..

..
Archive for June 2015

default

KALAU TAKUT UMUM HARGA MINYAK NAIK , LEBIH BAIK TAK PAYAH JADI MENTERI

on Tuesday, June 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Menteri seperti ini dalam barisan kabinet PM yang membuatkan  rakyat meluat dan marah kepada kerajaan . Nak jadi Menteri tapi tak mahu buat kerja .

Mengapa takut sangat ke nak umum harga minyak naik bulan Julai ini ?? Komunikasi dan maklumat perlu sampai tepat kepada rakyat bukannya melarikan diri seperti ini dan mengharapkan stesyen meletakkan harga baru malam ini .


Kalau takut dilambung ombak jangan buat rumah tepi pantai .........



default

1MDB : TONY PUA PATUT UNDUR , TAK LAYAK DUDUK DALAM PAC @ShaberyC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



PETALING JAYA, 29 Jun – Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua sepatutnya menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa itu kerana sikap berat sebelahnya terhadap siasatan isu kontroversi 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang membuat gesaan itu berkata kerajaan kini dalam proses mencari kebenaran untuk menyelesaikan masalah 1MDB tetapi ahli politik DAP itu sering mengeluarkan kenyataan menghakimi sewaktu proses siasatan oleh PAC masih berjalan.
“Dia patut keluar daripada PAC. Dia akan malukan bukan saja PAC, tetapi juga sistem Parlimen itu sendiri.
“Dia patut bertanggungjawab,” katanya pada satu majlis di sini, hari ini.
Ahmad Shabery juga menyifatkan tindakan Pua yang juga Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara yang cenderung mengkritik 1MDB sebagai merendahkan martabat dirinya.
“Jadi orang itu (Pua) sudah tentu tidak layak untuk berada di dalam PAC. Dia buat kenyataan berat sebelah, dia sepatutnya malu, parti dia sepatutnya rasa malu, orang yang menyokong dan yang berkaitan dengannya juga sepatutnya berasa malu,” katanya.
Sebelum ini, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyarankan supaya Pua berundur diri daripada PAC bagi membolehkan siasatan ke atas 1MDB dijalankan dengan telus dan adil.
Bagaimanapun, kenyataan itu disifatkan Pua sebagai usaha untuk menyekatnya daripada bersuara.

default

RAFIZI HANYA CARI POPULARITI , DOKUMEN LENGKAP SUDAH HANTAR SPRM UNTUK SIASAT - ANUAR MUSA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli  diminta membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai isu pembelian hartanah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc), daripada terus meraih populariti daripadanya.

Kenyataan dibuat pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa bagi menjawab  gesaan Rafizi agar beliau memberikan penjelasan berhubung pembelian hartanah Dudley House International di Melbourne, Australia yang menjadi tumpuan media sejak akhir-akhir ini.

Kata Annuar menerusi kenyataan kepada Astro AWANI, dokumen lengkap berkaitan pembelian hartanah tersebut telah diserahkan beliau kepada SPRM pada Jumaat.

"Wajarkah saya melayan mereka mereka yang yang lebih berminat mendapatkan publisiti berbanding mengetahui mengenai hasil siasatan nanti?

"Apa yang dibangkitkan Rafizi bukan perkara baru dan saya pasti siasatan sedang dilakukan. Rafizi sedikit terlambat," kata Annuar.


Rafizi juga kata Annuar dilihat lebih berminat menjadikan isu itu sebagai umpan untuk perbincangan terbuka di pihak umum.


Pembentangan laporan lengkap oleh Mara Inc juga kata Annuar telahpun  berlangsung pada petang tadi di Bangunan Mara Jalan Raja Laut.

Walau bagaimanapun laporan penuh intipati pembentangan masih belum dikeluarkan  Mara Inc.

Tambah Annuar lagi satu sidang media akan dibuat pada Mesyuarat Khas Majlis Mara 2 Julai ini.

Rafizi dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) pagi tadi mendakwa dokumen baru yang diperolehinya mendedahkan beberapa kepincangan prosedur pembelian hartanah MARA di Australia.

Beliau juga meminta penjelasan mengenainya dari Annuar berhubung urusan jual beli beberapa hartanah di Melbourne.

default

KERAJAAN DAP MEROYAN TAK BINA PRIMA , BILA NAK LULUS RUMAH MAMPU MILIK PERDA -JKP MEMBISU @dzainalabidin @drnovandri

on Monday, June 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Ini lah hipokrit punya  kerajaan DAP . 
Mereka hanya tahu mempolitikkan isu rumah mampu milik PRIMA dengan menyalahkan kerajaan Pusat  tetapi diam bila pemohonan  9,000 unit rumah mampu milik PERDA & JKP tidak diluluskan kerajaan negeri .  
Menurut Datuk Seri Zainal Abidin Osman ,  tiada satu unit rumah pemohonan JKP dan PERDA dihantar diluluskan dan tempoh ini sudah hampir  setahun lebih . 
Yang rugi adalah rakyat negeri ini .  Di Selangor  rakyat di sana berdepan isu AIR dan di P.Pinang isu perumahan .  Maka selama mana kerajaan DAP berkuasa di negeri , rakyat marhaen terutama orang Melayu   akan terus merempat dan hanya mampu menyewa rumah sampai ke tua dan pencen. 


