..

..
Archive for July 2015

default

NAJIB PUJI PENDIRIAN HADI ISU 1MDB , PERLU CARI KEBENARAN SEBELUM MENGHUKUM

on Friday, July 31, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Pasti ramai yang tersentap  terutama  orang kerajaan  &   ahli UMNO) dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru sekejap tadi memuji pendirian Presiden PAS dalam isu 1MDB .

Betullah kata Najib, kenapa kita mudah terpedaya dengan spekulasi semata-mata? Sepatutnya kita memeriksa terlebih dahulu apa jua berita yang sampai kepada kita.


"Saya puji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun bersaing (berbeza politik). Presiden PAS pun boleh buat penilaian (isu 1MDB). Apa hal dengan orang kita ni? Tumpang semangkuk."


"Sebagai Islam, kita kena pegang pada prinsip mencari kebenaran dan tidak menghukum seseorang sebelum seseorang itu dibuktikan bersalah." 

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardhu Haji bagi tahun 2015.

Seramai 1200 orang dikalangan para imam dan pengerusi JKKK/JKKKP dari seluruh negara terpilih menyertai Program Khas Haji YAB Perdana Menteri buat kali ke-5. Program ini ditaja oleh Yayasan 1MDB.

Dalam seronok segelintir pihak menyambut agenda parti lawan menyerang 1MDB yang ketika ini masih dalam siasatan, para bakal Haji ini menadah tangan tanda bersyukur. Semoga para jemaah haji terus dicucuri rahmat dan memperoleh haji mabrur.

default

POLIS AKAN BERTINDAK TERHADAP AMBIGA , SEKSYEN 124 DIAKTIFKAN ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan ini timbul selepas Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau enggan menafikan laporan laporan berhubung perkara itu.

Dalam sidang media hari ini, Khalid meminta Ambiga menjelaskan sama ada beliau menyebut perkara itu.

Ambiga bagaimanapun berkata beliau tidak mahu berhubung dengan pihak polis melalui media.

“Saya mahu tahu artikel atau tweet mana dia (Khalid) rujuk. Saya tidak mahu berkomunikasi dengan dia melalui media,” katanya.

Khalid pula berkata beliau mahu memberikan peluang kepada Ambiga untuk menafikan perkara itu kerana mungkin terdapat kesilapan dalam laporan.




“Tetapi jika beliau tidak mahu menafikannya, jadi kita terpaksa bertindak,” katanya.

Beliau berkata laporan polis mungkin dibuat dan Ambiga akan disiasat bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Di Twitter pula, Khalid berkata polis akan bertindak terhadap pihak yang menggalakkan orang ramai turut ke jalan raya bagi mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

default

ORANG BODOH SAHAJA PERCAYA WARAN TANGKAP TIPU SARAWAK REPORT @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Memang betul apa diperkatakan Lester Melanyi , rakyat Malaysia mudah ditipu . Hari ini portal dajjal Sarawak Report mengeluarkan waran tangkap kepada PM dan menjadi viral di media sosial. 
antara yang sakan menyebarkan ialah pages pro Tun M di atas ini  . Entah betul atau fitnah belakang kira yang penting persepsi untuk memburukkan Najib di mata rakyat sampai . 

Ramalan   GPB ,  serangan ini tak akan berhenti sehingga Najib tidak meletak jawatan . 

Game mereka akan terus menyerang bertubi-tubi fitnah kepada PM dengan membuat pelbagai bentuk dokumen palsu untuk membangkitkan persepsi buruk semaksimum kepada Najib  
Ini kerana rakyat yang tak rasional dan matang akan terus mempercayai segala apa pendedahan baru portal dajjal ini tentang Najib .

DIharapkan POLIS dapat bertindak kerana jika berterusan serangan-serangan ini , kerana kesannya boleh  memudaratkan ketenteraman awam .



