..

..
Archive for January 2015

default

LAWAT FORT CORNWALLIS RAKYAT KENA BAYAR , KERAJAAN DAP IBARAT LUDAH KE LANGIT @dzainalabidin @Rrafizal

on Friday, January 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sejak DAP menguasai negeri itu tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membela nasib atau mengurangkan beban rakyat malah hari demi hari rakyat berdepan dengan pelbagai bebanan kenaikan caj perkhidmatan. 

Jelas beliau lagi walaupun DAP saban waktu mendendangkan lagu politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) menzalimi rakyat, BN barang naik tetapi hakikatnya merekalah yang sentiasa menekan rakyat secara halus ibarat meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri. 

“DAP sering menggunakan isu kenaikan harga minyak dan barangan untuk memburukkan imej kerajaan pusat di bawah pimpinan BN. Tetapi sebenarnya merekalah yang menaikkan pelbagai caj perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat. 

“Selain kenaikan cukai pintu, surcaj air juga dinaikkan. Kini rakyat akan terpaksa membayar sekiranya mahu melawat pusat pelancongan Fort Cornwallis. Dahulu tiada sebarang bayaran dikenakan namun selepas ianya diserahkan kepada syarikat Ewein Berhad maka bayaran masuk telah dikenakan,” lapor UMNO-Online. 

Tambah beliau lagi, perlantikan syarikat tersebut juga boleh dipertikaikan kerana ianya tidak melalui tender terbuka walaupun ada ‘request for proposal’ pada tahun 2010. 

“Kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata… Ewein Berhad harus membayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM 30 ribu sebulan dan atas sebab itulah orang ramai pula akan dikenakan bayaran masuk,” katanya. 

Bercakap mengenai surcaj air pula Zainal menjelaskan, seharusnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu menaikkan surcaj mahupun tariff air kerana melalui Perjanjian Migrasi Aset Air pada tahun 2011 telah menyaksikan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sejumlah RM655 juta distruktur semula Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) kata beliau, telah mengambil alih hutang tersebut dan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan pula semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun. 

“Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk membiayai secara “grant” Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion yg sekarang dalam pembinaan. Jadi mengapa surcaj dan tariff air perlu dinaikkan? 

“Inilah beza pentadbiran BN dan DAP. BN sentiasa memikirkan bagaimana mahu membantu rakyat tetapi DAP pula hanya bererotik kononnya menjaga kepentingan rakyat. Semasa BN menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang, ianya telah menyaksikan dari tahun 1993 sehingga 2008, tariff air tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia.

 “Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu,” katanya. - 

default

GUAN ENG HINA PAS KELANTAN PUN MACAM TAK ADA APA

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Dewan Pemuda Pas negeri menyelar tin­dakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar melanda negeri ini baru-baru ini.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, Guan Eng dilaporkan berkata demikian ketika memperkatakan tentang isu rasuah dan integriti dan dalam masa sama, turut mengulas mengenai isu banjir di Kelantan dalam keratan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 27 Januari lalu.
“Seorang sahabat saya berbangsa Tionghua menterjemahkan kenyataan beliau seperti berikut: “Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. 

Saya cakap te­rus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan.”

“Beberapa orang sahabat lain yang juga berbangsa Tionghua telah mengesahkan bahawa terjemahan ini merupakan makna yang tepat terhadap keratan akhbar Sin Chew Daily tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadh­li berkata, Guan Eng perlu segera menafikan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar Sin CheW Daily jika benar beliau tidak pernah mengeluarkan ke­nyataan seumpama itu.

Namun katanya, sekiranya Guan Eng pernah berkata demikian, kenya­taan tidak tepat diucapkan mungkin disebabkan ‘kegagalan’ beliau bertemu sendiri pimpinan tertinggi negeri, terutama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob walaupun pernah melawat Kelantan pada 9 Januari lalu.

“Ya, kelemahan tidak dapat dinafikan kerana banjir ini berlaku di luar jangka. Saya tidak mengatakan kerajaan Kelantan sempurna dan suci daripada kelemahan namun menyebut ‘macam tiada kerajaan’ ialah satu tuduhan yang sangat me­lampau. 