GEORGE TOWN: The Penang Umno today criticised the state government for questioning the 1Malaysia People's Housing (PR1MA) programme when there were still many more housing projects by federal agencies which have yet to be implemented in the state.
State Umno liaison chairman Datuk Seri Zainal Abidin Osman said implementation of low and medium cost houses, as well as affordable homes, involving more than 9,000 units, by federal agencies in Penang, which were long due, were delayed as the projects had yet to be approved by the state government.
He said the proposed housing projects were submitted by JKP Sdn Bhd and the Penang Regional Development Authority (Perda).
"Not a single unit was approved for last year and also this year. We have waited for one and a half years," he told reporters after the breaking of fast by Bayan Baru Umno last night.
He said the issue on PR1MA was often raised by State Housing, Town and Country Planning Committee chairman Jagdeep, but no attention was given by the state government to the proposed construction of the 9,500 units of houses.
Zainal Abidin said implementation of PR1MA, to benefit 35,000 people, was planned under third phase, after completion of the phase one plan which involved 9,500 units of low, medium and affordable houses.
"We are awaiting approval for the phase one plan before implementing phase two, involving 25,000 units of houses and then only PR1MA," he added. – Bernama

default

AIR : BILA TS KHALID IBRAHIM PERTIKAI KREDIBILITI AZMIN JADI MB SELANGOR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa penggantinya, Mohamed Azmin Ali berundur jika beliau sedar tidak mempunyai keupayaan peribadi serta gagal memuktamadkan segera penyusunan semula industri air di negeri ini.

Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Abdul Khalid menyatakan keyakinannya bahawa ramai rakyat di Lembah Klang termasuk Selangor kecewa dengan sikap pentadbiran Mohamed Azmin yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan 'ancaman' oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian itu.

“PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

“Namun, tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti susulan daripada 'imuniti' yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selain kegagalan berlarutan kerajaan negeri memuktamadkan perjanjian utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang menambah kata, walaupun Sultan Selangor sendiri sebelum ini telah berulang kali mengingatkan supaya penyusunan semua industri itu dimuktamadkan secepat mungkin, pentadbiran negeri seolah-olah tidak mengendahkan perkara tersebut.

Sebaliknya, Mohamed Azmin menurut Abdul Khalid dilihat sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan empat syarikat konsesi terlibat selain gagal menggariskan pelan terperinci untuk menyelesaikan isu perikhidmatan air di Selangor sejak mula memegang jawatan itu pada September tahun lalu.

“Sebaliknya, apa yang Mohamed Azmin mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalik retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Pusat. Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.

“Sekiranya Menteri Besar sedar had keupayaan peribadi dan kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah diutarakan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini,”tegasny
-

default

MENTERI TEMPELAK TUDUHAN tAK BENAR LAPORAN THE AGE ISU BELI PANGSAPURI MELBOURNE @NajibRazak @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.Seterusnya 

Sesuatu yang pasti siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana laporan yang disiarkan itu benar.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang dibeli Mara Incorporated Sdn. Bhd. pada 2013 tidak sahaja diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, malah turut mendatangkan keuntungan.

Apa yang dilaporkan akhbar Australia, The Age yang menjadi senjata pembangkang kini adalah tidak betul sama sekali dan penjelasan lengkap akan terus dibuat bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian. 

Menurut beliau, nilai sebenar blok pangsapuri itu ketika dinilaikan oleh badan antarabangsa sebelum pembelian dibuat dianggarkan bernilai sekitar AS$26 juta (RM75.2 juta) dan bukannya AS$17.8 juta (RM51.5 juta) seperti dilaporkan.

“Terkini saya difahamkan, nilai blok pangsapuri itu sudah meningkat kepada AS$27 juta (RM78 juta). 

“Tambahan pula blok pangsapuri itu disewakan kepada 60 peratus pelajar asing dan 40 peratus pelajar kita. Jadi, sudah tentu ada keuntungan bagi pihak Mara,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan elaun kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) beberapa buah kampung di Sekolah Kebangsaan Simpor, Tikam Batu di sini. 

Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Shahanim Mohd. Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad. 

Menjelaskan rasional pembe­lian blok pangsapuri berkenaan, Mohd. Shafie berkata, tindakan itu setidak-tidaknya dapat membantu para pelajar Malaysia untuk tinggal di kediaman terjamin selamat dan selesa daripada menyewa di tempat lain yang belum pasti keadaannya. 

“Lagi pula bangunan itu sudah menjadi milik kita sendiri dan tidak perlu untuk kita membayar sewa secara tahunan. Tidakkah perkara itu baik untuk kita?” soalnya. 

Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui mengenai isu dibangkitkan itu, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri selain mengarahkan Mara untuk mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan. 

