Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan besar itu bukan sahaja mempertahankan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya lepas, malah menguasai 11 kerusi baharu yang bakal dipertandingkan pada PRN11.

"Ini bagi memperlihatkan keakraban hubungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang memberi kesempatan kepada kerajaan negeri menyalurkan peruntukan besar kepada rakyat Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Masjid Kampung Keluru Jaya di Lambir hari ini.- BERNAMA