Ini satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Ahmad Fadhli turut menjelaskan, sepanjang bencana melanda, Ahmad serta Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bersama barisan Exco kerajaan negeri tidak pernah gagal untuk turun padang setiap hari membantu rakyat biarpun diri dan keluarga masing-masing turut bergelut menjadi mangsa banjir.

“Saya tidak ingin mengulas berhubung senario pasca banjir kerana kenyataan Yang Amat Berhormat ialah berhubung situasi semasa banjir. Hakikatnya kerajaan Kelantan tidak pernah berhenti daripada berikhtiar segala macam cara untuk memulihkan kembali negeri ini,” katanya.

Ahmad Fadhli dalam pada itu turut menyifatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ‘tahu pintu dan tingkapnya, masuk tertib dengan tangganya’ berbanding Guan Eng apabila sudi meluangkan masa bertemu Ahmad ketika melawat Kelantan baru-baru ini.

default

FORT CONWALLIS DISWASTAKAN KERAJAAN DAP TAK LALUI TENDER TERBUKA ?? @RRAFIZAL @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan kepada rakyat kaedah yang digunakan di dalam pemberian tender kepada syarikat Ewein Berhad bagi menguruskan tempat pelancongan Fort Cornwallis.
Tegas beliau, sepatutnya syarikat yang bakal dilantik haruslah dipilih melalui tender terbuka.
 “Kerana itulah saya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan kerana ini melibatkan rakyat.
“Dahulu tempat pelancongan ini boleh dikunjungi tanpa sebarang bayaran tetapi kini pengunjung terpaksa membayar sekiranya mengunjungi kota Fort Cornwallis. Syarikat tersebut diberikan hak untuk mengutip bayaran masuk, bayaran letak kenderaan dan bayaran sewa pusat penjaja bagi menampung bayaran sebanyak RM30,000 sebulan yang kepada kerajaan negeri.

“Adakah ini cara kerajaan negeri pimpinan Dap membayar kepercayaan rakyat kepada mereka? Dahulu mereka sering menyebut untuk membela nasib rakyat.
 Sering menyalahkan dan menuduh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak menjaga kebajikan rakyat. Tetapi kini terbukti mereka hanya pandai menanam tebu di tepi bibir…. Rakyat sudah kena tipu,” ujarnya kepada UMNO-Online.


Selain itu tambah Rafizal, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa surcaj air dinaikkan sedangkan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) telah mengambil alih hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sebanyak RM655 juta dan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan pula semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun.
“Tahun 2010, kerajaan negeri Pulau Pinang memperkenalkan surcaj pada kadar 24 sen setiap 1,000 liter penggunaan domestik melebihi 35,000 liter sebulan. Alasan yang beri kononnya bertujuan untuk mengurangkan kadar penggunaan domestik air per kapita sehari yang melebihi purata nasional.
“ Pada November 2013 menyaksikan pula kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj sebanyak 100 peratus, dari 24 sen ke 48 sen setiap 1000 liter atas alasan kenaikan surcaj awal gagal mengurangkan kadar penggunaan air per kapita Pulau Pinang malah penggunaan per kapita terus meningkat.
“Pada pendapat saya, kenaikan demi kenaikan yang dikenakan rakyat sebenarnya adalah perancangan Dap untuk melaksanakan Pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.
Ujar Rafizal, adakah kerajaan Dap tidak kasihan kepada rakyat yang semakin terhimpit atas kenaikan demi kenaikan yang dikenakan ini. Di manakah janji Dap yang mahu membela nasib dan mengurangkan beban rakyat.
“Jika inilah cara Dap mentadbir negeri, maka tidak mustahil rakyat golongan pertengahan dan rendah akan terus hilang dari negeri ini. Maka tinggallah mereka yang bergolongan atasan sekaligus menyaksikan negeri ini hanya untuk golongan elit,” jelasnya lagi.- MediaUMNO.