“Kita hanya ada satu dokumen perjanjian pembelian. Semuanya tertera di situ dan saya yakin kita tidak perlu gentar jika apa yang ada dalam dokumen itu membawa kepada kebenaran,” katanya.

Mengenai putar-belit pihak tertentu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu itu, beliau lantas menafikannya. 

“Perdana Menteri adalah pengerusi Majlis ekonomi yang melibatkan banyak menteri lain seperti Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Wahid Omar selain Bank Negara. Persetujuan dibuat oleh banyak pihak dan melalui pelbagai peringkat. 

“Secara keseluruhannya proses tersebut melibatkan penelitian terperinci dan kita memenuhi semua peraturan,” ujarnya

default

TANGKAPAN DALANG SARAWAK REPORT XAVIER JUSTO BUKA MATA SEMUA ORANG ISU #1MDB

on Sunday, June 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Isu penangkapan Xavir Andre  Justo  di Thailand yang menjadi supply maklumat kepada portal anti kerajaan seperti Sarawak Report telah membuka mata pada semua orang . Orang yang bantai 1MDB pun guna portal itu termasuk bekas PM iaitu Tun Mahathir  dengan menjadikan portal itu untuk tunjuk betapa rosak dan hancur 1MDB  hingga lah seluruh  Malaysia jadi ribut. 

Mat Salleh  ini hidup kaya raya khabarnya dan   kerjanya  " tacap "  bagi menghasut dan memburukkan PM dan kerajaan kita   dalam isu 1MDB  selain ugut tuntut duit dari Petro Saudi .  Bukti ugutan ini semua sudah ada di tangan polis Thailand . 

Selain  membuka mata besar-besar kepada rakyat akan dalang dibelakang Sarawak Report , media online , TV  dan portal juga perlu jadikan ini sebagai pengajaran seperti diulas portal The RakyatPost.

Jangan hanya terus mensensasikan sesuatu berita daripada sumber tidak sahih .Kesannya  ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat dan memburukkan imej kerajaan dan negara. 




Kes tangkapan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo baru-baru ini harus dijadikan pengajaran kepada semua portal dan blog yang mempunyai hasrat untuk menghasilkan sesuatu ‘berita’.

Satu komentar yang dikeluarkan Rakyat Post hari ini menyatakan, portal dan blog perlu belajar untuk lebih bertanggungjawab dalam mengesahkan sumber supaya tidak terlibat dengan maklumat yang tidak tepat.

“Sudah tiba masanya untuk golongan yang sering melaporkan berita-berita online mengenai negara ini berubah dan tampil sebagai wartawan sebenar kerana melalui cara itu sahaja mereka akan bersedia untuk mengamalkan integriti standard sebagai seorang wartawan.

“Dalam masa yang sama, tangkapan Xavier Andre Justo oleh polis Thailand itu juga harus digunakan sebagai pengajaran kepada syarikat-syarikat berita sama ada akhbar, televisyen atau online dalam mengesahkan sumber masing-masing,” menurut komentar itu.

PetroSaudi, syarikat antarabangsa industri minyak dan gas yang berpangkalan di Arab Saudi mendapat perhatian di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalankan dengan 1Malaysia Developmen Bhd. ( 1MDB).

Menurut komentar itu, 1MDB dan PetroSaudi mengesahkan bahawa Sarawak Report tidak pernah menghubungi kedua-dua syarikat tersebut walaupun sekali bagi mengesahkan dakwaan yang telah mereka lakukan sama ada sebelum, semasa mahu pun selepas laporan portal itu dikeluarkan.
Padahal, bertanya lanjut dan mengesahkan sumber merupakan tanggungjawab paling asas dalam bidang kewartawanan.

Kenyataan penuh komentar itu boleh dilayari melalui laman web http://www.therakyatpost.com/news/2015/06/27/apply-proper-standards-of-journalistic-integrity/

default

KEPUTUSAN TANGGUH PEMILIHAN UMNO WAJAR DITERIMA SEMUA AHLI PARTI @NajibRazak @dzainalabidin

on Saturday, June 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Ada banyak pendapat dan pandangan  oleh ahli parti  berhubung pemilihan UMNO yang dijadualkan tahun 2016 ditangguhkan lagi selama 18 bulan selepas diumumkan Presiden semalam .

Ada yang setuju ada yang tak setuju dengan beberapa sebab . Kita hormati perbezaan pendapat dan diambil kira.  

Tetapi yang lebih penting kuasa menangguhkan pemilihan sebenarnya hak Ahli Majlis Tertinggi berdasarkan Perlembagaan parti dan semua ahli wajar menerima keputusan ini .  Presiden telah menerangkan sebab mengapa ia ditangguhkan iaitu tumpu permasalahan rakyat dan kukuhkan parti hadapi PRU14.

GPB menyokong keputusan ini kerana ia tidaklah baru kerana pernah dibuat oleh Tun Mahathir dan juga Pak Lah . Malah Najib sendiri juga pernah menangguhkan pemilihan lalu dan ia diadakan selepas PRU13 .