Sarawak Report Buat Fitnah Lagi
Portal yang berpangkalan dari London itu sekali lagi memaparkan cerita palsu tentang waran tangkap Dato Seri Najib Razak.
Format Waran Tangkap bukan begitu. Waran Tangkap mesti ada nombor rujukan laporan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah yang terbabit.
Dalam waran tangkap palsu yang dibuat oleh Sarawak Report itu, nombor itu tiada. Yang dibuat oleh Sarawak itu adalah format kertas pertuduhan.
Pertama, Sarawak Report mengelirukan rakyat antara kertas pertuduhan dan waran tangkap. Dokumen yang disebar itu nampak seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf.
Keduanya, dokumen draf kertas pertuduhan segini boleh direka oleh sesiapa sahaja. Kalau saya letak nama kamu dalam kertas pertuduhan membunuh dan mula menyebarkan di blog, facebook dan Whatsapp malam ini. Benda itu pun orang akan percaya.
Berapa ramai antara kita yang pernah tengok kertas pertuduhan dan waran tangkap?
Semalam mereka meniru suara Menteri Besar Negeri Sembilan dan menyebarkan di internet dan sosial media untuk mencipta persepsi negatif pada kerajaan.
Malam jumaat yang indah ini diganggu. Mereka buat pula draf palsu pertuduhan daripada London. Rakyat Malaysia pula yang jadi tukang percaya dengan portal fitnah dari luar negara ini.
Sebelum ini Sarawak Report ini menipu "money trail" guna Powerpoint. Siapa pun boleh buat rajah begitu dan letak nama sendiri kononnya dapat duit berjuta juta.
Kali ini guna Word pula untuk fitnah dan berusaha untuk jatuhkan kerajaan. Sudah sudah lah, janganlah kita terperangkap dalam fitnah dajal ini.
Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita.
Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa semak dulu kesahihannya. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."
Moga kita semua terselamat dengan fitnah akhir zaman.
Dr Ahmad Umar
Lawyer & Peguamcara.

default

MAT SABU OFFER MAHATHIR SERTAI GHB TAWAN PUTRAJAYA

on Wednesday, July 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu berharap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bersamanya dalam GHB untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umu akan datang.

Bekas timbalan presiden Pas itu berkata, beliau mengalu-alukan bekas perdana menteri itu menyertai parti baharu itu, malah akan memberi jawatan tinggi kepadanya dalam GHB.

Beliau turut bergurau dengan mengatakan jika Mahathir lambat memberi respon untuk menyertai GHB, maka Mahathir terpaksa menjadi pengikut dan bukan lagi sebagai pemimpin parti itu.

"Kalau masuk lewat, kena duduk belakanglah sebagai pengikut, bukan sebagai pemimpin," kata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu turut memaklumkan, beliau mengalu-alukan Mahathir perlu menyertai GHB adalah kerana parti baharu itu merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh setelah mendapat sokongan dari PKR dan DAP.

"Parti baru ini akan bekerjasama dengan PKR, DAP, semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menjadi sumber inpirasi pelajar universiti," katanya.

Adakah Mahathir akan menyertai parti Mat Sabu ini untuk menawan Putarajaya pada PRU akan datang?? Mampukah GHB ini bertahan lama walaupun hanya mendapat sokongan dari DAP dan PKR tanpa restu Pas??

Adakah Mahathir yang telah memutuskan akan bersara dari arena politik mahu kembali ke dunia politik semata-mata ingin mengejar politik peribadinya??-Utaranews.com

default

NASIHAT AYAHANDA RANI KULOP KEPADA MUHYIDDIN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selepas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri, Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menasihati bekas timbalan perdana menteri itu agar tidak bersedih.

Rani Kulup berkata, Muhyiddin harus kuat dan perlu mengawal emosi dengan keputusan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Tambahnya, Muhyiddin perlu bersabar dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Setiap benda yang berlaku jangan sampai terbawa-bawa. Terimalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Muhyiddin harus bersabar dan jangan bersedih, rilek saja," kata Rani kulup.

