghadapi peningkatan kos tetapi perniagaan berorientasikan eksport akan mendapat manfaat daripada pertambahan pendapatan.
Penyusutan nilai ringgit, katanya, mempunyai kesan sederhana ke atas perbelanjaan isi rumah kerana harga komoditi global dan bahan api domestik yang rendah, mengurangkan tekanan inflasi.
Bagaimanapun, Zeti berkata, Bank Pusat akan terus memastikan pasaran berfungsi secara teratur bagi mengelak gangguan kepada aktiviti perdagangan dan perniagaan.
Daripada 1 September 2014 hingga 11 Ogos tahun ini, ringgit telah merosot 20.1 peratus berbanding dolar AS berikutan kelemahan harga komoditi dan minyak mentah berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah di AS. - Bernama

default

GILIRAN AFDLIN SHAUKI BALUN KHAIRY TAK PAYAH KAITKAN BOLA DENGAN POLITIK

on Thursday, August 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Pedas kritikan artis Afdlin Shauki di laman instagram beliau yang mengkritik dan membidas KJ yang menyamakan PAS dengan pasukan bola sepak Liverpool .

Sudah la semua benda di Malaysia berbaur politik , tapi rupanya ahli politik liberal seperti KJ masih lagi cuba mencampur adukan .

default

MENTERI LEPASAN OXFORD BUAT KENYATAAN BODOH KENA TIBAI FAIZAL TAHIR

on Wednesday, August 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




inilah dikatakan kenyataan 'bangang' oleh seorang menteri lepasan Universiti Oxford apabila menyamakan sokongan terhadap sebuah kelab bolasepak liga Inggeris, Liverpool seperti menyokong parti Pas.

Wajarkah seorang menteri yang memegang jawatan menteri belia dan sukan mengeluarkan kenyataan begitu??? Mempolitikkan sukan kegemaran ramai anak muda generasi baru ini?

Semua  tahu, beliau tidak meminati pasukan Liverpool dan menyokong penuh pasukan 'the reds devil' yang kononnya gah hebat apabila memenangi piala inggeris terbanyak setakat ini. Tetapi KJ harus ingat, Man U masih tidak mampu memecah rekod Liverpool memenangi liga juara-juara eropah.

KJ sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang kononnya dikatakan melawak itu dengan menyamakan memberi sokongan terhadap sebuah parti Islam itu.

Dengan kenyataan bodoh beliau itu, beberapa artis terkenal tanah air tampil membidas kenyataannya. Antaranya ialah Faizal Tahir dan Hafiz Hamidun.

Menurut Faizal Tahir, kenyataan KJ yang dikatakan lawak itu telah membuatkan beliau hilang rasa hormat kepada menteri belia dan sukan itu.

Katanya, sebagai menteri yang disanjung dan dihormati oleh anak-anak muda di negara ini, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu kerana akan merosakan hubungan baik anak muda kini dek kerana meminati hobi yang sama.

Faizal turut mempersoalkan dengan mengatakan, susahkan KJ untuk menghormati penyokong kelab lain walaupun kelab kesukaannya sedang meningkat naik.

Oleh itu, beliau berharap, anak muda yang menyokong kelab MU supaya tidak melakukan tindakan bodoh seperti KJ.

"Serius KJ? Lawak yang sangat buruk. Sebetulnya saya hilang hormat kepada lelaki ini. Saya penyokong sejati Liverpool, berdarah merah Liverpool."Saya sokong mereka ketika turun dan naik. Saya tahu Manchester United (MU) satu pasukan hebat dan saya menghormati mereka sebagai kelab terbesar di dunia. Tetapi ini?? Kebodohan menghancurkannya. Saya pasti peminat MU tidak sebegitu bodoh kerana ini," kata Faizal.

Menurut Hafiz pula, kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh KJ itu tidak mendapat sokongan dari penyokong MU kerana mereka menyedari itu merupakan satu kenyataan bodoh dari seorang menteri kelulusan Universiti Oxford.

"Sorry YB, tak ada keyboard warrior nak support your lame joke towards LFC. #MUFC fans should always respect other teams!" kata Hafiz Hamidun.

Hahaha... kan dah kena sound setepek dengan dua orang artis ni. Itulah, lain kali tolong hormat penyokong lain sama - UTARA NEWS-

default

KJ CAKAP TAK TAKUT KENA LUCUT , KALAU BERANI LETAK JAWATAN

on Monday, August 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





KJ begitu berani mendabik dada bahawa tak takut kena lucut jawatan sebab bersuara lantang dalam isu pertukaran pegawai kanan SPRM ke JPM.  Malah kenyataan ini jelas menghasut ahli-ahli UMNO bangkit bersuara jika mendapat parti bermasalah .


