..

..

TPM JAWAB ISU DANA POLITIK RM2.6B DI PARLIMEN @Zahid_Hamidi

on Thursday, December 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




PENERANGAN DARIPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI
DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14 (1) (i)
PENERANGAN BERKAITAN ISU DANA POLITIK RM2.6 BILLION

Tuan Yang di-Pertua,

Saya memohon untuk membuat penerangan dengan menggunakan Peraturan 14 (1) (i) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Dewan yang mulia ini berhubung dengan isu dana politik RM2.6 billion yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Dewan ini melalui pertanyaan bagi Jawapan Lisan, pertanyaan bagi Jawapan Bertulis serta semasa perbahasan peringkat dasar dan jawatankuasa Bajet 2016 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat yang bermula pada 19 Oktober 2015.

Pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bukan daripada 1MDB.

Kerajaan telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa apa-apa kenyataan tidak wajar diberikan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan oleh agensi yang berkaitan. 

Namun begitu, saya rasa perlu dimaklumkan bahawa, SPRM telah pun mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bilion. Selain itu, Bank Negara juga telah dimaklumkan mengenai pembukaan akaun bank tersebut.

Agensi yang berkaitan hendaklah diberikan kebebasan dalam menjalankan siasatan secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai sub judice yang boleh menjejaskan penjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk parti pembangkang.

Pada masa ini, Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang mengatakan derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik. Malah realitinya di kebanyakkan negara maju juga derma politik diberi secara umum.

Janganlah mana-mana pihak menunding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi derma politik bukan perkara baru.

Sebenarnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak tahun 2009 lagi. Pada 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyerankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya oleh transparency International (TI) Malaysia pada tahun 2013.

Namun, saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak jadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak oleh parti pembangkang dan sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik.

Memandangkan isu derma ini telah mendapat perhatian umum dan pelbagai reaksi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengenengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan mnenubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan mengambil kira pandangan semua pihak berkaitan.

Sekian. Terima kasih.



7 Responses

  1. Anonymous says:

    Rakyat cuma nak tau, itu derma kepada UMNO atau derma kepada kerajaan atau ia sebenarnya untuk apa? Itu sahaja, inilah jenis penipu, kata nak jawab pada hari ini, tapi lepas tu membohong dengan bantuan kuncu suruhan. Ahli akar umbi UMNO, kalau macam ni punya Presiden UMNO, lebih baik letak kambing jadi presiden UMNO, buat malu sahajalah. Saya makin hari makin meluat dengan ahli-ahli UMNO yang masih membisu, jika hanya saya dan beberapa pihak seperti ketua-ketua cawangan yang bangkit menentang penyelewengan serta pengkhianatan Najib terhadap UMNO sedangkan ahli-ahli UMNO yang lain masih lagi membiarkan Najib bermaharajalela, maka sedarlah bahawa akan sampai ke suatu tahap di mana UMNO sudah tidak akan dipercayai lagi oleh rakyat, masa itu barulah ahli-ahli UMNO yang jenis tak kisah ini akan nak terngadah bila dah terhantuk. Saya bersikap keras selama ini kerana sayangkan UMNO, sayangkan Barisan Nasional, sayangkan perjuangan demi agama, bangsa, dan tanah air yang didokong oleh UMNO dan gabungan Barisan Nasional selama ini, kalau ada yang nak menuduh saya penyamar yang memecah belahkan UMNO, terpulanglah, kerana kalau saya nak UMNO hancur, lebih baik saya terus sokong Najib, kerana apa yang dibuat oleh Najib itulah yang menjadi punca kehancuran kepada UMNO sekarang ini. Sedarlah semua. Salam perjuangan A Ba Ta, Ikhlas daripada, Abu Bakar

  2. zex latif says:

    bukan penerangan ni.... makluman je.. apara

  3. Anonymous says:

    Aku betul2 tak paham la. Ni jawapan pasal 2.6 bilion ke kenyataan jgn tanya pasal duit tu? Knp zahid yg jawab padahal sepatutnya tuan punya akaun yg jawab. Aku letih ketawa dgn cara geng2 najib pusing keliling. Jgn harap rakyat akan pening sebab dengar ckp pusing2, takut korang yg tombang sbb terlebih pusing. Sebulan lebih cari alasan, tu je yg dpt?

  4. Anonymous says:

    "Saya pun nak carik makan jugak"..(Meminjam kata kata Ketua PAC yang baru)

  5. Anonymous says:

    Sumbangan pada UMNO dan bukan pada kerajaan. Sumbangan untuk kos2 pilihanraya. Najib adalah trustee atau pemegang Amanah pada UMNO. Muhyiddin juga adalah trustee sama juga pada yang lain2 yang diamanahkan.

    PAS juga dapat sumbangan dari luar sama juga DAP dari Singapore dan PKR dari Jewish Fund.

    Mahathir masih lagi memegang sumbangan yang diterima UMNO berjumlah berbillion2 tapi tidak ikhlas. Kamu nak fund kamu kena dengar cakap aku, inilah yg dipakai oleh Tun.

    Najib kalau dia nak kebas duit 2.6 B buat apa dia nak maklumkan kepada Muhyiddin. Baik dia diam je. Muhyiddin tahu pasal sumbangan tu, tapi mata dah naik cacing, jadilah macam Mahathir meroyan tak tentu pasal. Orang Johor pun bukan minat Muhyiddin, hanya segelintir yang cari makan dengan dia je.

  6. Anonymous says:

    Kes Anina yang akan di putuskan dek Hakim pada 7 Disember nih fasal duit tu ke? Pahal pun, boleh lihat apa Mahkamah kata, kalo tak 7 Disember, lain hari nanti.

    Banyak benor tak senonoh nya. Tak jawab Parlimen, tangan ghaib (hidden hands), alih alih kena buang jawatan Peguam Negara, Pegawai tinggi SPRM dan PDRM alih alih kena tukar tempat kerja.

    Tarikh laporan PAC pun dah tukar hingga ke Mac. Dulu cakap hujung tahun ini..

  7. Anonymous says:

    boh sampai ketumit

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.