Rani kulup terus menasihati Muhyiddin dengan mengatakan, bekas perdana menteri itu perlu kuat kerana penyokongnya di negeri Johor masih memerlukannya sebagai wakil rakyat di negeri itu.

Jelasnya, walaupun Muhyiddin tidak mempunyai jawatan dalam pentadbiran negara, beliau masih mempunyai jawatan dalam parti serta menjadi wakil rakyat di negeri Johor..

"Setelah tidak berjawatan lagi, baliklah ke kawasan di Pagoh, jaga elok-elok rakyat Johor dan jaga parti," katanya.

Rani Kulup turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Muhyiddin kerana jasanya selama menjadi Timbalan Perdana Menteri banyak menyumbang kepada pembangunan negara serta membela nasib rakyat.

"Muhyiddin seorang yang berpengetahuan luas serta memiliki idea yang bernas dalam menyumbang untuk pembangunan negara serta membela nasib rakyat," katanya.-Utaranews.com-

default

MUHYIDDIN AKAN TERUS BERKHIDMAT UNTUK PARTI & BANTU PRESIDEN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus berkhidmat di dalam UMNO seperti yang diamanahkan kepada beliau walaupun tidak lagi memegang jawatan kedua terpenting negara.
Muhyiddin yang kini masih Timbalan Presiden UMNO sedia bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta semua ahli Majlis Tertinggi (MT) termasuk semua peringkat bahagian dan cawangan.


"Bagi saya, tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden kalau ikut Perlembagaan (UMNO) ialah untuk membantu Presiden dan juga membantu ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lain, termasuklah di peringkat sayap untuk melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden.

"Tanggungjawabnya adalah untuk menguruskan parti... Walaupun ini telah berlaku, ia tidak menghalang saya...tapi apa yang penting bagi saya adalah untuk pembangunan parti dan negara," jelas Muhyiddin dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Damansara tengah hari tadi.

Sidang media khas itu diadakan sehari selepas pengumuman rombakan Kabinet yang menyaksikan beliau  disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya sejak 2009.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Barisan Nasional berkata sudah bersedia untuk hadir pada mana-mana mesyuarat UMNO di peringkat bahagian jika dijemput.

"Kalau saya tidak melaksanakan tugas, bermakna saya gagal. Seperti yang tuan-tuan pun tahu, saya adalah seorang yang bertanggungjawab. Jadi, apa pun, kalau parti kata inilah tugas yang saya harus pikul, maka saya akan laksanakan.

"Soal bahagian menjemput atau tidak menjemput itu hak bahagian, tetapi saya bersyukur kerana negeri Johor, saya dimaklumkan, dalam kenyataan Menteri Besar, beliau menasihatkan orang Johor agar hormati saya sebagai Timbalan Presiden dan Johor tidak menyekat untuk saya masuk ke mana-mana bahagian kalau saya dijemput ataupun saya meminta untuk bertemu memberikan penerangan," jelas Muhyiddin.

Tambahnya lagi, beliau menyifatkan beban tugas sebagai Timbalan Presiden bukanlah kecil kerana beliau bertanggungjawab untuk mengukuhkan parti dan meningkatkan kerjasama di antara ahli serta menggerakkan program terutamanya menjelang pilihanraya.