"Saya rasa kalau kita tak sebut kita ada masalah, orang akan gelakkan kita, sebab satu dunia tahu kita hadapi keadaan politik yang sangat mencabar pada hari ini.

"Ahli umno bangkitlah. Jangan cakap tak ada masalah. Bersama-sama bangkit untuk cari penyelesaian dan kembalikan maruah Umno," klik di sini



Pendirian KJ selaku Ketua Sayap  tidak boleh diterima sekali kerana ia seolah-olah  mengajak ahli parti membenci parti sendiri .


Jika benar Khairy sangat berani bersuara dan tidak hairan kepada pangkat serta nama, beranikah Khairy meletakkan jawatan sebagai Menteri dan juga Ketua Pemuda Umno? 

Jika tak tahu untuk setia kepada Presiden parti sendiri, Khairy nampaknya tak lagi layak untuk mengepalai Pemuda Umno.

Seperti nasihat Ahli MT UMNO Datuk Seri  Abd Rahman Dahlan , Pemuda UMNO perlu berdiri teguh dan setia  dibelakang Presiden bukannya terpengaruh dakyah pembangkang !!




KENYATAAN MEDIA

KHAIRY DAN PAUL LOW BERANI LETAK JAWATAN SEBAGAI TANDA PROTES?


Tindakan terhadap beberapa agensi kerajaan baru-baru ini termasuk SPRM menimbulkan persepsi tidak baik bahawa ada pihak yang sedang cuba mengganggu perjalanan proses penyiasatan berkaitan skandal kewangan 1MDB dan isu “derma” politik RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Dato’ Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Beberapa orang menteri termasuk Datuk Paul Low, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah jelas menyatakan pendirian tidak setuju mereka terhadap tindakan-tindakan mutakhir ini termasuk pemindahan serta-merta dua pegawai kanan SPRM pada Jumaat lalu.

Namun untuk hanya menyatakan pendirian – walhal mereka menteri – adalah tidak mencukupi.

Berasaskan konsep “kebertanggungjawaban bersama” (“collective responsibility”), selagi mereka masih berada di dalam kabinet Dato’ Sri Najib selagi itu mereka tetap bersetuju dengan dasar dan tindakan-tindakan yang menghakis integriti dan kebebasan institusi-institusi kawal selia yang teramat penting ini.

Oleh itu, kedua-dua mereka sebenarnya patut mengambil tindakan yang lebih tegas sebagai tanda bantahan.

Jika mereka tidak mampu mengubah dasar pentadbiran Dato’ Sri Najib, saya mencabar kedua-dua menteri ini untuk meletakkan jawatan mereka sebelum mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu ini, agar Dato’ Sri Najib mendapat isyarat paling jelas bahawa anggota kabinet beliau sendiri tidak bersetuju dengan dasar serta tindakan-tindakan yang telah berlaku ini.

Rakyat sedang melihat adakah Khairy dan Paul Low orang yang cakap serupa bikin, atau adakah mereka berani untuk hanya mengeluarkan kenyataan?

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

default

PEMUDA UMNO PERLU SETIA & PERTAHAN PRESIDEN BUKAN TERPENGARUH PEMBANGKANG @mpkotabelud

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Abdul Rahman Dahlan telah menyeru ahli-ahli parti lain, terutama sayap pemuda, untuk berdiri teguh di belakang presiden mereka dan tidak terpengaruh dengan dakwaan daripada pelbagai pihak.

Beliau berkata kesetiaan kepada kepimpinan parti dan kesediaan anggotanya untuk tampil ke hadapan untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila diperlukan telah menjadi kunci kepada penguasaan berkekalan UMNO, yang selama ini telah dan masih parti kuat politik di negara ini.

Ahli Kota Belud Parlimen juga menegaskan tidak terdapat bukti tunggal dihasilkan oleh mana-mana pihak untuk menyokong banyak tuduhan mereka terhadap Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai yang mempersoalkan Perdana Menteri (kepimpinan), tetapi tidak ada bukti apa pun untuk menunjukkan bahawa PM telah mencuri wang rakyat. Apabila tidak ada bukti, apabila ia hanya satu muslihat oleh unsur-unsur asing, saya fikir tidak bijak (untuk meragui PM), "kata beliau.

