..

..
Archive for February 2015

default

AMK P.PINANG SERANG HADI AWANG TINGGALKAN PAS BUKANNYA PASMA

on Saturday, February 28, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




PULAU PINANG 26 Feb. – Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha me­ngukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya sebagai perkembangan tidak sihat.

Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.
“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya me­ngundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.

“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan berhenti mendesaknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang ‘mengungkit’ kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika eranya.

“Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13,” katanya.

Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang.
-

default

WARTAWAN KENA KENCING LAGI MAHFUZ BEAN NAK BAWA IBU SIRUL

on Friday, February 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Media sekali lagi 'ditemberang' apabila sidang media Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama ibu bekas korporal Sirul Azhar Umar yang sepatutnya diadakan pagi ini, sebenarnya tiada.
Perkara itu dimaklumkan seorang staf Pejabat Agung parti itu, Saripuddin Mohd Yatim kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Katanya beliau telah menerima panggilan dari Mahfuz yang dikatakannya berada di Alor Setar dan memaklumkan bahawa beliau (Mahfuz) tidak ada membuat apa-apa jemputan sidang media.
"Dia memang tidak tahu pasal sidang media ini... katanya jika ada sidang media, dia akan membuat jemputan," katanya di hadapan sekumpulan wartawan yang sedang menunggu sejak jam 10.40 pagi.
Semalam, satu mesej jemputan telah tersebar menerusi Whatsapp yang mengatakan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama ibu Sirul di Pejabat Agungnya pada jam 11 pagi.
Sebelum ini, satu telesidang bersama Mahfuz dengan Sirul juga terpaksa dibatalkan selepas percubaan untuk menghubungi bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis itu gagal.
Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul 'tidak berjaya', telesidang yang sepatutnya berlangsung di tempat yang sama itu ditamatkan.
Mahfuz menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.
Sidang media itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul.
Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.
Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.
Kegagalan Mahfuz menghubungi Sirul turut dijadikan 'bahan lawak' apabila ada pihak yang membuat video parodi tentang panggilan tersebut.
Dalam video parodi berdurasi 48 saat itu, beliau digambarkan cuba menghubungi Sirul melalui babak lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul.
Meskipun turut terhibur dengan video parodi itu, namun Mahfuz menyifatkan dakwaan tidak percaya sesetengah pihak mengenai telesidangannya itu adalah halangan untuk rakyat mengetahui kebenaran kes berkenaan.
Tegas beliau, ia merupakan gangguan sekat talian yang dialaminya dan wartawan lain sejak sidang media dimulakan.
Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

default

NGO GESA KERAJAAN SIASAT AGENDA MAHFUZ BEAN KALDAIKAN SIRUL

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Tindakan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang dilihat beria-ia mahu mengadakan pertemuan dengan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar di Australia baru-baru ini dipertikaikan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Ramesh Rao.

Ramesh turut mempersoal apakah niat sebenar Mahfuz dan beberapa pemimpin pembangkang lain bertindak demikian malah beliau difahamkan keluarga Sirul Azhar akan ditaja oleh mereka untuk melawatnya dalam masa terdekat di negara itu.

"Apakah kepentingan kes ini kepada mereka? Sebelum ini Mahfuz cuba mengadakan telesidang bagi mendedahkan kes itu walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negara itu."

"Saya juga tidak faham dengan siapa Mahfuz telah bercakap sedangkan peguam Sirul Azhar sendiri mengaku tidak mengetahui langsung tentang perkara itu."

"Sekiranya benar-benar demi rakyat, ada banyak lagi kes di negara ini yang memerlukan pengadilan, apakah sebenarnya agenda tersembunyi dan kepentingan politik Mahfuz dalam perkara ini, kami ingin tahu juga," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.



Menurut laporan Astro Awani sebelum ini, peguam Sirul Azhar, Hasnal Rezua Merican sendiri tidak mengetahui dengan individu Mahfuz bercakap.