Jika ada menyatakan Najib takut dikalangan penyokong Tun M itu biasa la . Yang penting semua ahli majlis kepimpinan tertinggi termasuk sayap telah membuat ketetapan bersama menyokong pemilihan ini ditangguhkan .




KUALA LUMPUR, 26 Jun – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memgambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan selama 18 bulan berdasarkan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO yang memberikan hak kepada MT untuk menangguhkannya, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, MT berpendapat bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan di mana penangguhan ini akan dapat membuatkan ahli dan kepimpinan parti lebih fokus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat baik di peringkat dasar mahupun diperingkat akar umbi.
11416295_1163636726995407_5743968289598236533_o (1)
“Kita mengumumkan penangguhan ini adalah kerana kita tidak mahu ada pihak nanti yang sudah merancang strategi politik untuk menghadapi pemilihan dan boleh mengeruhkan suasana politik dalaman itu sendiri.
“Penangguhan ini juga dapat memberikan ruang dan peluang bagi pengukuhan parti dan kerja yang patut kita lakukan supaya UMNO dan rakan-rakan komponen kita lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.”
Jelasnya, tumpuan perlu diberikan kepada tugas dan kerja-kerja parti yang telah diarahkan sebagaimana panduannya telah diberi kepada semua setiausaha-setiausaha bahagian.
“Mereka tahu KPI yang sepatutnya kita capai dan sebagainya. Jadi perkara inilah yang perlu kita utamakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Menurut  beliau, penangguhan pemilihan ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah pun dilakukan penangguhan berasaskan kepada rasional keadaan semasa.
“Ini bukan bererti UMNO menafikan hak demokrasi dan keterbukaan kepada semua ahlinya, tetapi bila sampai pada masanya, kita akan melaksanakan pemilihan untuk memberikan ruang kepada ahli melakukan pemilihan di semua peringkat,” ujarnya.
Disamping itu, MT UMNO juga membuat keputusan untuk melihat kaedah pemilihan dengan lebih mendalam supaya kaedah yang digunakan pakai hari ini boleh ditambah baik dengan mengambil maklum pandangan dan pendapat ahli akar umbi di semua peringkat.
“Kita juga bersetuju untuk mengkaji dan melihat semula kaedah yang diguna pakai dalam pemilihan dengan mendalam agar kita mencari kaedah yang lebih baik atau menambah baik kaedah yang sedia ada.
“Insya-Allah kita punyai masa yang panjang untuk meneliti kaedah-kaedah pemilihan yang digunakan di dalam perlembagaan baru menerusi tatacara pemilihan ini supaya ia akan dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa yang akan datang,” jelasnya. –MediaUMNO

default

KJ SINDIR MEDIA PEMBANGKANG MAIN ISU LAMPU POTRET TUN MAHATHIR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Pemuda Umno menyifatkan tindakan media pembangkang memainkan isu mengenai lampu yang menerangi potret Tun Dr Mahathir di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai tindakan yang sengaja memanaskan lagi suhu diantara bekas perdana menteri itu dengan  Datuk Seri Najib Razak.


Khairy berkata, walapun Umno tahu bahawa Najib dan Mahathir sedang bertelingkah kini, tetapi Umno tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh puak pembangkang untuk memadam lampu yang menerangai potret Mahathir itu

Tambahnya, kebetulan kerana hayat mentol itu mati dan tidak dapat menerangi potret bekas perdana menteri 22 tahun itu, maka media pembangkang mengambil peluang ini sebagai isu untuk menghangatkan lagi suhu diantara kedua pemimpin tersebut.

Menurutnya, sudah menjadi makanan harian untuk media pembangkang mencari isu untuk diputar belit seperti isu 1MDB dan MARA.

"Takkanlah kita nak buat macam itu, ini bodoh, tidak masuk akal. Ini sengaja dimainkan oleh media tertentu seperti mana kenyataan Pengerusi MARA diputar belit," kata Khairy.

Menurut sumber dari anggota polis yang menjaga kawasan tersebut, potret Mahathir tidak disinari dengan cahaya lampu kerana mentol terbabit terbakar dan belum diganti dengan yang baru.-Utaranews.com-

