..

..
Archive for May 2015

default

DANA NOW DIKUTIP RAFIZI DIDAKWA MENIPU ORANG RAMAI

on Friday, May 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




(Malaysian Gazette) – “Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB.
Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.
“National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif.”
“Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya,” dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.
Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.
“Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.”
“Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.
Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.
“Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW,” ujarnya.


default

GUAN ENG MANA BOLEH TAHU HATI SAYA PILIH MANA - HADI

on Wednesday, May 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempersoal kenyatan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan hati Presiden PAS beliau bersama UMNO.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, Guan Eng tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau sebagai manusia biasa turut tidak tahu apa yang difikirkan oleh pemimpin DAP itu.
“Dia bukan tahu hati saya, saya pun tak tahu hati dia, mana kita tahu hati orang,”katanya ringkas ketika ditemui di Lobi Parlimen, selasa.
Semalam, Guan Eng menyifatkan badan Abdul Hadi bersama PR, tetapi hatinya bersama UMNO.
Kenyataannya itu ekoran sikap Abdul Hadi yang berat menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini dilantik Ketua Pembangkang.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyatakan sehingga hari ini PAS masih lagj bersama PR, namun tidak tahu kerjasama tersebut akan berpanjangan untuk masa akan datang atau tidak.
“Kita masih bersama Pakatan..untuk akan datang saya tak tahu sebab saya sendiri tak tahu yang saya hidup lagi esok atau tak,” katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya adakah PAS bersedia keluar daripada PR.
“Kita pernah semuanya, pernah bersendiri, pernah dalam kerajaan, pernah luar kerajaan, biasanya peristiwa lama tak berulang, cuma konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk, tak boleh bersendirian.
“Kita tunggu dan lihat apa penyelesaian yang terbaik dalam PR ni,” ujarnya.
Jelas Hadi lagi, beliau hanya memberi tumpuan kepada Muktamar PAS yang akan berlangsung Jun ini.
Sebelum ini Guan Eng mencabar Hadi meninggalkan PR kerana kritikan Hadi terhadap kabinet bayangan DAP.

default

SIAPA MENTERI TAK FAHAM ISU 1MDB DIDESAK LETAK JAWATAN - BNBBC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menggesa menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun keputusan bersama telah diputuskan supaya melepaskan jawatannya.
Menurut beliau, mana-mana menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan yang dicapai bersama.
Prinsip Kabinet merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipegang dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama.
Beliau menjawab demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li semalam yang menyatakan keseluruhan kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya perdana menteri seorang sahaja.
Mengulas lanjut, Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, ahli kabinet yang tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB boleh berjumpa sendiri dengan perdana menteri sehingga berpuas hati (keputusan kabinet).
"Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita berpuas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi sekali jumpa perdana menteri dan tanya lagi.
"Jika ada menteri kata tak faham.. cakaplah tak faham..tanyalah sehingga faham isu. Jangan sampai tak reti nak tanya.
Ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Ku Li, beliau telah menyifatkan kenyataan bekas menteri kewangan itu sebagai dakwaan semata-mata.

"Tak tahulah, itu dakwaan dia, mungkin ada menteri yang tak faham tak tahulah, tapi perbincangan pernah berlaku.
"Kalau sudah ada keputusan dan menteri kata tak faham lagi..apa benda yang tak faham? Saya anggap itu hanya dakwaan," katanya.