Sehubungan itu, Hasnal Rezua berkata, tindakan Mahfuz dalam usaha menghubungi Sirul Azhar baru-baru ini adalah tanpa pengetahuannya dan juga seorang lagi peguam yang mewakili Sirul, Kahirul Hisham Kamaruddin.

Ramesh dalam kenyataannya turut menggesa kerajaan supaya membuat siasatan terhadap telesidang yang diadakan oleh Mahfuz bersama Sirul Azhar meskipun kerajaan Australia telah mengeluarkan arahan larangan.

Dalam telesidang yang berlangsung di pejabat PAS di Kuala Lumpur pada 23 Februari lepas, Datuk Mahfuz Omar cuba membuat panggilan dengan menghubungi Sirul di Australia menerusi talian mudah alih, namun Sirul gagal dihubungi selepas kira-kira 40 minit. 

default

MUHYIDDIN MAHU BN MENANG DI PERMATANG PAUH - ZAIDI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KUALA LUMPUR 26 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan tahap perpaduan yang ditunjukkan kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu sekiranya diisytiharkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku kekosongan di kerusi itu kelak.

Dalam pertemuan dengan barisan kepimpinan UMNO bahagian itu termasuk tiga sayapnya, diterajui ketua bahagian Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said di Ibu Pejabat UMNO di sini, Muhyiddin mahu tumpuan utama diberikan kepada penjagaan kebajikan penduduk kawasan Parlimen itu di samping kesiapsiagaan jentera pilihan raya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia selepas pertemuan sejam yang turut dihadiri Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Mohd. Zaidi, 46, berkata, UMNO Pusat turut dimaklumkan tentang penerimaan dan persepsi baik penduduk Permatang Pauh terhadap perkhidmatan BN kepada rakyat kawasan it

“Timbalan Presiden berpuas hati dengan tahap perpaduan kepimpinan bahagian dari peringkat ketua, timbalan, naib sehinggalah ke ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puterinya.

“Ini tidak berlaku semasa beberapa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di Permatang Pauh sebelum ini. Beliau (Muhyiddin) mahu BN bukan setakat kurangkan majoriti wakil pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil itu kelak tetapi memastikan BN menang di situ.

Anwar mengekalkan kubu kuat­nya di Permatang Pauh pada 2013 namun pilihan raya umum ke-13 itu menyaksikan sokongan terhadapnya merosot apabila meraih majoriti 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.

Berdasarkan daftar pemilih 72,­000 orang yang direkodkan SPR se­ta­kat Disember 2014 di Permatang Pa­uh, pengundi Melayu meliputi 50,541 pengundi, Cina (17,849) dan India (4,123).-

default

HARAKAH DISAMAN NAJIB KERANA MEMFITNAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 26 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap portal lidah rasmi Pas, Harakah Daily kerana didakwa memfitnah beliau dalam laporan bertajuk, ‘Da­na 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’.

Perdana Menteri yang mengambil tindakan undang-undang tersebut atas kapasiti peribadi memberi 48 jam kepada Harakah Daily untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik semua kenyataan fitnah itu atau berdepan saman.

Beliau yang diwakili peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, menyerahkan surat tuntutan undang-undang kepada Pengarah Urusan Ha­rakah, Dr. Rosli Yaakop pada pu­kul 3 petang di ibu pejabat lidah rasmi Pas itu di sini hari ini.

Dalam surat tuntutannya, Najib antaranya berkata, laporan fitnah disiar Harakah Daily itu boleh menyebabkan rakyat menganggap beliau sebagai pemimpin yang mempunyai moral tidak baik kerana menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

Selain itu, Perdana Menteri turut menyatakan, laporan berkenaan juga berniat jahat sehingga membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk meraih kekayaan dan mengaut keuntungan.

Harakah Daily dalam laporan tersebut pada 19 Februari lalu antara lain menyiarkan:

Dari sumber manakah keluarga pertama Malaysia memperoleh kekayaan yang begitu besar? Walhal gaji tahunan Perdana Menteri Malaysia hanya sekitar AS$100,000 setahun. 