default

MISTERI KENAPA AUSTRALIA LOKASI PILIHAN SIRUL AZHAR LARI ??

on Thursday, January 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


1. Berita terkini perkembangan kes bekas  Koperal UTK Polis  Sirul Azhar di Australia ialah beliau enggan pulang ke Malaysia dan kini berada di dalam tahanan pihak berkuasa Australia


" Peguam yang mewakilinya Hasnal Rezua Merican yang kini berada di Sydney, Australia berkata beliau telah berjumpa dengan anak guamnya untuk berbincang bagi mencari jalan membebaskan dirinya daripada pusat tahanan pihak berkuasa Australia.
“Sirul ada mengatakan dia tak mahu balik. Siapapun yang ada dalam kedudukan seperti dia, mesti tak mahu balik,” Hasnal dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Dia turut berkata dalam pertemuan bersama Sirul tiada perbincangan berkaitan ekstradisi kerana “soal itu setakat ini belum berbangkit".


2.  Ramai yang mempertikaikan mengapa Sirul boleh ke luar negara tetapi menurut undang-undang , seseorang yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah bebas untuk ke mana-mana, termasuk ke luar negara.

Apabila seseorang itu dibebaskan, maka dia bebas ke mana-mana saja, melainkan mahkamah letak syarat seperti tahan pasport.

Namun, secara asasnya sekatan itu tidak boleh dilakukan kerana apabila individu itu dibebaskan, bermakna dia tidak bersalah .

 Sirul dan Azhar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menjatuhkan hukuman dua anggota UTK Polis iaitu hukuman gantung. 




3.  Mengapa lokasi negara Australia dipilih Sirul bukan negara lain di dunia ini ??


a)  Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.Undang-undang ekstradisi Australia  tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,


b ) Di Australia terdapat ramai  pemimpin besar  negara itu   yang ada hubungan istimewa menyokong  pembangkang di Malaysia terutama Anwar Ibrahim . Salah seorangnya ialah  Senator  Nick Xenophon merupakan seorang peguam Hak Asasi di Australia yang  banyak terlibat dalam  kes berkaitan dengan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)  di Australia.


Nick Xenophon juga lantang mahukan pertuduhan liwat ke atas Anwar digugurkan. Sepatutnya jika mahu bersikap prihatin, belalah nasib mangsa liwat.

Jabatan Imigresen dan polis pernah  bertindak tegas  menghalang Senator Australia, Nick Xenophon daripada memasuki negara kita.


Selain itu , 6  pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Rafizi Ramli   pernah ke  Australia dalam usaha mendapatkan sokongan Ahli Parlimen di negara itu mengenai perbicaraan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat II dan Akta Hasutan. klik di sini 

Ini menunjukkan kuatnya isu hak asasi dipejuangkan  mereka   dan tidak hairanlah pembangkang di Malaysia sering mendapat bantuan sokongan  dari sana untuk  campur tangan  dalam soal undang-undang negara kita   . 


 Persoalannya , bagaimanakah  Sirul Azhar yang berlatar belakang seorang anggota Koperal UTK Polis yang dilatih  taktikal bertempur dan mengikut arahan Ketua boleh mengetahui selok belok undang-undang negara Australia ??

Dia tidak akan ke Australia kalau tiada  dalang  yang mempengaruhi dan menyusun pemindahannya untuk tinggal di sana sejak Oktober lepas. 

Tak kan dia pergi sana dan tiba-tiba baru tahu  Undang-undang ekstradisi Australia  tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati . 

Adakah ia kebetulan ??

Pastinya semuanya ini  telah dirancang oleh tangan2  ghaib  di Australia .

Terbukti   hari ini  memang betul bila  dia katakan  enggan pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan peguamnya kepada media .  Siapa yang mahu pulang kalau dah tahu akan ke tali gantung !! 


Mengapa tangan ghaib Australia ini bantu Sirul  ???  

Adakah  ada  konspirasi politik besar sedang dirancang ??





default

BERLAJAR DARI KES SIRUL , TIBAI GESA KDN RAMPAS PASPORT ANWAR !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak merampas pasport antarabangsa milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mendesak agar Anwar diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian termasuk kawalan polis sementara menunggu keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini.

