..

..

TUN MAHATHIR LUPA PERNAH NASIHAT AHLI PERTAHAN & JANGAN LEMAHKAN PRESIDEN @HishamuddinH20

on Friday, December 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi peringatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengingat kembali pesanannya ketika memangku jawatan Presiden parti.

Jelas Hishammuddin, ketika Mahathir memangku jawatan Presiden Umno, Mahathir telah menyampaikan pesanan penting kepada ahli-ahli parti supaya mempertahankan presiden parti.

Hishammuddin berkata, beliau masih ingat lagi ucapan Mahathir pada 1 Julai 1976 dalam Perhimpunan Tahunan Pemuda dan Wanita Umno supaya mempertahankan presiden parti dalam apa jua tekanan dan jangan sesekali melemahkan presiden.

"Umno tidak wujud untuk pemimpinnya, mereka hanya wujud untuk sementara. Mereka akan pergi dan akan digantikan dengan pemimpin yang baharu. Tetapi pemimpin dan kepimpinan adalah penting bagi sesebuah pertubuhan. 
"Sementara pemimpin tidak perlu dipertahankan kerana semata-mata ia pemimpin, ia juga tidak harus dilemahkan dengan sengaja. Tidak ada kebaikan dan kepimpinan yang lemah seperti mana tidak ada manfaat daripada pertubuhan yang lemah," kata Hishamuddin yang mengingatkan kembali pesanan Mahathir kepada semua ahli Umno.


5 Responses

  1. Pertahan yg mcm ner oi....ikut konteks arrr...yg mcm njib nih....buang karen je.....

  2. Anonymous says:

    Itu kalau pemimpin itu amanah,berintegriti dan boleh dipercayaai,bukan yang kuat rasuah,penyamun dan dan zalim.

  3. Anonymous says:

    Ini lg satu bengong..kalau dah salah pertahan apa?

  4. Anonymous says:

    Kalau dh makan fitnah memang nampak Najib salah.. kalau menyamun mcm Madey dulu tp pandai simpan..pandai tutup mulut ahli2 UMNO dgn projek2.. memang sure lah mereka akan 'pertahankan'. Zaman najib dia tak disokong sbb dia tak membela hantu raya2 baik dlm UMNO atau Cinapig2!

    itu pasal 'kesalahannya' di salahkan lebih dalah dari yg bersalah..

    Aku tetap support Najib sbb aku tau mamak menyamun 22 tahun lbh.. n PR nothing lah.. sampah.. stau habuk xde melainkan peralatkan rakyat untuk demo dan derma!

    Hidup DS NAJIB!!!

  5. assaad says:

    Ramlan Aziz, Anom 2.33pm, dan Anom 3.47. Sudah kaji selidik belum. Jangan menuduh melulu. Dah terpengaruh dengan Pembangkang dan orang-orang UMNO yang takut rahasia mereka terbuka. Sudah jadi seperti cacing kepanasan. Fikir-fikirkanlah.

    Saat Jais
    https://saatjais.wordpress.com

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.