default

PEMUDA UMNO SOKONG DALANG SEBAR VIDEO MUHYIDDIN DIAMBIL TINDAKAN

on Tuesday, May 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemuda Umno hari ini bersetuju agar penyebar video Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis tertutup pada minggu lalu diambil tindakan kerana mendedahkan tata rahsia parti.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kenyataan kedua-dua naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak sama sekali bercanggah antara satu sama lain.
"Jangan kata Shafie dan Zahid cakap benda yang berbeza. Saya hendak jelaskan di sini. Shafie kata itu bukan kesalahan jenayah, Zahid kata tindakan akan diambil bukan kesalahan jenayah. Kita akan ambil tindakan dalaman, parti.
Khairy berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.
Shafie semalam menyifatkan tindakan individu yang mendedahkan video ucapan Muhyiddin dalam satu program di Janda Baik minggu lalu bukan satu kesalahan jenayah sehingga memerlukan tindakan tegas diambil.
Pendirian Shafie itu dilihat berbeza dengan kenyataan Zahid yang berjanji mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut.
Khairy berkata Pemuda Umno berpendirian, perlu ada kerahsiaan dalam hal parti terutamanya melibatkan majlis yang diadakan secara tertutup.
"Walaupun apa yang disebut timbalan presiden itu sangat penting, tetapi tindakan membocorkan rakaman itu tidak betul.
"Saya rasa kita perlu ambil tindakan terhadap pembocor maklumat tersebut, sebab dalam parti mesti ada kerahsiaan.
“Walaupun kita setuju dengan apa yang dicakap itu, tidak boleh di bawa keluar sebab kita cakap dalam mesyuarat,” katanya.
Minggu lalu, tersebar satu video berdurasi 7 minit memaparkan Muhyiddin menggesa individu terlibat dengan syarikat pelaburan negara 1MDB dipecat.
Muhyiddin juga mengesahkan membuat ucapan tersebut dan mempertahankan pendiriannya. – 26 Mei, 2015.

default

SYABAS KDN , TEGAS HALANG KETUA REVOLUSI PAYUNG HONG KONG KE MALAYSIA @Zahid_Hamidi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB ingin mengucapkan tahniah kepada KDN kerana menghalau balik ketua geng Revolusi Payung dari Hong Kong Joshua Wong yang mendarat di P.Pinang .Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. 

Beliau akan hadir pada 30hb Mei ini bersama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.

Malaysia berhak tentukan siapa yang boleh memasuki negara ini .  Kalau puak2 PR   tak suka dengan tindakan ini , mereka boleh tinggalkan Malaysia untuk bersama budak mental ni 

 Jangan biarkan budaya dan pengaruh asing menular dalam negara kita.




Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia menghalang seorang lelaki warga Hong Kong daripada memasuki negara di Lapangan Terbang Pulau Pinang pagi tadi selepas mendapati lelaki berkenaan tersenarai dalam kalangan orang yang dilarang masuk ke Malaysia.

Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata, lelaki dikenali Wong Chi Fung atau Joshua Wong itu tiba di lapangan terbang berkenaan kira-kira 11.05 pagi dengan menaiki penerbangan KA633 Dragon Air dari Hong Kong.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati lelaki itu disenaraikan dalam kalangan orang yang dilarang masuk ke negara ini.

"Pegawai Imigresen yant bertugas terpaksa melaksanakan proses pengurusan penolakan kemasukan warganegara asing itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

"Mengikut prosedur antarabangsa, individu yang ditolak kemasukannya hendaklah dihantar balik ke lapangan terbang di mana individu tersebut berlepas menaiki penerbangan masuk ke negara ini dan bukan dihantar ke destinasi lain," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, sebentar tadi.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian dihantar pulang ke Hong Kong dengan menaiki penerbangan KA634 kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53627#sthash.QiXk1Xy1.dpuf

default

SEJAK BILA WARTAWAN UTUSAN ADA LESEN GELARKAN ULAMA INI SESAT ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Agak pelik bila membaca pendedahan Utusan Malaysia secara tiba-tiba menyerang ulama antarabangsa yang datang ke negara kita berdakwah sebagai sesat dan tidak mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ ) .  GPB tak pelik jika mereka mendedahkan isu PATI , dadah , gejala maksiat , pembalakan haram , kelemahan penguatkuasaan tetapi membabitkan soal akidah ia satu isu yang berat .

Sewajarnya tugas  Utusan hanya perlu melaporkan tentang apa diberitahu pegawai Jabatan Agama tentang ajaran mana & ustaz mana yang sesat  , tetapi ini sudah terbalik apabila mereka sendiri mendedahkan atau mengaibkan ulama terbabit .

Bagi GPB ia tidak adil dan selagi ulama2 ini tidak didapati bersalah oleh pihak berkuasa , tuduhan Utusan jelas adalah FITNAH JAHAT !