Dalam satu kenyataan dari Jabatan Perdana Menteri ada dinyatakan bahawa ‘Perdana Menteri ada mewarisi harta pusaka’.

“Namun, harta pusaka itu tidak mungkin bernilai terlalu besar kerana bapa beliau pun Perdana Menteri seperti beliau juga dahulu.

“Jawapan yang lebih meyakinkan ialah, kalau tidak dari sumber yang ‘kotor’, dari mana lagi? Wang ini dibersihkan dengan melabur dalam hartanah di Amerika. Mudah, sumber wangnya tidak dipersoalkan. Akta Penggubalan Wang Haram tidak terpakai,”.

default

PENDEDAHAN PORTAL PR PERTEMUAN KOMPLOT SULIT PASMA & GUAN ENG DI KOMTAR !!

on Thursday, February 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Baru baru ini pada 12 Jan 2015 satu perjumpaan diantara PASMA dan LGE telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 12 Jan 2015, jam 11 pagi.
PASMA diwakili :-

1. Dato Phahrolrazi Zawawi
2. Nasir Ahmad
3. Taib Zakaria
4. Dzulqarnain
5. Rahman Taib
6. Hazmi Hassan
7. Sayuthi Omar
8. Mohd Yusof Mohd Noor
9. Zolkifly Md Lazim
10. Nordin Majid
11. Taib Ahmad
12. Yusni Mat Piah
13. Muhaimin Sulam
14. Yacob Ali
15. Roshidi Husin
DAP diwakili :-
1. Lim Guan Eng
2. Ramasamy
3. Chow Kon Yeow
4.Jeff Ooi
5.Lim Hock Seng
6. Zairil Khir Johari
7. Ong Ah Teong
8. Harvinder singh
9. Ng Wik Aik
10. Chong Eng
Perjumpaan sulit ini yang dirancang sejak sekian lama akhirnya berjaya mencapai matlamat Dap menjadikan pak lebai Pas tunggangan dan anjing suruhan.
Majlis ini bermula dengan ucapan aluan dari Lim Guan Eng. Beliau sangat gembira dengan kedatangan PASMA.
Dalam perbincangan mereka Dato Phahrolrazi memberi jaminan kepada Lim Guan Eng yang PASMA akan membantu DAP dalam segala urusan yang diminta oleh DAP.
Malah  PASMA memberi commitment 100%  untuk pastikan Presiden PAS ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini.
PASMA juga berikrar akan membantu DAP di Sarawak dikawasan penganut Islam.
Dalam masa yang sama PASMA memohon kepada Lim Guan Eng supaya semua jawatan PENGERUSI JKKN diberikan kepada ahli PAS yang sokong PASMA, begitu juga dgn lantikan ahli majlis MPPP DAN MPSP.
Lim Guan Eng  menyatakan telah melantik ahli majlis MPPP dan MPSP dikalangan ahli PASMA dan berjanji semua jawatan PENGERUSI JKKN kuota PAS akan diberikan kepada PASMA.
Dengan bersungguh sungguh  Lim Guan Eng sangat berharap agar Hadi Awang dan golongan ulamak ditumbangkan dalam pemilihan PAS tahun ini dan PASMA akan kuasai PAS.
Beliau juga mahu PASMA membantu DAP di Sarawak secepat mungkin dan mahu PASMA menghantar pasukannya ke Sarawak dalam bulan Februari ini, segala perbelanjaan akan ditangung oleh DAP. DAP juga mahu PASMA memberi tumpuan khas dikawasan FELDA di Johor dan kawasan Melayu Johor. Johor next target utk ditawan dlm PRU 14.
Dengan kekayaan dan sumber kewangan tanpa had..Dap akan memberi peruntukan sebanyak RM1/2 juta kepada PASMA setiap 3 bulan.
PASMA dan DAP telah merangka strategi bersama utk menghadapi PRN SARAWAK dan PRU14
14. Mereka memberi tumpuan khas dikawasan Melayu. DAP akan gunakan PASMA untuk masuk ke kawasan Melayu lepas ini.
Dengan sumber kewangan dan strategi yang dirangka DAP amat yakin Hadi Awang akan tumpas kali ini.
Dalam perbincangan tersebut Dap dan PASMA bersetuju dan bersepakat akan menaikan MAT SABU jadi Presiden PAS yang baru.
Mesyurat tamat pada pukul 12.50 tengahari dan makan tengahari.

