..

..

Isu 1MDB: Pembangkang tak beri fakta, tapi auta – Najib

on Tuesday, December 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar pembangkang untuk mengemukakan sebarang bukti dan fakta mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak pernah habis dipertikaian pembangkang sejak hampir enam bulan yang lalu.

Najib juga tidak gentar sekiranya dicabar oleh pembangkang kerana beliau tersangat yakin dengan kebenaran yang dimilikinya. Pembangkang juga pastinya akan kalah sekiranya mereka dicabar ntuk mengemukakan bukti mengenai dakwaan tak sudah tersebut.

Selama hampir setengah tahun ini, pembangkai hanya tahu untuk mempertikaikan mengenai tuduhan auta, borak kosong pasal isu 1MDB dan hanya tin-tin kosong yang sering kedengaran di belakang.

Tidak ada satu pun kebenaran yang berjaya dicungkil pembangkang sejak mereka membuat pertuduhan syarikat pelaburan kerajaan itu telah mencipta hutang setinggi gunung yang kononnya sangat membebankan negara. Namun begitu tuduhan kotor tersebut tidak pernah dibuktikan.

“Ada syarikat negara dari China, beli dengan nilai keseluruhan 17 bilion (1MDB)…nampak boleh selesai.

“Mereka nak serang kita melalui peperangan persepsi.

“Kalau bentang fakta dia kalah…kalau bentang logik dia kalah…kalau lawan rasional dia kalah.. dia lawan apa, dia lawan bukan fakta tetapi auta,” kata Najib.

Menurut Menteri Kewangan itu lagi, pendedahan mengenai isu 1Mdb yang turut mengaitkan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, sekali gus telah menjadikan individu tersebut lebih popular, malah populariti yang dimiliki Arul Kanda sekarang ini rasanya telah melebihi populariti si pengkritiknya.

“Apabila muncul isu 1MDB, bila Arul Kanda beri penerangan, saya anggap dia adalah popular di Malaysia.

“1MDB ditimbulkan melalui persepsi, tetapi realitinya kita dah tegok pencerahan isu itu semakin jelas bahawa penyelesaian itu ada, belum rugi lagi,” katanya lagi.

Penjelasan yang dibuat Arul Kanda tempoh hari sekali gus menutup mulut-mulut longkang yang hanya tahu mengkritik di belakang tanpa sebarang bukti. Hal ini memjadikan pentadbiran kerajaan menjadi semakin teguh berbanding sebelumnya. 

Dan Najib sangat yakin, dengan penjelasan itu, rakyat akan terus menyokong kerajaan.- 


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Siapa auta auta siapa? Dengan punching bag tunjuk hebat tapi tak berani masuk gelanggang. Beri alasan subjudices konon.

  2. Haha....tergelak aku....pelakon komedi mengalahkan jozan...kalau yakin sangat ko jgn lari arr dari kewajipan menjawab dan terangkan dgn yakin dlm dewan rakyat....sedia berdialog bersemuka dgn ts muhyiddin live telecast pun cukup arrr...kalau x larat nak dgn tdm....ader brani....?

  3. Anonymous says:

    Yang autanya Najib. Sikit-sikit lari takut nak beri jawapan kepada rakyat/wartawan.Lepas tu salahguna kuasa untuk coverup penyelewengannya. Rakyat pro-UMNO semakin hari semakin ramai dah tak sokong UMNO lagi selagi Najib masih dikekalkan sebagai PM. Malangnya Malaysia dapat PM paling pengecut di dunia.

  4. Anonymous says:

    Salam Bro,kalau Najib di pihak yang benar ,jawablah semua tuduhan tu.Jangan suruh orang lain menjawab untuknya !

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.