Persoalannya , adakah wartawan sudah  ini mempunyai bukti serta cukup ilmu agama di dada mereka mendakwa Habib & Habaib ini membawa ajaran sesat  ??



OLEH : BLOG KERIS PUSAKA 

baru-baru ini di dalam sebuah akhbar arus perdana Utusan Malaysia,telah mendedahkan kononnya Ulama-ulama antarabangsa yang datang berkunjung ke Malaysia atas urusan dakwah telah memperalatkan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kegiataan yang kononnya bertentangan dengan fahaman ASWJ.

Wartawan UM yang menulis artikel berita itu juga hanya merujuk satu sumber yang tidak dinyatakan siapa dan sejauh mana kesahihannya .Inikah etika kewartawan seorang wartawan akhbar ? Kenapa tidak dinyatakan sumbernya itu ?

Kenapa UM takut untuk dedahkan sumber itu jika terbukti kebenarannya? Ulama-ulama Antarabangsa itu seperti yang dinyatakan dalam akhbar UM adalah beberapa kibar ulama dari hadramaut yang berketurunan Ahlul Bait Rasulullah SAW dari silsilah Sayyidina Hussain yang dikatakan oleh sumber UM Malaysia sebagai cenderung kepada mazhab syiah yang sebenarnya tidak benar dan suatu fitnah jahat ke atas Ulama.



Dari(Kiri) Syeikh Taufiq Al Buti (Syria), Habib Umar Al Jailani(Makkah) ,DS Jamil Khir Baharom, Habib Abu Bakar Al Adni(Yaman),Syeikh Abu Bakar (India) ketika di Muktamar Ulama Ahlus Sunnal Wal Jamaah baru-baru ini




KP ingin terangkan bahawa manhaj Ulama-ulama ahlul bait Hadramaut adalah ASWJ yang berpegang dengan mazhab aqidah Asyairah ,mazhab fiqh Imam Syafie dan tasawuf menurut Imam Al Ghazali.

Mereka merupakan golongan keluarga ahlul bait Nabi SAW yg berhijrah daripada Baghdad ke Hadramaut Yaman yang mana ketika itu Hadramaut dipenuhi dengan golongan Ibadiyah yang bukan daripada ASWJ.

Ulama2 Ahlul Bait Nabi SAW inilah yang membersihkan bumi hadramaut daripada golongan Ibadiyah dan menyebarkan dakwah Islam yang benar disitu hinggakan lahirnya leluhur Ulama2 Ahlul Bait yang mana digelarkan sebagai Habib .Dakwaan sumber itu mengatakan bahawa Ulama Ahlul Bait cenderung kepada syiah, nampak benar kejahilan jelas daripada sumber itu.Mana mungkin seorang syiah menggunakan nama2 sahabat yang dilaknat oleh puaknya sendiri.






Lihatlah foto diatas Habib Umar bin Hafidz yang di katakan cenderung kepada syiah dan sesat disebarkan oleh UM ,ilmunya diiktiraf oleh Ulama-ulama univeristi islam tertua di dunia iaitu Universiti Al Azhar As Syarif dan para guru dan masyaikh Al Azhar .

Siapa UM untuk menisbahkan kesesatan keatas Ulama sperti Habib Umar tanpa didasari penelitian jelas dan sebagainya ? Ulama-ulama di Al Azhar pun masih bertalaqqi dan mengambil manfaat ilmu daripada beliau jika Habib Umar berziarah ke Mesir.

Wartawan UM tidak boleh sewenang-wenang bersikap tidak adil,berat sebelah dalam menghukum dan tidak boleh mengeluarkan berita-berita sebegini untuk mengherat orang awam dalam kancah perdebatan yang jelas akan memecah belahkan umat yang sepatutnya bersatu dalam mendepani fitnah akhir zaman daripada munafik dan kafir yahudi nasrani.

