..

..

PERSEPAKATAN AHLI AKAR UMBI MCA - MIC PERLU DIPERKUKUHKAN SEKARANG - @Zahid_Hamidi

on Monday, December 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Persepakatan antara ahli-ahli akar umbi di setiap parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) belum dapat diraih dengan sepenuhnya.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat kepada situasi semasa kerjasama UMNO-MCA-MIC di dalam BN, wujud kesefahaman antara presiden setiap parti namun tidak di peringkat akar umbi.
“Tetapi di bawah sana, jalinan itu masih belum dapat dieratkan. Ia hanya muncul apabila pembubaran DUN dan Parlimen dibuat.
“Waktu itu terlalu suntuk untuk mewujudkan rasa kesalingan yang kukuh dan ia harus diwujudkan dari sekarang,” katanya dalam wawancara Mingguan Malaysia, pada Ahad.
Malah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, ujar Zahid UMNO tidak akan mampu berdiri sendiri tanpa kekuatan dan peranan MCA dan MIC.
Sehubungan itu gerak kerja yang lebih praktikal perlu dilakukan supaya kemenangan masih berpihak kepada UMNO-BN.
Apa yang disebutkan Presiden (Datuk Seri Najib Razak) semasa ucapan penggulungan (PAU2015), beliau secara sinis menyebutkan beliau masih belum berpuas hati terhadap pencapaian yang telah dilakukan.
“Sebab itu kita perlu berusaha mencapai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan mengetepikan segala titik bengit,” ujarnya.
Zahid juga menggariskan lima elemen persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang iaitu dengan melaksanakan ‘headcount’ bagi menentukan jumlah pengundi yang didaftarkan atau dipindahkan ke sesuatu kawasan dan memastikan kerjasama semua parti komponen untuk menggerakkan jentera.
Malah BN juga perlu mengenalpasti lebih lima juta pengundi kali pertama di dalam daftar pemilih menjelangnya PRU14, mengadakan kerjasama dengan golongan pemikir dan bertindak menyelesaikan masalah rakyat secara keseluruhan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.