Rahman yang juga  Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional , berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan bahawa Najib menghargai kesetiaan lebih daripada kecerdasan di kalangan ahli-ahli partinya.

Najib dalam ucapannya pada mesyuarat bahagian Umno Seremban awal bulan ini, telah berkata bahawa beliau akan menilai orang berdasarkan kesetiaan mereka.

"Ada banyak orang pintar sekitar tetapi untuk mencari orang-orang yang setia adalah jarang berlaku. Tetapi dengan kesetiaan, saya tidak bermaksud kesetiaan buta. Kita perlu bekerja bersama-sama untuk membuat parti kita kuat, "katanya.

Rahman, yang ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Tuaran  di sini semalam, berkata sejarah menunjukkan bahawa parti itu tidak mempunyai masalah untuk menukar pemimpinnya, tetapi lebih penting lagi ahli-ahlinya juga tidak mempunyai masalah dalam menunjukkan kesetiaan mereka apabila mereka perlu.

"Pemimpin kami datang dan pergi tetapi apa yang kita mahu ialah apabila kesetiaan kepada kepimpinan parti diperlukan, kita boleh mendapatkannya dari pemimpin dan ahli-ahli kami, dan ini adalah formula mengapa Umno adalah parti yang terkuat di Malaysia.

"Jika kita tidak setia kepada parti, parti yang pasti tidak kekal lama ... Walau bagaimanapun, kesetiaan yang kami minta ialah kesetiaan dalam sebab," katanya.

Beliau berkata UMNO kekal relevan kerana pemimpin, terutama generasi muda daripada Pemuda dan sayap lain, sentiasa bersungguh-sungguh untuk mempertahankan parti dan berhati-hati terhadap mana-mana unsur-unsur asing yang cuba untuk melemahkan perpaduan parti.

"Saya bangga yang dikenali sebagai antara pemimpin yang datang dari Pemuda (Belia). Dalam Pemuda, kita telah diajar untuk mempertahankan parti dan kepimpinannya ... kita tahu bahawa Pemuda perlu tampil ke hadapan untuk mempertahankan presiden dan parti, "katanya.

Pada hari Sabtu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak bimbang tentang kehilangan jawatan Kabinetnya untuk mengkritik pemindahan dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penyiasat Malaysia kerana beliau percaya dalam bercakap untuk apa yang benar.

Beliau berkata kebebasan agensi anti-rasuah perlu dilindungi dan menambah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri telah berkata yang beliau tidak mahu "ya lelaki" dalam kepimpinan kerajaan.

"Saya tidak bimbang kerana saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan apa yang kita percaya, iaitu untuk melindungi institusi dan bercakap tanpa rasa takut," Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata selepas merasmikan bahagian Klang Pemuda Umno, Wanita dan Puteri mesyuarat sayap.

Sebelum ini, Khairy berkata SPRM harus dibenarkan untuk menjalankan tugasnya dalam menyelesaikan sesuatu rasuah tanpa takut, dan dipetik oleh laman web Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional 'sebagai berkata bahawa pemindahan adalah "aneh dan mengecewakan." - 10/8 / 2015

default

MEMALUKAN ! KETUA SAYAP UMNO CUBA JADI POPULAR BALUN KERAJAAN SENDIRI !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Musim mesyuarat bahagian dan sayap nampaknya menjadi pentas terbuka menghentam Presiden parti depan ahli parti  . Ada yang secara direct ada yang secara berkias tapi sebenarnya  beri signal .

Masing-masing ada agenda sendiri yang tetapi pelbagai pendekatan dan isu digunakan . Semuanya menggunakan alasan  atas nama DEMI PERJUANGAN PARTI  & KEBENARAN

Antaranya Ketua sayap sendiri Khairy Jamaluddin yang sakan bercakap dan menghentam kerajaan berikutan pertukaran pegawai kanan SPRM ke JPM .

Memetik  nasihat Pengarah Strategik BN Datuk Abd Rahman Dahlan , " jangan menarik ikut rentak pembangkang" .  Cukup memalukan Yang  paling awal  menari dalam isu ini ialah KJ .

Apakah KJ selaku Menteri Kabinet tidak faham peraturan pegawai & penjawat awam yang ditetapkan JPA  ??