Kesahihan cerita yang meragukan dengan mengambil sebuah video klip dan terus membuat konklusi kesesatan kerana melihat Nabi dalam yaqazah yang sebenarnya ini perkara adalah khilafiyyah antara ulama yang sudah lama diselesaikan ulama dan ditulis dalam kitab2 ulama kita.

Ada yang memperakui dan ada yang menolaknnya tetapi mereka tidaklah sampai menyesatkan sesama mereka. Para Habaib selalu mengingatkan apa yang telah diingatkan oleh Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم agar MENAHAN LIDAH dari mencela & MENJAGA TANGAN dari berlaku pertumpahan darah. Itulah manhaj & jalan mereka.

 Moga Allah melindungi para Awliya dan Ulama2 kita dari ujian dan ancaman fitnah yang ditimpa ke atas mereka hari demi hari, bagi para ulama mereka menganggap segala ujian yg mereka terima merupakan hadiah daripada Allah agar mereka tidak alpa dengan dunia dan sentiasa beringat bahawa setiap ujian pasti ada pertolongan Allah seperti dalam firman Allah :

 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:

“Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)



Lihat berita2 yang disebar oleh Utusan Malaysia,: -

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendakwah-luar-8232-bawa-ajaran-songsang-1.95953 -http://www.utusan.com.my/berita/nasional/awasi-kelompok-peralat-nama-ahli-sunnah-wal-jamaah-1.95940 

Video penjelasan daripada Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid tentang manhaj dakwah para Ulama Habaib di Malaysia,cukup jelas dan terang menafikan segala fitnah-fitnah jahat dalam berita UM diatas,klik link di bawah: 


-https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH/videos/937540829609505/?pnref=storyCopy and WIN : http://ow.ly/KNICZ



default

3 IKON PAS HENTAM GOLONGAN USTAZ & PARTI DIDESAK PECAT

on Monday, May 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.


Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.


“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.
Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.
Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.


“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’

default

DALANG SEBAR VIDEO MUHYIDDIN DIAMBIL TINDAKAN WALAUPUN MOHON MAAF - ZAHID

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Timbalan Ketua Umno Bahagian yang merekodkan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghentam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah mengemukakan permohonan maaf kepada parti.

"Saya telah menghubungi beliau secara peribadi. Beliau meminta maaf. Namun saya berkata kepadanya, tidak akan ada pengampunan untuk anda. Kerosakan sudah dilakukan.

"Dia perlu memikul akibatnya," kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, video berkenaan pada mulanya dikongsi di aplikasi Telegram sebelum tersebar ke laman sosial.

"Tindakan akan diambil. Ia akan dibawa kepada lembaga pengurusan parti," kata Zahid.

Pada hari Khamis, video yang mengandungi rakaman ucapan Muhyiddin menyeru pemecatan ahli lembaga 1MDB dalam sebuah majlis tertutup Umno dimuat naik di blog Apanama milik bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Firdaus berkata beliau tidak terlibat dalam rakaman video berkenaan. 

default

MARINA MAHATHIR LARI NEGARA LAIN JIKA MALAYSIA LAKSANA HUDUD

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Aktivis sosial, Marina Mahathir berkata akan meninggalkan negara ini, sekiranya Malaysia melaksanakan Hudud di bawah undang-undang Syariah Islam.

“Saya tidak boleh hidup di negara di mana manusia mahu memotong tangan manusia lain, atau mahu merejam manusia dengan batu sehingga mati, saya minta maaf.

“Saya tidak akan tinggal di negara Arab Saudi, misalnya. Saya tidak mahu tinggal di negara di mana hukum ini adalah polisi negara tersebut," katanya kepada pemberita dalam satu sesi temu bual diadakan seperti yang dilaporkan portal Malay Mail

Matlamat perlaksanaan undang-undang syariah dan hukum Hudud telah dikemukakan oleh PAS setelah dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin Islam dan ulama terkenal. Untuk itu, Presiden Parti PAS, Abdul Hadi Awang telah memohon untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hukuman hudud dilaksanakan di Kelantan seperti yang telah dipinda dalam enakmen negeri baru-baru ini dalam undang-undang syariah.

