..

..

MUHYIDDIN SUDAH GILA KUASA , BOLEH DIGUGURKAN DARI PARTI - KU NAN

on Tuesday, December 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tanpa henti mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah membayangkan Timbalan Presiden Umno itu 'gila kuasa', demikian menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau dilihat agak keras dalam melontarkan pandangan terhadap kenyataan Muhyiddin baru-baru ini.


"Rahsia parti, kekuatan aprti, tidak boleh cerita ke luar, (hanya) perlu sesama kita. Jika nak kata saya keras, keraslah. Saya sudah katakan semalam, jangan melampaui batas, nak cakap boleh. 

"Kemudian minta Presiden dan PM letak jawatan. Ini gila. Saya tak tahulah apa hasrat mereka, barangkali gila kuasa," katanya kepada media yang ditemui selepas merasmikan Adinda, sebuah sayap Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi. 


Tegas Tengku Adnan lagi, selaku pemimpin nombor dua tertinggi di dalam Umno, Muhyiddin seharusnya 'masak' dengan perlembagaan parti dan sedar akan kesannya jika beliau melampaui batas.
Malah Muhyiddin, sebelum ini juga sudah bersetuju dengan apa yang diputuskan parti menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk berbincang apa sahaja masalah parti secara tertutup.
Muhyiddin, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri ketika berucap di sebuah program semalam mendesak Najib melepaskan jawatannya ekoran kontroversi yang melibatkannya, seperti skandal hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Tengku Adnan, Umno 'kurang senang' dengan intipati ucapan Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di program tersebut yang didakwanya mempunyai banyak kesalahan.
Bagaimanapun beliau berpendapat Muhyiddin seolah-olah sengaja bertindak sedemikian agar digugurkan daripada parti.
"Beliau boleh hilang jawatannya, bergantung apa yang yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin. Mungkin ini yang beliau mahukan, saya pun tak tahulah.
"Kita tubuhkan Jawatankuasa Khas untuk teliti ucapan mereka untuk bawa hal ini ke Lembaga Disiplin untuk tindakan seterusnya," ujarnya lagi. 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Elok lah buang TSMY Dan penyokongnya dari UMNO...biar yg tinggal orang2 dungu Dan mata duitan sahaja yang tinggal..senang nak handle Dan rakyat pun senang nak undi tendang diaorang masa PRU14 nanti..

  2. Anonymous says:

    Good suggestion by Anon 9:02 PM. Jadi, rakyat tak akan berada di dalam keadaan serba salah untuk tolak UMNO.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.