..

..

NASIHAT ZAHID KEPADA MUHYIDDIN JANGAN JADIKAN UMNO BERPECAH

on Tuesday, December 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Perhimpunan yang akan dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasssin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini diharap tidak akan menjadi platform yang boleh memecah-belahkan keharmonian parti.   

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun perhimpunan itu dibenarkan dari aspek perundangan namun dari sudut tata etika parti, ia tidak harus diadakan di luar Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok.

"Saya faham tokoh atau individu berkenaan tidak ada ruang secukupnya untuk melontarkan pandangan sehingga menjadikan perhimpunan itu sebagai alternatif untuk memperjelas, mempertahankan isu-isu yang dirasakan mereka harus dibuat kepada kumpulan atau individu yang bersimpati.

"Namun, pada hemat saya individu dan penganjur tidak berhasrat jadikan Umno berpecah tetapi hanya untuk melontarkan pandangan yang harus didengar oleh kami pimpinan dalam kerajaan serta Umno," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perundangan dan Menteri Penasihat kepada Perdana Menteri Australia bagi Menangani Keganasan, Michael Keenan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan ahli Umno seharusnya menggunakan Perhimpunan Agung Umno iaitu perhimpunan terbesar parti sebagai medan melontarkan pandangan dan bukannya memilih platform lain.

"Jadi, saya fikir eloklah jika dapat kita (ahli Umno) tidak bersama-sama pada perjumpaan itu kerana ia memberikan gambaran seolah-olah ada serpihan yang sedang berlaku dalam parti," katanya.

Ditanya kesan perhimpunan itu kepada Perhimpunan Agung Umno, Ahmad Zahid berkata, Umno sudah berpengalaman berdepan situasi sedemikian seperti ketika era pertembungan Team A dan Team B dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan timbalan perdana menteri. - Bernama




2 Responses

  1. Anonymous says:

    dato zahid...manusia kalau dah merasakan dia punya sokongan luar biasa maka kelakuannya pun luar biasalah....tgklah sapa pulak yang jadi penaja dibelakang....akhirnya dah jadi tak redha lah pulok!!

  2. Anonymous says:

    TPM nasihat TPU. Dah tak jadi TPM tapi masih TPU. TPM nak tunjuk gentle nanti perwakilan thumbs up konon. PAU 2015 bukan bela bangsa, agama dan negara tapi sibuk pertahankan panglima mereka.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.