Hadi berkata, baru-baru ini beliau bercadang untuk bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional bagi membincangkan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Penggubal undang-undang UMNO Negeri menyokong negeri Kelantan melakukan pindaan pada bulan Mac, manakala PAS bersepakat untuk membentuk “kerajaan perpaduan” bersama UMNO tetapi Barisan Nasional masih belum mengambil pendirian tegas mengenai pindaan perlembagaan tersebut.

Kontroversi hudud telah menyebabkan keretakan dalam parti Pakatan Rakyat, dimana parti DAP mendakwa PAS telah menentang prinsip parti sebagai melanggar keputusan sekular Perlembagaan.

Marina yang juga anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pengalamannya bertemu dengan rakyat Iran berstatus kelas pertengahan hidup dalam keadaan terbuang di New York akibat dari amalan agama yang agresif dalam kelompok manusia sekular selepas hak-hak wanita diketepikan selepas Iran menjadi sebuah negara Islam.

“Pada saya, saya tidak mahu menjadi seperti itu, saya tidak mahu menjadi rakyat yang terbuang. Dengan itu, saya sentiasa berfikir tidak mengapa, saya akan tinggal dan tetap akan berjuang,” katanya. Walau bagaimanapun dia akan berhijrah jika hudud tetap mahu dilaksanakan, lapor Malay Mail Online.

Keazaman beliau untuk terus berjuang demi hak-hak wanita adalah berikutan didikan yang diterima ketika dibesarkan untuk sentiasa jujur dan bertimbang rasa terhadap orang lain, “untuk berkata sesuatu atau melakukan sesuatu sekiranya saya melihat ia adalah salah”.

“Ia adalah satu bentuk ibadah. Ia adalah bagaimana saya menjalani hidup saya sebagai seorang Islam,” katanya, “ia bukan hanya sekadar amalan, ia adalah tindakan dan cubaan untuk melakukan kebajikan, untuk menjadi bertimbang rasa dan memastikan keadilan.” 

default

2 MINGGU HIDUP MATI PR , KIT SIANG BAGI SIGNAL JANGAN SOKONG HADI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa maksud hidup mati PR dalam masa 2 minggu ?
Sebenarnya  Kit Siang sedang bagi warning kepada ahli agar buar pilihan semasa pemilihan PAS samada tukar PILIH HADI itu atau keluar daripada PR . 



Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini melaungkan amaran terhadap nasib yang bakal menimpa Pakatan Rakyat dengan menyatakan bahawa gabungan pembangkang itu hanya mempunyai dua minggu untuk hidup.

Tanpa menyebut secara khusus apa yang boleh mencetuskan kematian mengejut Pakatan, Lim bagaimanapun merujuk kepada pemilihan PAS pada 4 Jun, yang bakal menentukan sama ada kumpulan pro atau anti-Pakatan yang akan menguasai parti.

"Masa semakin suntuk untuk Pakatan Rakyat. Dalam masa dua minggu, Pakatan Rakyat boleh berkubur.

"Ini merupakan satu perkembangan politik yang paling lucu," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberi amaran terhadap dakwaan bahawa 'kerajaan perpaduan' antara PAS dan Umno boleh berjaya tidak lama lagi, selepas dihalang oleh Allahyarham Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada berbuat demikian sejak 2008.

default

1MDB : MOF NAFI TUDUHAN TUN MAHATHIR BAHAWA PM BERBOHONG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Tuduhan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak "berbohong" mengenai dana 1Malaysia Development Bhd yang disimpan Singapura adalah tidak berasas dan tidak adil, kata Kementerian Kewangan.
Dalam satu kenyataan malam Ahad, Kementerian Kewangan menjelaskan dakwaan yang dibuat Dr Mahathir dalam blognya Ahad.
Menurut Kementerian Kewangan jawapan bertulis oleh Najib, sebagai Menteri Kewangan, mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Bank, Singapura, berdasarkan maklumat yang diterima daripada 1MDB.
"Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen," katanya kenyataan tersebut.
Dr Mahathir pagi Ahad menuduh Perdana Menteri tidak bercakap benar apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa wang yang dipegang oleh 1MDB telah disimpan di Singapura.
"Tiada wang telah dimasukkan ke BSI Bank di Singapura, "kata Dr Mahathir.