default

HASAN MALEK TAK KECEWA, IKRAR TERUS KHIDMAT UNTUK PARTI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



– Datuk Seri Hasan Malek hari ini berikrar untuk terus menyumbang bakti kepada negara walaupun digugurkan daripada jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini.
Tekad itu dipacu oleh rasa yakin dan percaya beliau terhadap visi Perdana Menteri yang mahu membawa negara ke arah lebih cemerlang dalam semua aspek kehidupan.
“Sepanjang berada dalam Kabinet selama kira-kira dua tahun dua bulan, saya dapat lihat dengan jelas visi dan misi Perdana Menteri yang mahu melihat rakyat dan negara dibangunkan dan diletakkan pada kedudukan lebih tinggi.
“Jadi atas keyakinan ini, saya akan terus membantu Perdana Menteri mungkin dalam bentuk yang lain selepas ini,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Chedang di sini hari ini.
Hasan yang kelihatan tenang dengan ditemani para pegawai memberitahu, tidak ada rasa kecewa dalam dirinya ekoran pengguguran itu sebaliknya beliau menerimanya sebagai ketentuan Ilahi.
Malah, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk mengalas jawatan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Jelasnya, pengalaman selama 20 tahun dalam politik kepimpinan bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama dua penggal sebelum bertanding di peringkat Parlimen pada 2004 membolehkan beliau menerima pengguguran itu dengan hati yang terbuka.
Katanya, beliau masih mempunyai platform untuk terus mencurahkan khidmat iaitu sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Ditanya mengenai situasi politik selepas ini, Hasan enggan meramalkan apa yang bakal berlaku kerana menyifatkan politik sebagai suatu benda yang hidup dan berubah-ubah.
“Yang penting semua ahli UMNO walau apa pun keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan harus berdiri teguh di belakang pemimpin sama ada secara zahir atau batin serta melalui percakapan, perbuatan dan apa yang dizahirkan oleh hati,” ujarnya.

default

MUHYIDDIN TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DIGUGURKAN TPM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dengan hati terbuka penggugurannya daripada barisan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk me lantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.
“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhi dmat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua jabatan, pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah.
Beliau turut sentiasa menyokong semua dasar kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri selama dalam perkhidmatannya.
Walau bagaimanapun jelasnya, hanya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri.
“Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.
“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya reda,” katanya.
Walau bagaimanapun Muhyiddin bertekad untuk setia kepada perjuangan UMNO selaku Timbalan Presiden dan berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.
“Saya akan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuh kan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. Kepada Allah saya berserah,” katanya.
Muhyiddin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun iaitu sejak 10 April 2009 dan turut memegang portfolio Kementerian Pendidikan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh merupakan Timbalan Presiden UMNO sejak 2009 selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada Pemilihan UMNO 2009.
Muhyiddin yang memulakan karier dalam politik sekitar tahun 1971 telah memegang pelbagai portfolio sebelum ini antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Besar Johor.

default

SAYA TERIMA JAWATAN TPM INI SEBAGAI QADA & QADAR - ZAHID HAMIDI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PUTRAJAYA, 28 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan satu habuan, sebaliknya satu tanggungjawab untuk negara dan seluruh bangsa di Malaysia.

 Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata pelantikannya yang berkuat kuasa esok adalah bukti jelas tentang kebersamaan antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah lama terjalin.

 “Pemikulan tanggungjawab ini tidak dapat saya elakkan, ia mengulangi sejarah lama apabila Najib yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan melantik saya sebagai Setiausaha Politik. “…

kemudian saya mengikut Najib sebagai Setiausaha Politik apabila beliau dilantik sehingga menjadi Menteri Pertahanan,” katanya selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

”Saya tak pernah menjangkakan dan membayangkan (pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri) tetapi Allah Taala yang menentukannya. Saya terima ini sebagai Qada dan Qadar”.

 Ahmad Zahid juga meminta semua anggota Kabinet, Anggota Majlis Tertinggi UMNO serta barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya terus memberi sokongan padu kepada Najib. Rombakan Kabinet itu menyaksikan lima menteri digugurkan dan tujuh orang dilantik sebagai menteri baharu.