sumber : tranung

Komen GPB 
PASMA masyukk kuat giler dapat duit dari tokan DAP yang dalangnya seorang kawan baik Mat Sapu ..patut la mat sapu sanggup jadi kaldai pun sebab dibela baik.. ...


default

BN TAK TANDING PRK CHEMPAKA , FOKUS PEMULIHAN BANJIR

on Wednesday, February 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Menurut ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan keputusan bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.

"Umno tidak bertanding di DUN Cempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.

default

PENDEDAHAN PEMOHONAN PENGAMPUNAN UNTUK KALDAIKAN INSTITUSI DIRAJA ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pandangan oleh peguam Datuk Zulkifli Noordin mengenai pemohonan pengampunan Diraja kepada YDPA cukup pedas dan boleh membuka mata kita tentang  rancangan putar belit  keluarga KETUM ini .




Respon saya kepada soalan media:

1. Permohonan pengampunan oleh Wan Azizah ini wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Banduan sendiri. Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan! Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap Banduan tersebut!

2. Asas kepada permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkaldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

6. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;

7. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi kalau Banduan selalu melalak dgn slogan "Lawan Tetap Lawan".

Adakah Banduan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Zulkifli Noordin
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015

default

HAPUS 5 % DISKAUN BUMIPUTRA BELI RUMAH BERNIAT JAHAT & RASIS - PEMUDA UMNO P.PINANG

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 23hb Februari 2015 kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai yang bertajuk “TIADA DISKAUN 5% BAGI LOT BUMPUTERA UNTUK RUMAH KOS RENDAH, KOS SEDERHANA RENDAH DAN RUMAH MAMPU MILIK”.

Dalam hal ini, Pegerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang merasakan ini adalah suatu tindakan yang tidak adil, rasis dan mempunyai niat yang jahat terhadap golongan bumiputera terutamanya Melayu di Pulau Pinang. Ini adalah satu lagi bukti penarikan keistimewaan hak bumiputera.

Kami faham bahawa selama ini tiada diskaun 5% untuk kategori kos rendah, kos sederhana rendah tetapi yang menghairankan kenapa diskaun 5% kepada bumiputera ini tidak diberikan kepada rumah mampu milik. Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah sekarang ini tidak lagi mampu untuk memiliki rumah dalam kategori rumah mampu milik jika Kerajaan Negeri meneruskan polisi tiada diskaun ini kepada bumiputera. Tindakan ini sekali lagi membuktikan niat jahat dan sifat rasis Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kami juga amat kesal jika kategori rumah mampu milik tidak diberikan diskaun sebanyak 5% kerana ini akan menghalang aspirasi Kerajaan Persekutuan dalam memastikan agenda pemilikan rumah mampu milik oleh rakyat.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang juga ingin menuntut penjelasan daripada Kerajaan Negeri terhadap 30% kuota bumiputera yang seharusnya diperuntukkan kepada bumiputera, sama ada ianya masih terpakai dan wujud?

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

default

AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA NAFI ANJUR SEMINAR PEMIKIRAN ANWAR IBRAHIM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim ini sebenarnya  dianjurkan oleh 6 orang Ahli Parlimen Belia difahamkan dari negeri Selangor  tetapi menggunakan nama Gabungan Ahli Parlimen Belia .

Pastinya budak2 ini adalah totok PKR dan penggunaan nama Ahli Parlimen Belia jelas tidak bertanggungjawab untuk menyokong seorang penjenayah yang telah disabitkan kesalahan undang-undang.




Kami majoriti besar Ahli-Ahli Parlimen Belia Malaysia menolak sekeras-kerasnya penggunaan nama "Gabungan Ahli Parlimen Belia Malaysia" dalam penganjuran program Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim seperti mana yang diuar-uarkan melalui platform media sosial bermula semalam, Selasa 24 Februari 2015. 