default

SARAWAK REPORT MEMANG NIAT MAHU BURUKKAN KERAJAAN ISU #1MDB

on Friday, June 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Portal kontroversi, Sarawak Report dan pengasasnya, Clare Rewcastle Brown, berniat mahu memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila sengaja melaporkan perkara yang tidak benar mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rancangan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri itu didedahkan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berdasarkan e-mel dan draf dokumen yang didakwa Sarawak Report kononnya bukti perjanjian antara 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi).
Menurut beliau, sekiranya Sarawak Report dan Rewcastle Brown tidak mempunyai sebarang niat jahat, portal tersebut sudah pasti akan memastikan kesahihan e-mel disalurkan bekas kakitangan PetroSaudi, Xavier Andre Justro, terlebih dahulu melainkan mereka sudah merancang perkara itu.
Katanya, pengesahan tersebut tidak sukar untuk dibuat kerana pada e-mel yang disalurkan itu jelas terpapar alamat internet protokol (IP) daripada pengirim tetapi Sarawak Report memilih untuk mengguna serta ‘mempercayai’ maklumat berkenaan bagi memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri.
“Sebagai pihak yang melapor­kan dan menuduh, beban pembuktian untuk mengesahkan sama ada maklumat diperoleh itu benar atau palsu terletak di bahu Sarawak Report. Saya tidak pasti sama ada Sarawak Report ada berhubung atau tidak dengan pengirim tetapi ia tidak sukar dilakukan.
“Pada e-mel tersebut jelas terdapat alamat IP tetapi cuba di­sembunyikan oleh Sarawak Report yang pada saya, ini membuktikan sebenarnya portal itu mempunyai niat untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri,” dedah Cheng Guan di blognya http://datukhuan.blogspot.com hari ini.
Pembohongan mengenai isu 1MDB yang berulang kali dilapor­kan Sarawak Report dan kemudiannya dijadikan rujukan oleh pembangkang terbongkar selepas polis Thailand menahan Xavier Justro, atas tuduhan cuba me­meras ugut syarikat PetroSaudi sebanyak AS$2.66 juta (RM10 juta).
Hasil siasatan ke atas warga Switzerland itu seterusnya mendapati sebahagian e-mel dan dokumen yang ‘bocor’ dan disiarkan Sarawak Report sebenarnya maklumat palsu yang telah dipinda terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Cheng Guan berkata, dengan segala tuduhan berat yang dilemparkan terhadap 1MDB, adalah pelik untuk Sarawak Report mendakwa mereka tidak melakukan semakan terlebih dahulu, sedangkan maklumat berkait akaun bank serta nama individu tertentu terdapat pada draf.
“Kegagalan di pihak Sarawak Report untuk mengambil langkah-langkah proaktif tersebut dengan jelas mengesahkan portal itu tidak pasti kebenaran maklumat dalam dokumen dan tidak peduli sama sekali mengenainya asalkan boleh mencemarkan nama baik Najib, 1MDB dan kerajaan,” katanya.

default

#1MDB : PENANGKAPAN JUSTO BUKA MATA PENDEDAHAN SARAWAK REPORT PLOT JATUHKAN NAJIB

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





PENANGKAPAN warga Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo Isnin lalu atas tuduhan me­meras ugut syarikat berkenaan berhubung maklumat berkaitan 1MDB, membuka mata banyak pihak.

Penahanan Justo sekali gus menghapuskan syak wasangka umum terhadap imej syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), termasuklah nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diheret sama dalam isu 1MDB.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pihak berkuasa Thailand yang menahan Justo di Koh Samui atas cubaan untuk memeras ugut syarikat itu menyatakan ia merupakan sebahagian plot untuk menjatuhkan Najib.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan di blog bermotif politik, Sarawak Report, sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

“(Dengan penangkapan Justo) semua pengkritik yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan 1MDB kini perlu menarik balik kenyataan mereka dan meminta maaf kerana tidak mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada Sarawak Report.

“Ini berdasarkan laporan NST (News Straits Times) bahawa beberapa e-mel dan dokumen yang disiarkan di blog terbabit didapati telah diubah sehingga ketepatan dakwaan itu boleh dipersoalkan,” menurut sumber itu lagi.
Akibat daripada itu, jumlah kerosakan terhadap prestij, reputasi dan imej antarabangsa ke atas negara ini, Perdana Menteri, ekonomi serta semua individu dan organisasi yang dituduh dalam plot ini, amat besar.

“Maka, tindakan harus diambil terhadap semua individu, agensi media, wartawan yang telah menyebabkan kerosakan ini kerana laporan tidak bertanggungjawab mereka.

“Mana-mana individu yang menganggap sebarang maklumat dalam laman sosial adalah benar, jelas menunjukkan mereka mempunyai pemikiran tidak rasional.




“Wartawan yang mengulas artikel itu dengan menuduh kerajaan tanpa meneliti kesahihan dokumen yang telah diambil daripada Sarawak Report, disifatkan sebagai satu penghinaan pada dunia media.

“Sepatutnya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk meneliti semula dokumen atau mendapatkan kesahihan terhadap dakwaan itu dengan hanya menghubungi pihak berkaitan,” menurut sumber itu.

Kes melibatkan Justo menunjukkan mana-mana kerajaan termasuk Malaysia akan terus berdepan kritikan yang berpunca daripada penyiaran berita secara online yang tidak betul.

Dalam kes Justo, apa yang bermula sebagai berita mudah untuk kepentingan peribadi oleh seorang bekas pekerja, melarat menjadi dakwaan bermotif politik menerusi blog yang tidak bertanggungjawab.

Moralnya – Sebarang maklumat yang disiarkan di Internet perlu ditapis, perlu dianggap tidak selamat dan tidak tepat untuk dijadikan rumusan oleh mana-mana pihak.

