..

..

MUHYIDDIN DAH GILA KUASA NAK JADI PM , HENTAM PRESIDEN ,UMNO, KERAJAAN

on Monday, December 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 18 Comments







Malam ini Muhyiddin a.k.a Midin sudah mengamuk dan seperti orang  hilang pertimbangan yang kita kenal dulu setia kepada parti . 

Melihat live streaming ucapannya tidak ada isi pun sebaliknya hanya recycle sahaja seperti isu 1MDB .


a) menyentuh isu ketidakcekapaan kerajaan skg dlm menguruskan perbelanjaan negara.

b) kos sara hidup meningkat dengan kenaikan barangan termasuk sektor perkhidmatan dan semakin menghimpit kehidupan rakyat

c) SOSMA disalahguna utk menahan individu bukan pengganas

d) isu wang 2.6 billion amat meragukan dan perlu di siasat secara telus tanpa campurtangan pihak tertentu dan diselesaikan segera

e) isu 1MDB telah menjejaskan reputasi PM kerana ramai org pertikai perkara tersebut

f) penjualan aset seperti TRX, EDRA dan yg lain bukan tambah harta negara tapi untuk bayar hutang yg ada dan sewajarnya individu yg bertanggungjawab ini di bawa ke muka pengadilan

g) PM pernah bagi tahu wang tersebut masuk dlm akaun peribadi beliau dan telah di pertikai oleh beliau sendiri


KUALA LUMPUR - Sehari sebelum perhimpunan Umno esok, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat sementara.
Gesaan itu dibuat supaya dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, dapat diselesaikan.
“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai.
“Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian dalam majlis khas bersama orang ramai di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir dalam acara itu.





 Isu keluhan kesusahan rakyat dibawa Muhyiddin  seperti membuat kita tertanya-tanya  lupakah dia seorang  menteri dan TPM selama ini. Dia buat apa semasa berkuasa ?

GPB sebagai ahli UMNO   berpendapat  sebaik sahaja  melangkah keluar dari Kelab Sultan Sulaiman   itu Muhyiddin   bukan lagi Timbalan Presiden UMNO.

Kepada yang datang ceramah ini seolah -olah seperti berada di ceramah Rafizi  Ramli & Anwar Ibrahim  !!

Mesyuarat khas MT UMNO pada 9 Disember  jika tidak dipecat hanyalah atas kebijaksanaan dan ehsan Presiden   dan MKT UMNO.

Pemilihan UMNO 2018 tapi PRU 14 pada 2018 juga . Jika tidak digantung tugas atau dipecat maka Muhyiddin  tidak layak memimpin UMNO selaku panglima perang menghadapi PRU14.

Kita tak mahu Panglima  Perang  yang menghasut jentera perang berpaling tadah daripada mengetuai perang .






18 Responses

  1. Anonymous says:

    Ini ceramah pemimpin UMNO atau pemimin DAP?

  2. Anonymous says:

    SOKONGLAH MUHYIDDIN. HIDUP MUHYIDDIN

  3. Anonymous says:

    makna nye masa dia jadi tpm dia tak buat apa2 lah ye....
    skrg baru nak melalak???
    berani sbb tun m back up?

  4. Anonymous says:

    jgn d lihat pd muhyidin shj...lihat juga kami yg d bwh nie...smakin hr kos sara hdup smakin mngkat..ape yg PM buat?? bg brim tu la yg d ungkit slalu..tp adalah smua rkyt dpt brim???yg tggung kos smua rkyt yg dpt brim hanya sbhgn rkyt..itu pon ntah kn tidak diorg mngundi...fkir kn juga prsepsi org muda...skrg nk dgr diorg laung I luv pm pon pyh...apatah lg nk nyokong krjn...ckup la...yg prlu trun cume PM...hanya seorg shj...yg bkl gnti juga org umno ape yg d takut sgt...jgn la brckp besar...sggup ker gadai maruah bangsa demi nk slamatkn 1 nma??? sdg kami kt bwh dok ssh pyh..kluarge bleh lg smbut besday gah2...

  5. Anonymous says:

    pemimpin sarawak bijak tak terima umno masuk sarawak kalau tak habis.......

  6. Anonymous says:

    sokong presiden kerana itulah aturan kehidupan...mana bolih no 2 membelakang no 1....no 1 belum lagi buka langkah tapi no 2 dah byk kali menghenyak lanyak lumat no 1...semoga no 1 diberi rahmat dan kemenangan berganda atas kesabaran kerana onar no 2.

  7. Anonymous says:

    Justified..
    Ini bukan gila kuasa. Ini ialah kaedah yg perlu diambil utk pastikan Najibul letak jawatan dan tidak lagi meletakkan bumi Tabah Melayu dari dihancurkan Najibul.