default

MUHYIDDIN BUKAN TIMBALAN PRESIDEN PERTAMA TANPA JAWATAN TPM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


PENYINGKIRAN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal dari kabinet hari ini, tidak menjadikan kedua mereka sebagai Timbalan Presiden/Naib Presiden UMNO pertama menjawat jawatan penting parti, tanpa disokong jawatan kabinet dalam sejarah negara ini.
Sebaliknya, ia adalah Tun Musa Hitam (1981-1986) yang terlebih dahulu mencatat sejarah sebagai Timbalan Presiden UMNO pertama tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih setahun sebelum kalah dalam pemilihan 1987.
Musa dipaksa melepaskan jawatan tersebut pada 27 Februari 1986 akibat tidak bersependapat dalam soal menguruskan tragedi Memali, tapi kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga 24 April 1987 bila kalah dengan majoriti 40 undi di tangan Tun Ghaffar Baba.
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pula adalah Naib Presiden UMNO pertama yang tidak diberikan sebarang jawatan Menteri sekalipun menang dalam pemilihan 1987.  Sebelum pemilihan tahun tersebut, Tun Abdullah adalah Menteri Pertahanan tapi kerana kedudukannya sebagai antara orang penting dalam Team B, maka jawatan Menterinya dinafikan.
Semua ini berlaku dalam era pemerintahan orang yang sama – Tun Mahathir Mohamad.
Jadi bagi sesiapa yang memandang keputusan menggugurkan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Afdal hari ini sebagai bukti kezaliman Najib, maka bandingkanlah dengan fakta yang disebutkan di atas, adakah ini satu kezaliman atau kewajaran?
Hakikatnya, kedudukan Menteri adalah kuasa mutlak Perdana Menteri sementara jawatan dalam UMNO adalah kuasa mutlak ahli-ahli UMNO.  Pada hemat penulis jawatan Menteri tidak ada bezanya dengan semua jenis pekerjaan yang lain, ada ketua, ada tanggungjawab,  boleh dipecat, ditukarkan (kalau boss dah benci) dan sebagainya.
Kena pandai bezakan tu.  Sebetulnya, tak lantik Timbalan Perdana Menteri pun takpe sebab jawatan itu tidak disebut dalam perlembagaan negara tapi atas sebab-sebab tertentu sebaiknya pemegang jawatan tersebut ada.
Yang penting disini, baik Najib mahupun Mahathir dulu, keduanya tidak mengganggu hak ahli-ahli UMNO, kecuali dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim sahaja dimana penyingkiran jawatan TImbalan Presiden UMNO berlaku – itupun dengan kelulusan Majlis Tertinggi UMNO.
Jadi kalau Najib dikatakan zalim hari ini kerana keputusan yang dibuatnya itu, maka Mahathir terlebih dahulu zalim dari beliau.  Sanggup ke nak mengatakan Mahathir zalim? - MYKMU

default

PKR - DAP HENTAM KABINET BARU NAJIB , PAS HARAP JALANKAN TANGGUNGJAWAB ADIL & TELUS

on Tuesday, July 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.
Beliau berkata adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinetitu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu) ... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS di sini.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua anggota PAS supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.

"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," katanya.

Beliau berkata pimpinan PAS Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya.

default

UMNO P.PINANG SOKONG PENUH ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM @NajibRazak @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Selasa, 28 Julai 2015
UMNO Pulau Pinang menyokong penuh keputusan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak merombak Jemaah Menteri pada hari ini bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam menangani cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14. UMNO Pulau Pinang yakin dan percaya barisan Jemaah Menteri yang diumumkan YAB Perdana Menteri tengahari tadi adalah satu pasukan yang komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.
UMNO Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota Kabinet selama ini juga kepada bekas-bekas YB Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak dilantik semula dalam barisan Jemaah Menteri yang baru.
UMNO Pulau Pinang mengucapkan setinggi tinggi Tahniah kepada YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Ucapan tahniah juga kepada YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri yang di umumkan tadi.
UMNO Pulau Pinang turut berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang mengekalkan YB Dato' Seri Dr Hilmi Yahaya, Ahli Parlimen Balik Pulau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dan melantik YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican Ahli Parlimen Kepala Batas sebagai Timbalan Menteri Luar. Perlantikan dua orang Timbalan Menteri dari UMNO Pulau Pinang oleh YAB Perdana Menteri amat amat dihargai

default

BARISAN BARU KABINET MALAYSIA 2015 , ZAHID HAMID TPM BARU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PUTRAJAYA- Berikut senarai baru Kabinet Malaysia Yang diumumkan Perdana Menteri Tengah Hari tadi

Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Mah Siew Keong
– Datuk Seri Jamil Khir Baharom
– Datuk Seri Idris Jala
– Tan Sri Joseph Kurup
– Nancy Shukri
– Datuk Seri Abdul Wahid Omar
– Datuk Dr Wee Ka Siong
– Datuk Seri Azalina Othman Said
– Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
– Datuk Seri Shahidan Kassim
– Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Razali Ibrahim
– Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Kewangan – Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II – Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan
– Datuk Chua Tee Yong
– Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
– Datuk Nur Jazlan Mohamed
– Masir Anak Kujat

Menteri Pengangkutan – Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan – Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan – Datuk Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II – Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
– Datuk Ahmad Maslan
– Senator Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AIr – Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
– Datuk Alexander Nanta Linggi
– Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar – Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Hamim Samuri

Menteri Pendidikan – Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan
– P. Kamalanathan
– Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Jailani Johari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Datuk Azizah Mohd Dun
– Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raua – Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Dr J. Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan menteri Pengajian Tinggi – Datuk Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Datuk M. Saravanan

default

ROMBAKAN KABINET MENGEJUT NAJIB , KEDUDUKAN MUHYIDDIN GOYANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengumumkan rombakan kabinet hari ini, iaitu beberapa hari lebih awal dari perancangan sebelum ini.
Sebelum ini Mohd Najib dijangka mengumumkan rombakan kabinet selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet pada rabu ini. Namun hari ini Mohd Najib mempercepatkan rombakan ini setelah melihat tingkah laku Timbalannya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, ahad lalu.
Oleh kerana rombakan ini sangat mengejut tiada sebarang kebocoran langsung sehingga jam 2 pagi ini. Ada sumber menyatakan Mohd Najib telah mengadap DYMM YDP Agong petang tadi. Satu sumber lagi menyatakan Mohd Najib akan merafak sembah senarai baru pagi ini.
Namun MYKMU.NET menjangkakan beberapa korban akan dibuat bagi menunjukkan siapa yang memimpin kerajaan hari ini. Perdana Menteri dijangka menggugurkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel dalam satu rombakan kabinet yang dilihat bagi menguruskan kepentingan politik UMNO dan MIC sekaligus.
Kedudukan Timbalan Perdana Menteri masih lagi dalam keadaan sukar diramalkan. Riak Perdana Menteri dan Timbalannya di Majlis Rumah Terbuka CIMB malam tadi menunjukkan mereka sudah sampai ke peringkat tidaj bertegur sapa.
Kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa potfolio Kementerian lain. Bagaimanapun jangan menolak kemungkinan Muhyiddin digugurkan sepenuhnya dan diganti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri
Sementara itu beberapa Menteri dijangka bertukar potfolio dengan fokus tertumpu kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kedudukan Khairy menjadi tumpuan kerana selain gagal memberi nafas menarik sokongan belia kepada parti pemerintah, Pemuda UMNO juga dilihat tidak membantu menyatukan parti. Malah kegagalan Pemuda menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri merupaka satu alasan kuat untuk perubahan ini. Namun peluang untuk Khairy digugurkan dari kabinet agak tipis berdasarkan kedudukan beliau dan pengaruh Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Khairy dijangka berpindah daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dilihat bintang baru dalam kabinet Mohd Najib dijangka berpindah ke Kementerian Penerangan. Ini selari dengan jawatan baharu beliau sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.
Ini memberi peluang kepada Rahman menggembeleng semua jentera penerangan kerajaan dan parti bagi menjelaskan isu semasa.
Menteri Penerangan sedia ada, Datuk Ahmad Shaberry Cheek dijangka kembali ke Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik semula sokongan belia kepada Barisan Nasional dan mengawasi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.
Manakala Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Antara nama lain yang dijangka naik pangkat dari Timbalan Menteri kepada Menteri ialah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Jailani Johari dan . Beberapa Ahli Parlimen muda dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.-MYKMU.NET

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.