Kami menegaskan bahawa Gabungan ini tidak pernah wujud dalam erti kata di mana tiada sebarang perbincangan jauh sekali persetujuan sesama keseluruhan Parlimen Belia Malaysia untuk menganjurkan program mengagung-agungkan seorang ahli politik yang telah disabit kesalahan di mahkamah tertinggi negara. 

Kami memegang kuat objektif utama Parlimen Belia Malaysia untuk menjadi saluran cadangan dan idea di antara anak muda dengan kerajaan, sepertimana sembilan (9) buah usul untuk belia yang diluluskan dan dibentangkan kepada kabinet pada sidang pertama bulan yang lalu.

Maklumat awal mengesahkan bahawa hanya enam (6) orang APBM terbabit langsung dalam penganjuran program ini di mana jumlah APBM keseluruhan adalah sebanyak 133 orang. 

Kami kesal dengan penggunaan platform APBM untuk agenda ini dan menggesa pihak bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan dan memperjelas isu sekaligus memperbetul kesilapan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap sidang perwakilan Parlimen Belia Malaysia.

Parlimen Belia Malaysia sedang dalam proses merealisasikan sembilan (9) buah usul untuk menjaga kemaslahatan anak muda Malaysia. Kami menyeru rakan rakan yang terlibat dalam penganjuran program ini atas nama Gabungan APBM sedar akan peranan dan objektif sebenar Parlimen Belia Malaysia. 

Peranan Kementerian Belia dan Sukan dalam memartabatkan pembangunan belia melalui Program Parlimen Belia Malaysia harus terus disokong dan dipelihara.

default

ANWAR MOHON AMPUN IBARAT JILAT LUDAH SENDIRI & MENGAKU BERSALAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




 Tindakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan kepada Yang Di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat beliau pada Selasa disifatkan ibarat 'menjilat ludah sendiri' dan 'cakap tidak serupa bikin'.

Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Permohonan yang dibuat oleh isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah itu secara tidak langsung menunjukkan Anwar mengaku bersalah atas pertuduhan liwat yang dijatuhkan mahkamah sebelum ini.

“Ia juga  bertentangan dengan pendirian awal Anwar yang menegaskan tidak akan sekali-sekali memohon pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong untuk menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

“Malah permohonan ini juga dilihat sebagai keputusan keluarga dan bukan keputusan parti. Jelas, dalam keadaan terdesak mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri termasuk membelakangkan pendirian terdahulu dan suara parti” kata Jamawi.

Jamawi turut menyeru supaya pengikut tegar Anwar dan PKR serta seluruh rakyat Malaysia supaya sedar kerana tindakan tersebut menurut Jamawi adalah sekadar meraih simpati dan populariti.

Terdahulu, dimaklumkan bahawa Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Nuha, telah menghantarpermohonan itu ke Istana Negara dan seorang lagi anaknya, Nurul Izzah, telah menghantar satu surat rasmi untuk memaklumkan permohonan pengampunan Diraja itu, ke Parlimen.

Perkara ini disahkan kepada Astro AWANI oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada Selasa.

default

BILA MELAYU HILANG KUASA , INILAH PADAHNYA BERLAKU DI P.PINANG

on Tuesday, February 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tahniah dan pada muka  pengundi Melayu PR...ubah lagi ...dasar samarata samarasa DAP  yang dipejuangkan terus rakus  dilaksanakan di P.Pinang  .

Dahulu semasa awal pemerintahan dasar DEB dihapuskan tetapi masuk penggal kedua pemerintahan terus dihapuskan hari diskaun 5 % bagi lot Bumiputra untuk semua rumah kos rendah , sederhana dan mampu milik

Sudah terang lagi bersuluh, apa sahaja yang berkaitan dengan keistimewaan orang Melayu akan dihapuskan satu persatu DAP di negeri ini dan itu perjuangan mereka .