  8. AMNK says:

    Sedih lihat begini jadinya UMNO. kerana tun madey laknatullah ini habis jahaham UMNO. Kenapa muhidin ambl jalan sinkat begini? Dia takkan naikjd PM dgn cara kotor begini.

    Apakah salah Najib y disahkan betul2 dlm perundanga?? JIka Najib ada terkhilaf dalam urusan tadbir negara tapi bukan bersifat jenayah kenapa mesti paksa NAjib berehat? Madey pernah buat banyak silap kenapa tak didesak begini?

    Malah kes MEMALI tindakan MAdey menyebabkan kematian nyawa rakyat yang tak berdosa... tapi beliau kekal jd pm sampai pencen!!
    beria2 sgt mhidin mahu jd alat prkakas madey..apakah muhiden tk pikir dia jg akn jd spt pak lah dn najib jka tak patuh telunjuk kaki madeyy.

    ya Allah selamatkanlah UMNO. Kekalkan DS Najib jika dia benar2 tidak bersalah, satukanlah kami umat Islam
    Hukumlah kpd mereka2 yg menjadi batu api dan tukang fitnah dengan seberat2 balasan!
    AMeee!

  9. kluangman says:

    Blog ini kepanasan?

    Semua org dengar ucapan muhyiddin - sederhana...jadi blog ini perlu bijak, tak perlu berlebihan, jangan tunjuk kebodohan diri sendiri...

  10. Anonymous says:

    buat apa sokong pm boneka?

  11. Anonymous says:

    apa dia cakap semua fakta....cubalah beri alasan yg tidak memperbodohkan rakyat..

  12. Anonymous says:

    sokong muhydin bermakna kembali pada zaman pemerintahan mader.

  13. Anonymous says:

    ntah la

  14. Anonymous says:

    yg sebenarnya Tun Madey tu jer...dia ber ia ia nak memerintah balik supaya semua kroni nya dpt merompak balik duit rakyat....sekarang semua kroni nya dah separuh nyawa tak dapat buat easy money di bawah Najib..muhyidin tu sekadar alat jer...kalau muhyidin naik jadi PM, jgn ingat dia selamat kalau x ikut cakap Tun Madey kutty..

  15. Anonymous says:

    Sokong Muhyuddin...

    mana ucapan dia yg kata dia gila kuasa.. suruh PM rehat dan tak campurtangan siasatan terhadap dia... itu bukan gila kuasa, itu yg patut PM buat sbb selama ni dia yg menganggu siasatan 1MDB. Bukan saja tradisi diseluruh dunia, bahkan tu yg wajib dilakukan. Siapa yg pecat peguam negara? Orak arik ahli PAC... pengerusinya pon.

    Tindakan Najib yg gagal "berehat", seolah olah dia bersalah... berani kerana benar dan takut kerana salah. Kumpylan siasatan 1MDB dan 2.6B hanya sebagai sarkas... rakyat keseluruhan tak percaya siasatan dijalan secara telus. Bangkai gajah nak ditutup dengan daun pisang... mana cukup.


    NAJIB YANG SEBENARNYA GILA KUASA

  16. Anonymous says:

    pelik juga..sebut pasal 2.6 billion.sepatutnya dia sokong Najib..mengapa ikut telunjuk pihak pembangkang suruh Najib iystiharkan siapa pemberi dana politik...sepatutnya dia desak pihak penbangkang iystihar juga siapa pemberi dana kepada mereka.dia ini hanya berani bersuara kerana tun mahathir ada bersama...tun itu ada udang disebalik mi maggie..ber iya2 sangat nak tumbangkan najib...tun mahathir lah seorang Melayu yang mudah lupa...dia tahu rakyat masih sayangkan dia tapi kita sebagai rakyat jgn lekas terpedaya dengan mainan politik tun mahathir.ada sesuatu tujuan yang rakyat sendiri tidak tahu.mari kita berfikiran waras.kini kita rakyat bangsa Melayu seronok berbalah tapi bangsa lain senyum simpul melihat gelagat kita.kita biarkan najia dengan tugasannya mentadbir negara.sehingga kini belum lagi kita dengar negara kita bankrap tetapi orang Melayu sendiri yang memusnahkan negara bukannya najib

  17. Mak Bedah says:

    JANGAN DOKONG MUHYIDDIN. Parah Negara dibuatnya.

  18. Sudah sampai masanya orang Melayu mempelajari dari keadaan UMNO sekarang! Jangan jadikan mana pemimpin Melayu jadi PM hanya kerana pemimpin itu popular! atau kerana ada KUASA luar! Pilih pemimpin mengikut saranan Nabi Muhammad (SAW)

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.