Berikut disiarkan sepenuhnya kenyatan Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura telah ditulis dan disemak oleh pegawai kementerian berdasarkan maklumat dari IMDB .
Kementerian Kewangan telah meminda jawapan asal yang telah dibuat pada 10 Mac 2015 agar tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan  Parlimen. . Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara tersebut
Lantas, dakwaan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa YAB Dato Sri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah berbohong adalah tidak wajar.
Ini ialah kerana lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agensi berkenaan yang kemudiannya  disemak dan diedarkan oleh para pegawai.
Kementerian Kewangan  telahpun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang.

default

NAJIB MAHU BAWA NEGARA LANGKAH KE HADAPAN , TAK HIRAU RINTANGAN DIHADAPI #RMK11

on Friday, May 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Najib menegaskan, walaupun mutakhir ini pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi, beliau dan kerajaan memilih hanya satu jalan, iaitu terus melangkah ke hadapan dan sekali-kali tidak akan berbalik haluan. 


“Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita.

 Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa RMK-11 ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan,” jelasnya. 


BUTIR-BUTIR PENTING DALAM RMK11 BERTEMAKAN PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 digandakan lebih RM5,000 menjelang 2020

Kerajaan akan bina 3,000 km jalan berturap lagi di luar bandar (2016-2020)

Lebih RM3 bilion turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan beri impak kepada hampir 40 ribu rumah

Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley seluas 108,000 hektar merangkumi Nilai,Seremban dan Port Dickson.Ia akan lengkapi pertumbuhan Lembah Kelang..

Lebih RM10 bilion akan diluluskan bagi membekalkan air bersih & terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan terus jadi agenda nasional. Peratus bumiputera kpd populasi negara kini adalah 68%.

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

2 hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf.

6 hospital baru akan dibina di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran.

165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.

Dalam tempoh RMK10, 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta. Di bawah RMK11, 653k unit akan dibina juga oleh pelbagai pihak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA akan dinaiktaraf daripada tahap akademi kepada status universiti

RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan,...

Sekurang-kurangnya 80 sekolah baru akan dibina di seluruh negara. Antaranya, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Sabah dan 5 di Sarawak

Projek Rancangan Tebatan Banjir: Krjn akan melaksanakan RTB Sg Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri & Lebir

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak .

Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kpd penduduk pantai barat di Perak dan Selangor .

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan

KV MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK11

Isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat .

Di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.

Loji2 janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 MW akan dibina dengan anggaran kos pelaburan RM28b, mewujudkan 35k peluang pekerjaan

Projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak

Dalam #RMK11, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat kpd lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020 drpd RM2,500 (2014)

KL, JB, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti utk melonjak pertumbuhan ekonomi, akan merangka pelan induk persaingan masing-masing

KLXpress

default

PERSAMAAN TUN M & PAKATAN RAKYAT MENYERANG NAJIB

on Thursday, May 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Apakah ia kebetulan ? Ia sebenarnya  tidak kerana dua puak ini   mempunyai agenda yang sama iaitu pastikan Najib &   BN tumbang di PRU14 .

Adakah Najib resign dan naik PM baru  dapat menutup damage yang telah dituduh Tun M kepada UMNO & kerajaan ??

Lihatlah  isu yang diserang & dituduh keterlaluan oleh  Tun M  kepada Najib dan kerajaan hampir sama dengan apa dibuat Pakatan  .

Yang bodoh dan rugi  dalam isu ini ialah Tun M  kerana sanggup murahkan  dirinya  dengan  mengkhianati parti & bangsa & negara  sendiri hanya  kerana dia ada agenda  untuk menjatuhkan PM dan Presiden UMNO .

Rekod Tun M menjatuhkan pemimpin UMNO termasuk Presiden memang cemerlang seperti mana dia buat kepada Musa Hitam , Ku Li , Pak Lah & kini Najib .







