..

..

JAWAPAN MENGAPA PM TIDAK HADIR PARLIMEN JELASKAN ISU DANA RM2.6B

on Thursday, December 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seperti biasa bila isu dana politik RM2.6  dibahaskan di Parlimen , pembangkang dan macai2 nya   mempersoalkan di mana PM kerana tidak hadir dan mewakilkan TPM menjawab isu ini .

Bodoh ke ape puak-puak ini ..kalau siasatan tengah dijalankan ia tak boleh dibincangkan ,sama juga kes jika masih dibicarakan di mahkamah.

Hanya  TPM yang  perjelaskan isu ini dan  merupakan tindakan yang betul  agar  tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan .




 Ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat bagi  menjelaskan sumbangan dana RM2.6 bilion hari ini adalah kerana beliau telah dinasihatkan tidak berbuat demikian oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said‎ berkata, isu RM2.6 bilion berkaitan dengan siasatan dan tidak boleh dibincangkan.
"Kerajaan dinasihatkan oleh peguam negara bahawa perkara yang berkaitan dengan siasatan tidak boleh dibincangkan. Ini akan menjadi subjudis.
"Oleh itu, kerajaan membuat keputusan untuk menjawabnya dalam satu kenyataan kementerian, untuk memaklumkan kepada Dewan Rakyat berhubung status terkini," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, isu ini dijawab oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Najib.
Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menuding jari dalam isu itu kerana tiada peruntukan khas yang menyentuh perkara itu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.