..

..

NAJIB SEORANG PEMIMPIN TENANG & BERANI HADAPI ISU & CABARAN - @HishamuddinH20

on Friday, December 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Datuk Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin yang amat tenang dan berani dalam menghadapi apa jua isu serta cabaran semasa.
Sehubungan itu, katanya perdana menteri tidak takut dengan sesiapa kerana beliau sangat tenang dalam mengendalikan apa jua keadaan.
"Malah kita lihat pemimpin Syria dan Libya gagal untuk mempertahankan negara mereka, sebaliknya negara kita masih kukuh dan mampu bertahan di bawah kepimpinan perdana menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Petaling Jaya, malam tadi.
Terdahulu, Hishammuddin dalam ucapan perasmian AKHI berkata akademi yang mengambil sempena nama arwah bapanya Tun Hussein Onn itu mampu menjadi institusi yang melahirkan pemimpin Umno pada masa depan.
Beliau percaya akademi itu berupaya menjadi medan terbaik untuk membina ideologi Umno dan memberi pemahaman yang jelas tentang perjuangan sebenar parti tertua negara ini.
"Saya mahu AKHI menjadi institusi yang akan melahirkan kepemimpinan Umno yang mampu mempertahankan wadah perjuangan parti dan negara pada masa depan,” katanya.
Hadir sama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. – Bernama, 4 Disember, 2015.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.