Pembangkang pulak amat  seronok  &  bertepuk tangan sambil makan kacang  melihat gelagat  Tun  Mahathir & penyokong tegarnya  setiap hari menggila  menghentam Najib & UMNO dengan  menggunakan peluru pembangkang yang hanya tuduhan tanpa bukti  &  persepsi  hinggakan   apa yang dibuat kerajaan kini  semua tak betul .


Ini namanya kerana marahkan seekor nyamuk...satu rumah nak dibakar ....



default

KONSPIRASI TERANCANG VIDEO MUHYIDDIN YASSIN DIMANIPULASI DIDEDAHKAN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments







Ramai penyokong Pembangkang serta pentaksub Tun Mahathir bersorak gembira hari ini apabila satu video klip yang didakwa "pemberontakan" Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin Yassin bersama para pemimpin UMNO didedahkan oleh media.

Didalam video berkenaan, TS Muhyidin dikatakan mahu semua yang terlibat dengan 1MDB dipecat serta merta dan disiasat oleh pihak berkuasa. Muhyidin juga dikatakan tidak bersetuju dengan Perdana Menteri serta mahu beliau menjawab segala isu berkenaan 1MDB.

Video tersebut disebarkan dengan matlamat mahu menunjukkan seolah-olah ada perpecahan diantara barisan kepimpinan kerajaan BN dan juga kepimpinan UMNO. Tukang muatnaik video berkenaan juga sudah tentunya mahu orang ramai beranggapan bahawa Muhyiddin kini sudah tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak.

Malangnya, tukang muatnaik video berkenaan lupa bahawa kenyataan Muhyidin didalam video berkenaan dibuat sebelum Pilihanraya kecil Rompin dan juga Permatang Pauh iaitu pada sekitar pertengahan bulan April 2015.

Muhyidin juga sekali lagi mengulangi pendirian beliau pada 6 Mac 2015, iaitu sejurus selepas lawatan beliau ke Milan, Itali berkenaan kebimbangan mengenai isu 1MDB yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang dan juga Mahathir untuk memburukkan kerajaan.

Bagaimanapun, segala kemelut persoalan mengenai 1MDB telahpun dijelaskan oleh Perdana Menteri kepada seluruh barisan kepimpinan Umno didalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung pada 11 Mei 2015.

Ini bermakna, segala persepsi dan juga fitnah yang cuba dilemparkan oleh tukang muatnaik video serta portal pembangkang terhadap perpecahan diantara Perdana Menteri dan juga Muhyiddin adalah TIDAK BENAR! 

Sebab itulah ketika didalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, Timbalan Perdana Menteri menyatakan beliau tidak menentang kepimpinan Presiden Umno dan juga Perdana Menteri. Beliau hanya berkongsi pandangan-pandangan dengan pemimpin-pemimpin politik serta rakan-rakan didalam kepimpinan Umno supaya mereka lebih memahami.

Jadi kesimpulannya, video lama Muhyiddin yang muatnaikkan tersebut hanyalah satu agenda jahat dari orang-orang yang mahu menggulingkan kerajaan sedia ada. Mereka-mereka ini semakin terdesak untuk membuat kacau didalam negara dengan menghasut rakyat melalui berita yang tidak benar.

Diharap pihak UMNO dapat segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengambil video secara curi-curi seperti ini kerana ianya jelas program tertutup dimana sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan. - Utaranews.com

default

GUAN ENG ANGKUH CABAR HADI TUNJUK DALIL AL QURAN TENTANG HUDUD !!

on Wednesday, May 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti dalil Al Quran yang membenarkan umat Islam memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.
“Sebagai seorang yang bukan beragama Islam dan tanpa ilmu mengenai agama Islam, saya hanya tahu bahawa Islam adalah agama ramah, bukan agama marah.
“Saya memohon Hadi supaya mengemukakan dalil Quran yang manakah dijadikan hujah bahawa umat Islam mesti sentiasa marah terhadap mereka yang tidak percaya, mahupun mereka yang tidak sependapat,”katanya dilapor Malaysiakini.