Kata sumber itu lagi:

“Beberapa bulan sebelum tangkapan (Justo) itu, siasatan telah dijalankan dan penemuan itu me­nunjukkan memang terdapat percanggahan.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi penemuan siasatan itu kerana berpendapat tidak kira apa pun, majoriti rakyat Malaysia telah pun memilih untuk percaya pada bukti yang tidak sah serta menyokong usaha bekas Perdana Menteri untuk menggulingkan Perdana Menteri ketika ini.

default

BILA NALAKARUPPAN SANGGUP JADI DRIVER BAWA TUN M JUMPA NAJIB SELESAI MASALAH !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kalau pemimpin berbangsa India boleh lihat betapa ruginya pertelingkahan antara Najib dan Tun Mahathir ini merugikan bangsa Melayu yan mengakibatkan pepecahan lagi ,  apakah kita masih lagi nak teruskan perang terutaman di bulan Ramadhan dan selepas ini Aidilfitri ?




Pada masa sama beliau menggesa Dr Mahathir untuk berhenti menyerang Najib . Sebaliknya beliau berkata Dr Mahathir seharusnya mengambil kesempatan berbaik dengan Najib.

 "Di bulan Ramadan ini, Dr Mahathir sepatutnya ambiklah kesempatan ini berbaik ajak minum kopi di rumah. 

 "Saya sendiri boleh jadi pemandu beliau dan boleh bawa beliau ke rumah Najib, ini bukan kepentingan peribadi tapi atas kepentingan negara dan rakyat. Nallakarupan turut menyeru kaum Melayu untuk bersatu dan mengelakkan pertelingkahan.

 "Sekarang ini beliau (Dr Mahahir) mahu hancurkan negara, kita tengok orang Melayu bergaduh banyak parti bergaduh, PAS dan DAP bergaduh, jika Umno berpecah Melayu akan rugi," katanya. – 24 Jun, 2015.

default

Tren ETS KL - Padang Besar bakal digunakan balik kampung Hari Raya Aidilfitri !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR 25 Jun – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dijangka beroperasi bermula 1 Julai ini.

Presiden Keretapi Tanah Me-layu Berhad (KTMB), Sarbini Tijan berkata, perancangan operasi telah disiapkan oleh KTMB dan berkemungkinan orang ramai yang ingin pulang ke utara untuk menyambut Aidilfitri boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Walau bagaimanapun, kami masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum per-khidmatan tersebut boleh digunakan orang ramai.

“Setakat ini, hasil perbincangan bersama pihak SPAD menunjukkan gambaran yang amat positif malah kami berharap mereka akan memberi kelulusan secepat mungkin setelah melakukan beberapa siri ujian keselamatan bertujuan menjamin keselamatan penumpang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengedarkan sebanyak 3,000 pek berbuka puasa kepada penumpang KTMB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Kanan Pemasaran dan Khidmat Pelanggan KTMB, Mohd. Noordin Kimi serta Pengurus Besar Komuter, Azshidah Shah Shahani.

Dalam perkembangan lain, Sarbini turut memberitahu, pihaknya menjangkakan sebanyak 120 unit Sistem Pengesanan Global (GPS) akan dipasang di semua lokomotif seluruh rangkaian pada hujung tahun ini.

“Setakat ini sebanyak 50 unit GPS sudah dipasang. Pemasangan sistem tersebut bertujuan memantau kedudukan tren selain memastikan tren tidak dipandu melebihi had laju ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan penumpang,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Noordin memberitahu, setakat ini KTMB sudah mengeluarkan sebanyak 12,000 tiket dan lebih daripada 10,000 tiket sudah dijual bagi tempoh 10 hingga 18 Julai sempena Aidilfitri.
“Bagi perjalanan ETS-Kuala Lumpur-Ipoh, kami menawarkan sebanyak 52,000 tiket dan 15,000 keping telah dijual bagi tempoh yang sama,” katanya.