Kalau ditanya kepada ikon Melayu DAP seperti Dyana , Rara .. mereka ini pasti berkata tak perlu sebab  ini  baru adil kepada semua kaum di Malaysia .

Bila  Bumi sudah dipijak orang dan Melayu dah hilang beginilah jadinya ...

default

PAS KATA DAP BOLEH KELUAR PR JIKA TAK SETUJU HUDUD

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pas memberi amaran kepada  DAP supaya tidak mengugut parti itu keluar dari komponen PR  kerana  mahu meneruskan ageda perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, kata Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Sebaliknya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, DAP yang perlu bertindak keluar dari gabungan tersebut jika tidak bersetuju dengan  cara dan perjuangan  yang dilakukan  oleh Pas.
 
Beliau mengulangi pendirian Pas Kelantan untuk meneruskan perlaksanaan undang-undang ini termasuk membentangkan rang undang-undang pindaan di sidang Dun negeri pada 19 Mac  serta membawa ke parlimen dalam tempoh terdekat.
 
“PR bukan kepunyaan DAP, kita juga tak ada ketua, kalau dia tak setuju dia boleh keluar, kenapa nak suh kita keluar,”katanya semasa memberi penerangan kepada media  berhubung perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II  Kelantan di sini semalam.
 
 
Sementara itu Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, masa depan PR, termasuk kemungkinan gabungan itu berpecah bergantung kepada tindakan DAP.
 
“Dap tidak boleh keluarkan kita, tidak ada hak,  kalau suami boleh ceraikan isteri, tetapi sekarang tiada  istilah suami isteri,” katanya.

default

WARTAWAN PUN SYAK BETUL KE SIRUL CUBA DIHUBUNGI MR BEAN MAHFUZ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




“Susah saya nak beritahu macam mana saya tahu. Tapi saya yakinlah itu Sirul,” jawab Mahfuz sebelum dia cuba mengalihkan topik mengenai rancangan beliau untuk ke Sydney.

Demikian jawapan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean sewaktu ditanya oleh pihak wartawan yang hadir sewaktu mengadakan sidang media di Ibupejabat PAS Pusat tengahari tadi.

Laporan media hari ini mengatakan bahawa Si Mahfuz Bean tu GAGAL untuk menghubungi Sirul selepas membuat 15 kali panggilan, namun ianya tidak dijawab oleh individu berkenaan.
Ternyata, pihak media juga meragui sama ada benar atau pun tidak panggilan itu dibuat kepada lelaki yang turut dikaitkan dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, persidangan media yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian akibat gangguan 'line' telefon yang didakwa dihalang oleh pihak berkuasa.

Apabila ditanyakan mengenai logik Sirul mempunyai bebas berkomunikasi ketika dalam tahanan, Mahfuz memberitahu bahawa dia hanya menjadi tahanan Imigresen dan bukan pihak Polis.

Laporan dilaman media mendapat tajaan asing ini kemudiannya turut melaporkan bahawa Si Mahfuz Bean tu berjaya menghubungi lelaki yang dinamakan sebagai Sirul sekitar jam 1.30 petang tadi.

Namun malangnya, individu yang dinamakan sebagai bekas anggota Komando Polis itu enggan memberikan sebarang kenyataan kerana menghormati Kerajaan Australia pada ketika ini.


 “Sirul juga ada mengatakan beliau akan mematuhi peraturan di pusat tahanannya di Australia. Namun, beliau tidak akan bercakap lebih daripada apa yang diberitahu kepada Malaysiakini,” kata Mahfuz
.

default

KANTOI !! CUKUP LA PENIPUAN COVER LINE KERETA CM JUGA DISAMAN !! ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Seperti kata Ucop Wilcha.. " nampak berbenor menipuu" .. sekarang ini penguatkuasa MPPP pakai alat spt TNB yg print terus saman tapi agak pelik masih lagi guna saman tulis tangan.
Apakah ini saman backdated ini  untuk cover malu selepas gambar kereta CM DAP didedahkan di facebook ?
Kalau tak ada facebook maka tak dapat saman la kereta LGE ..haha
Lagi satu ..driver dia cakap duduk dalam kereta masa kena saman ..selalunya bila ditegur oleh penguatkuasa terus beredar dari situ . Macam tak logik la saman tulis tangan ini dikenakan ..