Menurutnya, laporan polis ini dibuat kerana mahu belajar daripada kes yang melibatkan Koperal Sirul Azhar Omar dalam kes pembunuhan Al-Tantuya.

"Dia memiliki pasport, dia boleh terus terbang ke Australia, di sana tanpa perlu merayu perlindungan politik, dia tidak dikembalikan kerana kerajaan Australia sebuah kerajaan yang anti dengan hukuman mati.

“Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Naib Presiden, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendakwa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.

"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.

"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.

default

BANJIR JADI MODAL GUAN ENG HINA PAS TAK LAYAK PERINTAH KELANTAN !

on Tuesday, January 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Hari ini dalam akhbar Cina Sin Chew Daily , perbalahan antara DAP - PAS semakin panas .

 Guan Eng membalun lagi PAS  selepas Hadi mendedahkan keburukan pilihanraya PBT diadakan kerajaan DAP dengan membidas kerajaan PAS Kelantan tak layak menjadi sebuah kerajaan yang baik untuk rakyat ekoran musibah banjir . 

Serangan  Guan Eng kali  menggunakan modal banjir menghentam kerajaan PAS Kelantan  sebagai lemah & tak wujud pastinya akan menambah lagi kemarahan pimpinan dan penyokong mereka . 

Kita nak lihat apakah reaksi kepimpinan PAS termasuk PAS P.Pinang samada akan mempertahankan partinya yang dihina oleh Guan Eng dan DAP ini   .

PASMA tentunya akan senyum dan melihat saja PAS dibantai saja Guan Eng dan DAP . 

Mereka yang mahu dilihat altenatif baru untuk ganti PAS jika parti itu keluar Pakatan  pastinya akan terlaksana tak lama lagi .. 




Sin Chew Daily, 27 JAN 2015, halaman 08,
LIM Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Kerajaan PAS Negeri Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri yg lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yg melanda Kelantan pada penghujung tahun lalu.
Katanya, semasa banjir besar berlaku, keadaan yg berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yg wujud. Kerajaan yg ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir.
Menurut LIM lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dgn dasar pentadbiran yg bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yg boleh membuat kerja untuk rakyat.
Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan.
LIM Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam.

default

PAS JADI HERO BELA PEMBUNUH ALTANTUYA,GUNA IBU SIRUL MODAL PERTIKAI SISTEM KEHAKIMAN !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS diketuai Mahfuz Bean kini ligat cuba menjadi hero membela seorang penjenayah dalam kes berprofile tinggi pembunuhan Altantuya.




Beliau  mendakwa ada motif tersembunyi di sebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menawarkan diri untuk membantu Koperal Sirul Azhar Umar yang dikenakan hukuman gantung sampai mati ini . klik di sini

PAS juga menerusi Mahfuz , Suhaizan dan Idris Ahmad telah berkunjung ke rumah ibu Koperal Sirul di  Perak  bagi meraih publisiti bahawa mereka lah paling prihatin terhadap nasib suspek dan keluarganya .

Sebelum ini, Pas bersama Pakatan Rakyat antara yang kuat  mendesak Sirul serta Azilah dikenakan hukuman berat diatas tuduhan membunuh Altantuya. 

Pas juga tidak berpuas hati apabila keputusan awal Mahkamah membebaskan kedua-dua anggota Polis berkenaan manakala pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain mengambil inisiatif mendapatkan kenyataan bapa kepada wanita Mongolia tersebut.





Hari  ini  mereka bertukar wajah & cuba membela Koperal Sirul .  Kalau mereka betul-betul  ikhlas mahu membela sepatutnya dari awal perbicaraan lagi membantu .

Ini tidak PAS dilihat mempunyai agenda tersendiri  cuba mngambil kesempatan menangguh di air yang keruh .

Mereka menggunakan cakap Ibu Sirul sebagai modal raih simpati untuk menimbulkan keraguan dan menghasut rakyat mempertikaikan  keputusan Mahkamah


Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.

“Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu,” katanya. KLIK DI SINI






Desakan PAS mahu Sirul mendedahkan kes Altantuya kepada media juga sama  dilihat mencabar kredibiliti sistem kehakiman negara  .

PAS sewajarnya jika mempunyai bukti bahawa Sirul diarahkan pihak tertentu perlu segera melaporkan kepada pihak berkuasa bukannya menghasut rakyat mempertikaikan keputusan Mahkamah . 






*** Kalau betul ada arahan daripada pihak tertentu kepada mereka supaya Altantuya dibunuh ,sudah lama bekas peguam Azilah , Datuk Zulkifli Noordin menggunakan pengakuan itu di mahkamah tetapi tidak sebab tiada bukti . 



YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.

“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu,” katanya ketika mengimbau kembali kejadian pembunuhan pada tahun 2006, di mana pada masa itu beliau masih lagi berada dalam PKR dan salah seorang kepercayaan Anwar.
“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ (pengakuan bersumpah) dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku (kata) Najib terlibat, Rosmah pun terlibat.






default

BANNER KONTROVERSI AKAR UMBI TAK PUAS HATI KEPADA PASMA& PAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Panas beb banner di Pekan Selama ,Perak bagi menyambut ketibaan program Jelajah Pas pada 25 Jan lepas .


Sebanyak  6 kain rentang kontroversi membuka pekung sebenar perbalahan dalam PAS..
Kain rentang “Mahfuz Zalim Pecat Pengarang Harakah Tanpa Sebab”  , “Selamat Datang Abg Mat Komunis @ Mat Sapu Cat”
“PASMA Pilihan Pas Larut” , “Balak Kat Mana ,Husam Nizar & Co ”
“Cayalah Idris Ahmad,Tyco Besar K.Sepetang”
“Suhaizan Takkan Duit Tabung Mangsa Banjir Guna Buat Roadshow”
Setiap kain rentang jelas mengutuk pimpinan Pas dari peringkat negeri Perak hinggalah peringkat pusat..
Ini semua menifestasi tidak puas hati akar umbi Pas terhadap PASMA yang mengadakan Majlis Hi-Tea di perkarangan Pejabat Pas Kawasan Larut baru baru ini.

Difahamkan ia telah diturunkan segera geng Pasma selepas mendapat tahu kewujudan banner ini .


Persoalannya  di sini , apa maksud disebalik ayat banner ini ?

Mat Sabu dibelar Mat Sapu Cat ??

Balak kat mana , Huzam Nizar & Co ??

Suhaizan takkan duit tabung mangsa banjir guna buat raodshow ?


Ini orang PAS ye kata kepada pemimpin mereka sendiri  bukan orang UMNO ...



default

CAJ 90 SEN BAYAR BIL PERLU DITANGGUNG PBA BUKAN RAKYAT @dzainalabidin @Rrafizal

on Monday, January 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pemuda UMNO Pulau Pinang mendesak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menarik balik keputusan mengenakan caj RM0.90 bagi bayaran bil di pejabat pos.
Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, caj tersebut tidak sepatutnya dikenakan kepada rakyat Pulau Pinang malah ia perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak PBAPP memandangkan POS Malaysia telah memberi kemudahan kepada meraka.
“Pemuda UMNO Negeri menggesa caj ini dibatalkan segera dan beban caj ini ditanggung sepenuhnya oleh PBAPP memandangkan PBAPP telah menaikkan surcaj air sebanyak 100 peratus tahun lalu dan juga masih menunggu keputusan kenaikan tarif air di negeri ini,” katanya dalam kenyataan media.
Jelas Rafizal, Kerajaan Pulau Pinang seharusnya mencontohi kerajaan pusat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dengan menurunkan kos sara hidup.
“Kerajaan Negeri sepatutnya membantu rakyat dengan menurunkan lagi kos sara hidup dan bukan memperkenalkan caj baru yang semestinya membebankan rakyat Pulau Pinang,” ujarya.
Sehubungan itu, pihaknya membantah sekeras-kerasnya pengenalan caj RM0.90 oleh PBAPP selaras dengan slogan kerajaan negeri yang kononnya prihatin terhadap kebajikan rakyat.

default

KERAJAAN GILA KUASA MAHU BUAT PILIHANRAYA PBT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 UMNO Pulau Pinang menyifatkan tindakan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini sebagai sikap tamak kuasa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata cadangan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mahu pilihan raya itu diadakan juga membuktikan mereka mahu memegang kuasa pentadbiran di peringkat ketiga.