default

PUTRAJAYA KINI BURU DALANG SIAR BERITA PALSU #1MDB SELEPAS JUSTO DITANGKAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Putrajaya akan mula ‘memburu’ The Edge kerana menerbitkan apa yang disifatkan sebagai berita palsu berkenaan 1MDB dan usahama antara 1MDB dengan PetroSaudi International, kata Menteri KDN, Zahid Hamidi.
Menurut Zahid, pihak berkuasa akan mula menyiasat akhbar tersebut ekoran penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi yang menjadi sumber kepada pembocoran dokumen tentang usahasama 1MDB-PetroSaudi bernilai USD1.2 bilion (RM4.5 bilion) yang telah digantung ekoran wujudnya penyelewenganwang berjumlah ratusan juta ringgit.
Zahid berkata demikian selepas menerima laporan tentang penangkapan Xavier Justo dari pihak berkuasa Thailand dan analisa forensik ke atas data-data ‘yang telah dibocorkan’. Pihak berkuasa Malaysia membuat kesimpulan bahawa dokumen-dokumen tersebut telah ditokok tambah dan dipindah dengan motif untuk membatalkan atau mewujudkan imej buruk usahasama antara 1MDB dengan PetroSaudi.
Kami mendapati, dari aspek forensik, data-data tersebut telah dimuat turun oleh bekas eksekutif itu dengan niat jahat iaitu memesongkan fakta tentang transaksi antara 1MDB dan PetroSaudi. Data-data berkenaan kemudiannya disiarkan oleh Sarawak Report dan The Edge.
Dan memandangkan kami bertanggungjawab untuk memantau sebarang penerbitan yang memperolehi permit (dari KDN), jadi kami rasakan, mereka perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab untuk berhadapan dengan sebarang tindakan sekiranya mereka didapati dengan sengaja menerbitkan artikel-artikel yang fakta-faktanya telah diselewengkan dengan niat jahat,” kata Zahid dalam sebuah sidang media.
Zahid turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat dan bertindak ke atas Sarawak Report, sebuah laman sesawang whistelblower yang telah menerbitkan koresponden e-mel yang didakwa antara 1MDB dan PetroSaudi.
Xavier Justo, seorang warganegara Switzerland telah ditangkap leh Polis Thailand pada Isnin.
Laporan oleh New Straits Times semalam menyatakan Justo telah didakwa cuba memeras dan mengugut 2.5 juta Swiss Franc (lebih kurang RM10 juta) daripada PetroSaudi berhubung penyebaran beberapa dokumen yang disifatkan sebagai sulit.
Akhbar harian itu turut melaporkan, dokumen-dokumen tersebut telah dipinda dan ditokok tambah. Kebanyakan daripada dokumen-dokumen yang dibocorkan telah diterbitkan oleh Sarawak Report. Namun pada 7 Jun, sebuah blog annonymous menerbitkan semula dokumen-dokumen berkenaan untuk menunjukkan yang urusniaga bernilai USD1.2 bilion antara 1MDB dan PetroSaudi adalah sah dan mengikut undang-undang.
Semalam juga, Zahid memberitahu Putrajaya akan membenarkan ekstradisi mana-mana rakyat Malaysia yang didapati menggunakan data yang telah dipinda dan ditokok tambah itu seandainya diminta oleh pihak berkuasa Thailand.
“Seandaiya mereka mahukan ekstradisi, kami akan memberikan kerjasama dalam usaha membantu pihak berkuasa Thailand melengkapkan siasatan.”
Menteri Dalam Negeri itu juga mendedahkan bahawa polis Malaysia telah pun memulakan siasatan mereka berhubung perkara berkenaan.
Di dalam Bangkok Post semalam, pegawai polis Thailand dipetik sebagai berkata, PetroSaudi telah membayar wang berjumlah lebih kurang RM15.5 juta untuk Justo meninggalkan syarikat tersebut selepas dia didapati ‘berkelakuan menentang peraturan dan undang-undang syarikat’.
Ekoran penangkapannya, PetroSaudi mengeluarkan satu kenyataan semalam menyatakan kelegaan dan mendakwa mereka adalah mangsa jenayah yang telah dipolitikkan di Malaysia. KLIK DI SINI

default

MALAYSIAKINI SUDAH KETERLALUAN , JANGAN LAGAKAN UMNO DENGAN RAKYAT - @RazlanRafii

on Thursday, June 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Mana-mana pihak serta organisasi media diminta tidak membuat cubaan melagakan UMNO dengan rakyat demi kepentingan serta motif politik peribadi semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Razlan Muhammad Raffi berkata, cubaan portal berita Malaysiakini yang dikatakan mengelirukan rakyat selama ini disifatkan keterlaluan sehingga menimbulkan kebencian kepada UMNO.

"Malaysiakini sejak dahulu sentiasa berusaha melaga-lagakan rakyat dengan UMNO. Cubaan semalam semasa memaparkan gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang digelapkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dilihat keterlaluan.

"Kami berada di lokasi, tidak ada langsung kejadian seperti yang didakwa Malaysiakini. Ia dakwaan yang tidak masuk akal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Rabu, portal Malaysiakini memaparkan laporan potret Dr Mahathir di hadapan Dewan Tun Razak yang gelap dan tidak kelihatan.


Laporan itu menyebut, menurut seorang anggota polis penjaga di kawasan itu, lampu tersebut 'terbakar' dan masih belum diganti dengan mentol baru.

Kata Razlan, cubaan itu disifatkan kemuncak usaha Malaysiakini pada Khamis yang memulakan misi mengelirukan rakyat dengan memutarbelit kenyataan kenyataan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berhubung pembelian hartanah di Melbourne, Australia.


"Mereka cuba dari pagi sehingga malam, cukup-cukuplah Malaysiakini hendak melagakan rakyat dengan UMNO dengan cara begini," ujarnya.


Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa kerana kenyataan Annuar diputarbelitkan sesetengah media.

