..

..

TAK TAHAN KENA SERANG , AZMIN TUDUH CHEGUBARD PENCACAI UMNO

on Friday, December 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



itu lah pembangkang PKR mahupun DAP ... bila ada masalah sesama mereka , UMNO juga dipersalahkan kononnya jadi pencacai pulak . 
Dangkal  sungguh mentaliti seorang Menter Besar ..Azmin pun sudah kena penyakit Guan Eng iaitu bila ada masalah salahkan UMNO. 


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan Badrul Hisyam Shaharin atau Che’Gu Bard sebagai pencacai UMNO kerana mendakwa  projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta diserahkan kepada syarikat tanpa proses tender yang betul.
“Jadi pencacai UMNO, itulah sebab dia,” katanya Menteri Besar Selangor itu di Shah Alam, Khamis ketika diminta mengulas pendedahan ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),
“Ada ke nak percaya dengan orang macam tu? bukti dia ada? Saya dah sebut banyak kali cakap, yang ulang banyak kali tu kenapa?
“Semua proses perolehan di negeri Selangor ini, sejak 2008 kita buat secara tender terbuka,” katanya sambil mengingatkan CikGu Bard jangan membuat fitnah.
Badrul Hisyam semalam mendedahkan persoalan tersebut dengan menyatakan projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta milik kerajaan Selangor itu diserahkan kepada syarikat tanpa melalui proses tender yang betul.
Projek tersebut melibatkan talian kawasan Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras.
“Menteri Besar tak pernah terlibat dalam proses tersebut, saya sendiri tidak duduk dalam jawatankuasa tersebut, pembalakan diuruskan oleh jabatan perhutanan negeri,” jelas Azmin lagi.


One Response

  1. Anonymous says:

    ha ha Kaki fitnah no satu, Ular pakai songkok kena FITNAH geng sendiri, PADAN MUKA PADAN MUKA PADAN MUKA!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.