“Hakikatnya pilihan raya PBT memang tidak sesuai diadakan kerana ia mampu menimbulkan pergolakan kuasa dalam pentadbiran dalaman. Apabila kita mendedahkan PBT kepada hal ehwal politik, kita juga sebenarnya menggadaikan masa depan pengurusan pentadbiran negeri.

“Selepas ini, beribu-ribu orang hanya pandai berpolitik tetapi tidak boleh buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Keluargaku Ahli UMNO dan Daftar Pemilih, di bangunan Tranformasi UMNO Permatang Pauh, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.

Bagaimanapun, ia ditentang pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya, PAS, yang mendakwa pelaksanaan pilihan raya PBT itu akan mencetuskan insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.

default

MANA ANWAR BILA RAKYAT MISKIN PERMATANG PAUH TERABAI ?? #P44

on Sunday, January 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Atas keprihatinan Ketua Bahagian Umno Pmtg Pauh Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said , kerja -kerja membaiki sebuah rumah daif didiami 4 beranak di Kg Uma , Tanah Liat  kini sedang giat dijalankan .
Kos pembaikan sebanyak RM 5 ribu ini merupakan hasil sumbangan UMNO Bahagian  selepas melihat sendiri keadaan rumah ini sebelum ini .






Persoalannya ,di manakah wakil rakyat kawasan ini dari PKR iaitu Adun Penanti Dr Norlela dan Ahli Parlimen Pmtg Pauh DS Anwar Ibrahim ?

Nak tunggu rumah runtuh dulu baru datang jenguk kot ??

Ramai lagi rakyat miskin Permatang Pauh terabai dan tidak dipedulikan wakil rakyat mereka .





Mereka  sebaliknya lebih  sibuk berpolitik &  menyalahkan kerajaan tetapi hakikatnya yang membela nasib  rakyat di kawasan mereka adalah UMNO .

Itu pun belum lagi  beberapa isu keperluan masyarakat di parlimen ini seperti sumbangan  kepada Sek Agama , Pusat Tahfiz , membaiki surau dan menukar karpet masjid .





Sumbangan Ketua UMNO Bahagian sendiri kepada sek agama
dan pusat tahfiz demi menaikkan martabat  pendidikan kepada
anak bangsa 



Jadi di sini ,  rakyat Pmtg Pauh sudah boleh  menilai  siapa yang membuat kerja & berkhidmat kepada sepanjang masa di sini atau wakil rakyat mereka pilih di pilihanraya lepas.







default

KOS BINA PARKING KERETA BUKIT BENDERA PALING MAHAL DI MALAYSIA ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kenapa kerajaan BN Persekutuan yang tidak cekap dan rasuah boleh menyiapkan Projek ‘Hospital KL-Multi Store car park’ hanya tempoh dua tahun sahaja, 3 kali lebih cepat dan pada hampir separuh kos daripada kerajaan DAP negeri Pulau Pinang yang 'super-efficient' bersandarkan CAT itu?

Ketidakcekapan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengambil masa 6 tahun setengah untuk menyiapkan projek Penang Hill ‘Kancil’ Car Park.