Nampak sangat menipu ...

Rakyat P.Pinang tak bodoh la LGE ...



default

Mr Bean Mahfuz bertukar jadi PELAWOK , cukuplah bersandiwara nak memfitnah !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Sudah dijangka dari awal Mr Bean Mahfuz ini menipu semua kononnya akan buat telesidang bersama Sirul Azhar . 

Selepas kantoi gagal hubungi , dia mendakwa Sirul dah hubunginya kembali selepas 2 jam . 

Macam ayat nak cover malu pulak ..

Persoalannya , betul ke Mr Bean PAS ini berjaya hubungi Sirul itu di dalam tahanan Imigresen Australia ??   Sebab siapa pun boleh berlakon dengan menayangkan nama Sirul dengan message  melalui Handphone . 

GPB setuju dengan pandangan Sdr Lokman Adam bahawa cukup la Mahfuz ini bersandiwara kerana dia memang pembohong besar !!



SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!

Oleh
Lokman Adam
Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.

Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut. Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut. Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwa






15 kali hubungi Sirul gagal - Mahfuz 





Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul Azhar Umar gagal, telepersidangan yang sepatutnya berlangsung dari Pejabat Agung PAS bersama Datuk Mahfuz Omar ditamatkan.

Ketua Penerangan PAS itu menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.

"Saya menyatakan mengenai nombor telefon yang saya akan guna untuk menghubunginya. Dan mesej itu dijawab 'OK' olehnya," ujar Mahfuz yang amat mengharapkan telepersidangan itu dapat mendedahkan motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau memberitahu wartawan bahawa sidang media itu dibuat kerana isu melibatkan Sirul Azhar sangat kontroversi dan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

“Ini (melibatkan) pengakuan Sirul yang (sebelum ini) mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut atas arahan pihak tertentu. Sehingga kini, dia masih belum lagi memaklumkan kepada semua (supaya) kita ketahui siapa yang beri arahan (itu).

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan Sirul, namun saya tidak mempengaruhi Sirul untuk melakukan pendedahan. Saya cuma katakan, ‘nyatakan daripada hati kamu sendiri’,” kata Mahfuz.

Sidang akhbar itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul. Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.


Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.

Sepanjang tempoh itu, Mahfuz diasak soalan daripada media berkaitan motif sidang akhbar, dan pengesahan integriti dan identiti individu yang beliau percaya sebagai Sirul tersebut.

Apabila ditanyakan mengenai logik Sirul mempunyai bebas berkomunikasi ketika dalam tahanan, Mahfuz memberitahu bahawa dia hanya menjadi tahanan Imigresen dan bukan polis maka dia mempunyai akses kepada Internet dan juga telefon bimbit.

"Sidang media ini sebagai peluang untuk Sirul menjelaskan motif pembunuhan. Kita mahu tahu apa yang berlaku," ujar beliau.

Mahfuz seterusnya ditanyakan soalan tentang pengesahan bahawa orang yang dihubunginya itu benar-benar Sirul Azhar.

“Susah saya nak beritahu macam mana saya tahu. Tapi saya yakinlah itu Sirul,” jawab Mahfuz yang mengalihkan topik mengenai rancangan beliau untuk ke Sydney.

Mahfuz memberitahu, pada Jumaat ini beliau akan mengumumkan tarikh untuk pihaknya membuat lawatan ke Australia bagi menemui Sirul.

Nama misi untuk bertemu Sirul yang bakal disertai keluarga terdekatnya itu juga akan diumumkan.

Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, portal Malay Mail Online melaporkan bahawa Sirul berjaya dihubungi Mahfuz ketika kebanyakan petugas media telah pulang.

Dalam panggilan telefon itu, Sirul dikatakan ‘tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat kerana menghormati perlindungan Canberra’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.