..

..

WUJUDKAN SATU USAHAWAN SATU KELUARGA UNTUK TARIK GOLONGAN MUDA - @Zahid_Hamidi

on Tuesday, December 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan konsep “Satu Usahawan, Satu Keluarga” diwujudkan bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan.

 Beliau mahu sekurang-kurangnya seorang daripada anggota keluarga menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjadi tonggak kepada ekonomi keluarga. image“Kita mesti mulakan hasrat ini daripada sekarang.

Daripada seorang usahawan dalam satu keluarga, ia akan membawa kepada penularan pengaruh kepada anggota keluarga yang lain,” katanya ketika menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera 2015, Selasa. Beliau berkata, langkah itu perlu segera dimulakan memandangkan bidang keusahawanan muda masih lagi belum menjadi kerjaya pilihan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

 Sebagai contoh, katanya, pada tahun 2013, hanya kira-kira satu peratus sahaja graduan dan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian. imageAhmad Zahid dalam pada itu mengingatkan usahawan muda Bumiputera supaya memelihara modal, bukan sahaja dari segi kewangan sebaliknya turut mengambil kira modal insan, integriti dan kejujuran bagi mengimbangi antara dunia dan akhirat.

 “Ramai yang telah berjaya…dan ramai juga yang lupa akan asas keagamaan,” katanya sambil menjelaskan bahawa terdapat golongan yang telah berjaya tetapi tidak menunaikan kewajipan seperti membayar zakat dan bersedekah.

 Beliau juga mahu usahawan Bumiputera menyokong komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi ekonomi yang tidak mengetepikan agenda untuk Bumiputera. imageKatanya kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif bagi membantu golongan itu. Mengenai kongres sehari yang bertemakan ‘Ekonomi Satukan Kita’, Ahmad Zahid berharap ia akan menjadi platform untuk golongan usahawan muda Bumiputera membincangkan hala tuju golongan itu dalam bidang keusahawanan


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.