Projek itu bermula pada Julai 2008 dan hanya dapat disiapkan pada Jan 2015.
Menurut laporan NST Penang "Kancil car park" telah dirasmikan pembukaan oleh Guan Eng pada 19 Januari 2015.
Sebelum ini ia dikenali sebagai "tempat letak kereta Kancil", kerana reka bentuk yang lemah, termasuk susur jalan yang curam dan dikatakan tempat letak kereta itu hanya sesuai untuk kereta Perodua Kancil sahaja.
"Berdasarkan bantahan (orang ramai) itu, kerajaan negeri (Pulau Pinang) telah merobohkan bangunan (lama) dan dibina semula bangunan baharu sebagai tempat letak (yang sesuai untuk semua jenis) kereta."http://www.nst.com.my/node/70230
Yang ini saya tidak faham.
Bukan setakat projek parking kereta Kancil terpaksa ditangguh lama dan terlebih bajet tetapi apabila Lim Guan Eng mahu merasmikan pembukaannya, dia telah terperangkap dalam lif parking kereta selama 3 minit disebabkan bekalan elektrik lif itu terputus.
Pemandunya juga terpaksa mengundurkan keretanya ke dinding sambil naik ke tingkat atas tempat letak kereta.

Nota: Bagi mereka yang masih cuba mempertahankan kerajaan DAP Pulau Pinang dan mendakwa bahawa projek ini adalah dari zaman Koh Tsu Koon.
Sila ambil perhatian bahawa pada September 2009, peruntukan diperuntukkan dan diberikan tanggungjawab kepada PDC Pulau Pinang (100% dikawal oleh kerajaan Pulau Pinang).
Tender bagi projek ini telah dibuka pada 23 Mac 2009 dan rancangan projek telah diluluskan oleh PDC pada Mei 2009.

Bahagian ini adalah tai-chi yang paling tidak masuk akal dari penafian kerajaan Pulau Pinang pada 2011:

"Itulah sebabnya kerajaan negeri PR yang baru dan YAB Ketua Menteri tidak dimaklumkan tentang kemajuan atau diminta memberikan kelulusan untuk projek ini kerana “pelanggan” adalah Kementerian Pelancongan."
Siapa yang mengawal PDC? Sekali lagi ini adalah projek "I was not aware" yang terkenal.
Dana diperuntukkan dan diberikan oleh Kementerian Pelancongan KEPADA kerajaan Pulau Pinang melalui PDC untuk manfaat kerajaan negeri Pulau Pinang dan mereka juga yang akan menjadi pemilik kawasan tempat letak kereta dan mengutip hasil untuk itu. Bukannya Kementerian Pelancongan.
Sebuah tempat letak kereta bertingkat nilai berjuta-juta sedang dibina di kawasan tarikan negeri anda yang paling terkenal dan anda tidak menyedarinya?
Oleh Lim Sian See,

default

PAS DEDAH PILIHANRAYA PBT NAK DIBUAT DAP UNTUNGKAN KAUM CINA

on Saturday, January 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pas mendakwa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan sekutunya, DAP akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat apabila memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina.

 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, ketegangan seperti itu juga dibimbangi boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang disifatkan sebagai titik hitam dalam sejarah negara.

Tegasnya, pilihan raya PBT itu adalah kesilapan kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar untuk menang pilihan raya dalam jangka masa sangat pendek, sekali gus bertentangan dengan aspek politik mengendalikan bandar yang mewajibkan untuk mengambil kira kepentingan semua pihak dan lapisan masyarakat dalam memakmurkan sesebuah bandar itu.


“Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang majoriti kaum Cina.


“Lihat sahaja jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding RM50 juta di majlis daerah kawasan desa di Selangor yang majoritinya pula satu kaum lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar semalam melaporkan dakwaan DAP bahawa Pas tidak pernah membangkitkan bantahan terhadap hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Setiausaha Organisasinya, An­thony Loke berkata, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng telah menghubungi sendiri Abdul Hadi dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melalui telefon bagi mendapatkan pandangan mereka tentang perkara tersebut.

Menurut beliau, kedua-dua pemimpin Pas itu tidak membantah hasrat kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan DAP agar tidak melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk.

“Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang mesti dijalin dengan baik. Kita perlu melihat semua kalangan dan arah, termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.

“Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah yang mengalir ke dalam jasadnya. Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tindakan-dap-boleh-cetus-ketegangan-kaum-1.51831#sthash.Cp5lJCkA.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.