Pegawai itu ditukar atas bidang kuasa KSN.Mereka ditukar kerana telah melanggar peraturan iaitu memberi kenyataan kepada media tanpa mendapat  kebenaran. Tak timbul soal mereka ditukar kerana nak tutup soal 1MDB atau ada tangan-tangan ghaib. Itu semua hanya nasi tambah untuk menyedapkan cerita !

Malah Timbalan Perdana Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi   sendiri berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada pekeliling dan perintah am ditetapkan JPA . 


Pertukaran dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri tiada kena mengena dengan Polis Diraja Malaysia, sebaliknya ia adalah urusan pentadbiran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap pegawai kerajaan tertakluk kepada arahan dan pekeliling dalam Perintah Am yang ditentukan JPA dan ditandatangani semua pegawai kerajaan yang menerima pelantikan sebagai aku janji.klik di sini

Persoalannya ,  apa motif KJ menggunakan isu pegawai  SPRM   ini dengan mengaitkan dirinya tidak takut digugurkan daripada kabinet  secara terbuka ?? Nak jadi batu ronson ??

Untuk tunjuk atau cabar  kepada Presiden bahawa dia boleh kritik lantang  tetapi tidak boleh disingkirkan dari kabinet ??

Pendirian KJ dalam isu seperti ini hanyalah untukan dirinya  popular dan tidak membantu parti !

Sebaliknya ini jelas  satu tindakan MEMALUKAN & MENJAHANAMKAN parti !

 Bagi GPB , di saat ini sewajarnya sokongan diberikan kepada Presiden dan mempertahankan parti   .  Lihat pembangkang bagaimana mereka mempertahankan pemimpin mereka bermati-matian walaupun jelas dihukum bersalah oleh mahkamah .

 Tapi orang UMNO dan beberapa pemimpinnya   bila Presiden sendiri diserang &  ditembak bertalu-talu fitnah  pembangkang , ada yang sanggup datang menikam dari belakang .

Seperti kata Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Bahagian Bandar Tun Razak semalam   , " bila saya diserang , kita tambah lagi..kita tuang minyak " ...






 Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak gentar dengan sebarang tindakan akibat kelantangannya dalam isu yang melibatkan perpindahan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tak risau (kedudukan saya terjejas atau digugurkan daripada Kabinet) kerana saya percaya kita harus berpegang pada kebenaran.

"Kita harus jaga kebebasan institusi dan bercakap tanpa takut terjejasnya kedudukan," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Klang di sini pada Sabtu.

Katanya, bermuhasabah secara terbuka melalui platform mesyuarat UMNO Bahagian selari dengan apa yang diungkapkan presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. klik di sini


default

PAKAR PENERBANGAN FB MALAYSIA PERLU BACA KOMEN KAPTEN NIK HUZLAN #MH370

on Friday, August 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Corak pergerakan ombak di lautan dilihat tidak mustahil serpihan sayap MH370 hanyut ke Pulau Reunion.
Menurut bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines (MAS‎), Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, penemuan serpihan itu adalah bukti fizikal pertama pesawat tersebut sebenarnya terhempas di Lautan Hindi seperti yang dijangka oleh pasukan mencari.

"Ia adalah bukti fizikal pertama dan jika dilihat daripada corak pergerakan ombak di lautan, adalah tidak mustahil serpihan itu hanyut ke pulau itu," katanya.

Selepas penantian hampir 17 bulan ke atas misteri paling besar industri penerbangan, akhirnya ia boleh dikatakan MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi ini secara rasmi mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah sah milik MH370‎ yang hilang dari radar pada tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Namun persoalan sekarang adalah apa yang berlaku selepas pengumuman ini?
Sementara itu, kata Nik Ahmad lagi, ‎selepas pengesahan serpihan itu adalah sebahagian daripada pesawat tersebut,  pasukan siasatan harus membuat senarai inventori bahagian pesawat Boeing 777 itu yang mungkin boleh hanyut.

"Dengan cara ini, pasukan siasatan pasti boleh mengenalpasti secara pantas jika ada bahagian lain daripada pesawat itu yang ditemui penduduk pulau tersebut," katanya.
Nik Ahmad berkata, pasukan itu juga harus membuat model objek hanyut bagi mencari laluan kemungkinan serpihan lain di lautan berkenaan. 
"Mereka juga harus melakukan simulasi menggunakan komputer untuk cuba mencari lokasi sebenar tempat ia terhempas di Lautan Hindi," katanya.
Mengulas perkara sama, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang juga Ketua Kajian dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, tugas utama sekarang adalah untuk mengesan lebih banyak serpihan dan kemungkinan untuk itu adalah tinggi dengan penemuan itu.
"Langkah seterusnya pasti untuk menumpukan pencarian di sekitar Madagascar dan Afrika kerana serpihan pesawat berkemungkinan besar hanyut ke sana. 