Lim berkata DAP membantah hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, bukan kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
“Adakah Hadi hanya marahkan DAP kerana DAP merupakan satu-satunya parti yang ikhlas dan serius membantah undang-undang hudud tidak seperti parti-parti lain yang tidak benar-benar komited, tetapi sekadar bersandiwara mengikut arahan Umno?” katanya lagi.

Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Hadi pada program “Bicara Harakah” semalam yang berkata tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam merupakan sebab PAS masih ‘marah’ dengan DAP apabila bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak hudud secara terbuka dalam satu ceramah di Kota Bharu.
“Bila kita nak mengemukakan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (Hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena mengena (dengan) orang bukan Islam.
“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP (ada) hak dia (untuk) tak bersetuju.
“Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan…ini hak Kelantan, kita dah bersetuju,” kata Hadi,lapor Bernama.
Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program itu yang bertanya mengapa PAS masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.

default

LAGI NAMA JALAN P.PINANG DITUKAR KEPADA NAMA PEMIMPIN DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Sejak DAP memerintah Pulau Pinang, beberapa batang jalan telah ditukar nama kepada nama pemimpin-pemimpin DAP. Yang terbaru sebelum, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2. Seiring dengan ini, medan siar kaki di sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km akan dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.

Hari ini pula, seorang lagi pemimpin DAP, Chian Heng Kai, mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah dinamakan semula pada sebatang jalan di Pulau Pinang. Jalan berkenaan terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Carian di Google tidak menemui sebarang maklumat mengenai Cina DAP ini. Apakah sumbangan beliau kepada Pulau Pinang kalau tidak adapun sebarang sumbangan beliau kepada negara. Baru 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, habis beberapa jalan dinamakan atas pemimpin mereka. 

Bayangkan kalau beberapa penggal lagi mereka dapat memerintah Pulau Pinang. Kalau kerajaan Pusat tukar nama jalan di KL kepada nama YDP Agong , mereka lah paling kuat yang menghentam !!

default

TUN M TELAH MURAHKAN DIRINYA SEMATA-MATA ADA AGENDA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments


Tindakan  Tun M yang terus  menghentam Najib dengan pelbagai isu  supaya berundur kini membuka banyak pekung sikap sebenarnya beliau yang dulu cakap sekarang cakap lain .

Duta Besar Malaysia di Indonesia , Datuk Seri Zahrain Hashim menganggap tindakan Tun M sebenanya memurahkan dirinya sebagai negarawan yang disanjung .

Semasa pemerintahannya , Tun M menyeru jangan mempercayai media asing tetapi hari ini beliau berpakat  dengan  media asing memburukkan negara.

Selain itu , soal-soal seperti isu penyelewengan , bail out konsortium perkapalan  , Perwaja semasa pemerintahannya  juga tidak dijawab beliau .

 Tetapi  hari ini beliau masih tidak puas hati  isu-isu yang dituduh kepada PM dan kerajaan walaupun telah dijawab telus .






default

TUN M BILA PERTIKAI JET BARU KERAJAAN,JANGAN LUPA SKYHAWK NEVADA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



 Tun Mahathir terus  mempertikaikan kewajaran Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib yang telah membeli jet rasmi kerajaan untuk digantikan dengan yang lama  . Tetapi kerajaan dipimpin Najib cukup telus sekali dalam pembelian jet kerajaan baru ini hingga diketahui umum bukan seperti zaman Mahathir ketika beli pesawat Skyhawk dari US . 


Dalam mempertikaikan kewajaran Kerajaan Najib beli jet kerajaan  , Tun Mahathir telah terlupa tentang 40 buah Skyhawk yang telah ditinggalkan di Padang Pasir Nevada yang telah diperolehi semasa era pemerintahannya..





SKYHAWK dan TUDM


Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.

Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans. 

A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick. 

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40). 

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.

Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bila mana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan.

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994.

Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia.

40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.

Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.

Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!

Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.

Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.

Menguntungkan kah?

Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta?

Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?

RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang.

Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun?


Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung?

Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa..


Kenali Skyhawk kita


Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM

Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima: 1083 km/j
Had penerbangan: 12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
..................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke darat


sumber 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.