..

..

SENATOR PKR MALU BESAR BILA PUTAR BELIT TUDUH RUU MKN ZALIM

on Wednesday, December 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Definasi zalim ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah tidak tepat kerana ia dibuka untuk dibahas dan dipersetujui berdasarkan majoriti undi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Itu bidasan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam perbahasan di Dewan Negara berhubung kenyataan Senator Siti Aishah Shaik Ismail yang mendakwa RUU bersifat zalim.
“Definisi zalim saya nak beritahu apabila seorang yang ada personaliti, ada kuasa tetapi kuasa yang ada telah disalahgunakan kepada rakyat di bawah jajahannya.
“Tidak pernah lagi dalam mana-mana sejarah, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), ahli parlimen BN, ahli dewan negara BN menangis untuk minta pembelaan seperti yang berlaku kepada ADUN PKR Penanti, menangis di dalam sesi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kerana sudah bertahun-tahun beliau jadi ADUN Penanti ditipu parti sendiri,” kata Megat Zulkarnain sewaktu membahaskan RUU MKN di Dewan Negara pada Selasa.
Kenyataan beliau itu merujuk kepada insiden di mana Dr Norlela yang kecewa kerana luahan dan persoalannya berhubung dana pembangunan penduduk kawasan Penanti yang diwakilinya diabaikan kerajaan negeri.
“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam… Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.
“Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung… ,” luahnya di sidang DUN Pulau Pinang 19 Nov. lalu.
Menurut Megat Zulkarnain, keadaan itu adalah bukti betapa kerajaan negeri DAP Pulau Pinang lebih zalim terhadap penduduk negeri terutama kaum Melayu yang menetap di luar kawasan perbandaran.
Lantaran itu, tuduhan bahawa kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di dalam MKN adalah demi kepentingan peribadi beliau katanya, adalah tuduhan cukup jahat dan tidak boleh diterima akal.
“Jangan menipu rakyat, jangan dimomokkan RUU ini salah, ini melanggar etika kita sebagai ahli dewan negara.
“Saya pun tidak setuju RUU akan merosakkan generasi akan datang, rosakkan kepada keturunan saya, sedangkan undang-undangnya jelas, aman. Jangan menuduh macam-macam, beri lah pandangan,” katanya.
Selain itu, pembangkang juga katanya telah menyalahertikan definisi darurat apabila mereka membacanya dengan penuh kebencian sedangkan tidak ada apa yang perlu ditakuti oleh rakyat terhadap RUU MKN.


One Response

  1. Sy rasa senator yg dilantik/dicadangkan oleh PKR tak sekolah kot. Sebab tu dia tak fhm. Elokla dimasa akan dtg tetapkan syarat senator yg dicdgkan mesti pemegang PHD. Bukannya Professor Hasad Dengki

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.