"Selain itu, lebih banyak ujian dan analisis perlu dibuat ke atas serpihan itu untuk memastikan sama ada pesawat tersebut terhempas ke laut atau terlebih dahulu meletup di udara," katanya. 

Walaupun pengumuman Najib itu membongkar banyak soalan yang tidak terjawab lebih daripada setahun, ia tetap memberi cabaran yang lebih besar kepada penyiasat yang terlibat dalam misi pencarian ini. 

Menurut Harridon, cabaran termasuk mencari keseluruhan pesawat yang mungkin terbenam di dasar laut serta mengesan 239 mayat yang mungkin bertaburan pasti satu tugas besar yang memerlukan kesungguhan daripada pasukan mencari. 

"Ia pasti sukar dan mencabar untuk pasukan mencari kerana untuk mengesan serpihan adalah proses yang rumit kerana objek biasanya kecil," katanya.

Pesawat itu hilang 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan diberikan dari pesawat Boeing 777-200ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing jam 6.30 pagi. - Bernam

default

PDRM HANYA JALANKAN TUGAS MENCARI KEBENARAN BUKAN GANGGU SPRM

on Thursday, August 6, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan macai  pembangkang di media sosial  berikutan  tindakan POLIS menyoal siasat pegawai SPRM berhubung kes dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan kepada pihak tertentu .

Hari ini PDRM menerusi IGP menjawab segala tohmahan  itu terutama  dakwaan Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin yang mendakwa ada dalang mengarahkan penahanan ini.




 Seperti kata IGP ,  beliau ingatkan semua pihak agar jangan cuba mengeluarkan kenyataan  menangguk di  air yang keruh


default

SERPIHAN PESAWAT DI PULAU REUNION SAH MILIK #MH370 @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Perdana Menteri, DS Najib Razak sebentar tadi mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Reunion Island pada minggu lalu adalah milik pesawat MH370.

Pengesahan tersebut dibuat selepas penelitian secara terperinci dilakukan oleh pakar-pakar penerbangan di Perancis yang memeriksa serpihan tersebut. 

Selepas hampir seminggu diperinci oleh penyiasat, serpihan pesawat yang disahkan dari bahagian sayap (flaperon) itu terbukti milik pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airline System (MAS)

Pesawat MH370 juga disahkan terhempas di bahagian selatan Lautan Hindi, berhampiran dengan Reunion Island yang dikenali sebagai satu kawasan bahaya bagi penerbangan.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Malaysia dengan berat hati menerima kehilangan tersebut dan berkongsi kesedihan dengan seluruh keluarga mangsa berkenaan. 

"Malaysia akan sentiasa mengingati dan juga mengenang semua mangsa yang hilang bersama pesawat MH370.." ujar beliau yang sentiasa berdoa kepada semua mangsa diatas pesawat terbabit sepanjang usaha mencari dijalankan. -

default

CLAIRE BROWN PENGARANG SARAWAK REPORT DIBURU POLIS DI BAWAH SEKSYEN 124

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh waran tangkap terhadap pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berhubung laporan kandungan portal itu yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

“Waran tangkap yang dikeluarkan adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124 I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.

“Selain itu, kami akan meneruskan permohonan untuk meletakkan Brown di dalam senarai dikehendaki ASEANPOL di samping notis merah Polis Antarabangsa (Interpol),” katanya.

Beberapa pihak sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Sarawak Report dan editornya kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk memalsukan dokumen yang membawa kepada banyak pendedahan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas editornya, Lester Melanyi pula dalam pengakuan melalui laman blognya, lestermelanyi.blogspot.com mendedahkan beliau menerima bayaran RM2,975 seminggu bagi memalsukan pelbagai dokumen sebelum disiarkan di laman portal itu bertujuan menjejaskan reputasi Perdana Menteri termasuk mengaitkannya dengan isu dana 1MDB.

Lester yang juga bekas Pengarang Berita, Sarawak Tribune mendakwa bayaran, itu diterimanya daripada Clare yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Malah, beliau menyifatkan bayaran itu sebagai ganjaran untuknya dalam membantu komplot menjatuhkan kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.