Najib menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

default

SARAWAK REPORT DAH PANAS PUNGGUNG BILA JUSTO DITANGKAP #1MDB

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Satu lagi perkara penting yang tidak dilaporkan atau akan dispin oleh portal-portal pro-pembangkang ialah hasil siasatan Protection International Group tentang kaitan di antara Xavier Andre Justo dengan blog Sarawak Report. 

Berikutan cubaan ugut, pelbagai e-mel dan dokumen muncul di blog bermotifkan politik Sarawak Report, mencetuskan gelombang tuduhan terhadap 1MDB. Ia kini telah diketahui bahawa sebahagian daripada e-mel dan dokumen yang disiarkan di blog ini didapati diubah, membawa ke persoalan kebenaran dakwaan ini.

Sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI), kemudiannya dilantik untuk menjalankan siasatan yang terperinci ke dalam sumber data yang diterbitkan di Internet, dan juga untuk mengesahkan kesahihannya. 



Siasatan ini mendedahkan bukti jelas kecurian sistematik data sulit syarikat oleh Justo sebelum meninggalkan PetroSaudi. Tambahan pula, analisis juga menunjukkan bahawa data telah diubah selepas ia dicuri dari PetroSaudi.

Adalah dipercayai bahawa banyak data yang diubah ini kemudiannya muncul di Sarawak Report dan bertindak sebagai tulang belakang kepada blog itu tentang dakwaan salahlaku 1MDB.

Seorang pakar dari PGI berkata: "Siasatan masih berterusan, tetapi ia adalah jelas bahawa kita sedang melihat satu kes kecurian data berskala besar, dan analisis kami menyokong bahawa Justo adalah sumber data yang diterbitkan di Sarawak Report.

"Sebagai contoh, apabila kita melihat ke dalam fail PowerPoint yang ada di salah satu blog Sarawak Report, kami dapati bukti dalam metadata tentang fail itu yang telah dikendalikan oleh beberapa "xavierj" pada tahun 2013; dua tahun selepas Justo meninggalkan PetroSaudi, dan empat tahun selepas fail pada asalnya dicipta oleh sebuah firma undang-undang penasihat PetroSaudi.

"Ia juga jelas bahawa set data dicuri tidak lengkap, dan telah menjalani proses penyuntingan selepas mereka dikeluarkan daripada sistem PetroSaudi, dan sebelum ia diterbitkan di Internet. Terdapat banyak percanggahan di antara data yang diterbitkan dan data yang masih wujud pada fail dalam PetroSaudi  ketika tempoh masa tersebut. Secara ringkas, ia adalah data yang tidak lengkap, terpilih secara kreatif dan disunting untuk muat naratif yang dikehendaki.

"Kes-kes ini adalah semua terlalu biasa dan malangnya kami telah berurusan dengan begitu ramai daripada mereka; di mana seorang pekerja tamak atau berniat jahat membuang data sulit dan mengancam untuk menyiarkannya, atau telah ia diterbitkan, untuk kepentingan peribadi - kewangan atau sebaliknya.

Data yang diterbitkan biasanya akan melalui penyuntingan terpilih, dan tidak pemalsuan yang biasa, dalam usaha untuk up the ante dan mencipta cerita yang paling mungkin merosakkan.

"Kes ini adalah hampir 'buku teks' sama dengan profil itu. PetroSaudi, seperti banyak syarikat, individu atau kerajaan yang telah kita bertemu, dan tidak syak lagi akan terus berjumpa mereka, akan menderita penelitian yang tidak adil disebabkan oleh serangan yang berdasarkan salah maklumat talian. Dalam kes ini, apa yang bermula dengan satu cerita mudah bekas kakitangan yang mahu keuntungan peribadi, menjadi kisah tuduhan bermotifkan politik melalui penggunaan blog yang tidak bertanggungjawab. 

"Semua siasatan kami telah dijalankan setakat ini menjuruskan saya untuk mengatakan bahawa, dari kedua-dua perspektif forensik dan pakar, maklumat [berkaitan dengan isu ini] yang disiarkan di Internet dan kepada mereka yang ingin membuat kesimpulan daripadanya, ia boleh dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai" kata beliau. Anda boleh baca lebih lanjut : http://www.nst.com.my/node/89480 

Hasil penyiasatan Protection Group International ini dapat menjawab persoalan tentang kesahihan sumber yang digunapakai oleh blog Sarawak Report. Dan jawapannya ialah maklumat sumber itu tidak selamat dan tidak boleh dipercayai. Kepada mereka yang selama ini beria-ia telah mempersoalkan 1MDB dan merujuk kepada Sarawak Report, sudah tentu akan terkedu apabila rujukan mereka itu tidak boleh dipercayai.

Tetapi seperti yang MiM katakan sebelum ini, kita tunggu juga keputusan penyiasatan Akaun Negara, PAC dan Bank Negara. Yang penting, isu 1MDB ini diselesaikan merujukfacts and figures bukannya berdasarkan dokumen-dokumen yang telah diubah atau ditokok-tambah, soalan-soalan murahan dan persepsi semata-mata. 


sumber : Dr MIM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.