..

..

SEBAB MENGAPA NURUL IZZAH DIHALANG MASUK SARAWAK DIDEDAHKAN

on Monday, December 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KUCHING - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah dihalang daripada memasuki Sarawak petang tadi sebaik sahaja berada kaunter pemeriksaan pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).
Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak yang tidak membenarkan Nurul Izzah Anwar memasuki Sarawak pada hari ini bukanlah perkara baharu bahkan pernah dilalui beberapa pemimpin lain.
Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai hak untuk menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum dan agama dengan menghantar mereka balik menurut undang-undang yang sedia ada.
Sebelum ini beberapa pemimpin politik dan akademik telah dan pernah tidak dibenarkan memasuki Sarawak antaranya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Datuk Ibrahim Ali, Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Tony Pua dan terbaru Nurul Izzah.
Larangan kemasukan Nurul Izzah ke Sarawak mempunyai kaitan dengan beberapa insiden yang dilakukannya dan mengambil kira keputusan Persidangan DUN Sabah yang turut tidak membenarkan Naib Presiden PKR memasuki Sabah serta perasan rakyat Sarawak dalam Tragedi Berdarah Lahad Datu.
Tindakan dan kelakuan Nurul Izzah yang berjumpa dan bercakap dengan jurucakap kumpulan militan pengganas Kiram Sulu, Jacel Kiram di mana kumpulan tersebut bertanggungjawab mencetuskan Tragedi Berdarah Lahad Datu pada 2013 telah membangkitkan kemarahan rakyat di seluruh negara termasuk di Sarawak.
Difahamkan perjumpaan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram ialah bagi mendapatkan sokongan kumpulan pengganas itu dalam membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini ditahan di penjara atas kesalahan meliwat.
Sebagai seorang anggota Parlimen Malaysia yang sebelum ini bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan negara daripada ancaman musuh, jelas perbuatan Nurul Izzah ini bertentangan dan sebaliknya bersekongkol dengan militan pengganas.
Mungkin ramai penyokong PKR dan rakyat Sarawak ‘lupa’ bahawa Tragedi Berdarah Lahad Datu itu telah mengorbankan 8 orang parajurit-parajurit negara yang mempertahankan keselamatan negara daripada ancaman musuh; salah seorang parajurit itu adalah anak tempatan Sarawak Mendiang Michael ak Padel Ketua Cawangan Khas Daerah Semporna yang dibunuh kejam oleh militan pada serangan hendap Mac 2013.
Bagaimanakah perasaan ibu Michael Elizabeth Inat Rau melihat kematian anaknya dalam tragedi berdarah itu yang didalangi militan pengganas Kiram Sulu dan mendapat sokongan pemimpin pembangkang PKR?
Juga isteri Michael, Jabah Mingku, dan anak lelaki Macluie Michael melihat pemimpin yang bersekongkol dengan militan pengganas yang membunuh suami dan bapanya dibenarkan memasuki Sarawak?
Bagi memberikan pengajaran kepada pemimpin yang menyokong militan pengganas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah minggu lepas telah sebulat suara menyokong usul khas; 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali. Lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.
Usul tersebut telah dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.
Dalam pada itu, Nurul Izzah ketika ini sedang disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma) ekoran pertemuannya dengan Jacel H. Kiram.
Dewan Rakyat telah memutuskan untuk mengemukakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen setelah usul itu yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipersetujui untuk dibahaskan.
Daripada 222 ahli Parlimen, 105 mengundi bersetuju dan 77 ahli pembangkang mengundi tidak bersetuju.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh, berkata pada masa ini pihaknya sedang menunggu tarikh yang sesuai daripada Nurul Izzah bagi meminta beliau tampil membantu siasatan berhubung tindakannya bertemu anak bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Kedudukan Naib Presiden PKR itu bakal ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dalam sidang akan datang


One Response

  1. Anonymous says:

    PALING AKU HAIRAN KENAPA BLOGGER GERAKAN ANTI PKR NEW (GAP) sengaja mewujudkan TROJAN HORSE dlm kalangan bloggers pro BN? Seolah2 dia 'makan dua belah' kepala Trojan Horse yg memakai topeng 'Taqiyyah' ala SYIAH untuk jatuhkan PM DS Najib.. aku sudah lama syok dia ini parasit bertopeng!

    Dia membuka ruang seluasnya2 supaya org2 pro UMNO akan terbaca juga entry2 bloggers parasit tajaan tun madey-rba pakatan haram hybrid!!

    Kenapa GAP ini seperti sengaja membiarkan parasit-parasit berupa wajah PR campuran Madey berada dalam listing bloggers nya sedangkan mereka2 ini langsung tidak menyerang Pakatan Haram sebaliknya dlm sehari 2-3 posting menghasut kebencian kepada PM dan org2 yang menyokong PM.


    Apakah bloggers pro Kerajaan sudah menjadi seperti PAS dan Mat Sabu?

    Buat kerja kerana wang semata2 lantak apa nak jadi..bukan kerana perjuangan UMNO BN? So kenapa biarkan GAP buat CELAKA dlm keadaan momentum skrg menyebelahi BN?

    Aku amat pelik Melayu suka jd barua kepada perosak!!!

    Lihat sikap tun madey dan org2 suruhannya sudha jadi barua kpd PR sehingga sanggup join kejijikan BERSHIT malah skrg sentiasa menjadi headline dlm media RBA-meloyakini, meloyainsider, keldaidaily..

    so apa korang mengelamun lagi wahai team blogger pro UMNO..!!? kau sedar ke atau tgh tido.. kau buat entry bagus2 kat sini tp kawan2 kau jadi PENJAHANAM!!

    keparat paling besar ialah GAP..dia pura2 buat bodoh tp dia sbrnya termasuk dlm gerakan tun madey.. lumayan habuan..iman celupan.. habis jahanam kesatuan!

    Rakan2 bloggers..kamu semua patut lihat geng2 pro mamak madey dh sgt menggeletar.. tak tahan nafsu lg sbb Najib tak berjaya jatuh.. so dgn nama blog kau sekali diorng kutuk tikam! KLUANGDIAMONsial! Outseydbongok, CelahKangkangGelegar, Jebat Must Diengok, Jelapangcai,

    24hours berhempas pulas hasutan kebencian meluap2 pd Najib..!!! WOII DO SOMETHING LA!! Kau org check sapa dia GAP tu.. itu kepala besar perosak kalau kau org nak tau!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.