..

..

GUAN ENG DIBIDAS HENTI BOHONG RAKYAT ISU PERUNTUKKAN KE P.PINANG @dzainalabidin

on Friday, December 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan Media Datuk Seri Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
Khamis, 3 Disember 2015
Kerajaan Persekutuan peruntukkan RM768 juta dalam Rolling Plan 2016 (RP1 2016) bagi Negeri Pulau Pinang. Peruntukan keseluruhan RMK11 bagi Negeri Pulau Pinang berjumlah RM5.7 billion.
———————————————-
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seharusnya berhenti dari membuat dakwaan yang tidak berasas kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memperuntukkan sebarang peruntukan untuk negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2016. Berkemungkinan besar YAB Lim Guan Eng tidak meneliti dokumen Bajet 2016 yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan kepada semua ahli Parlimen.

Semasa ucapan pembentangan Bajet 2016 oleh YAB Perdana Menteri, sebagaimana pembentangan bajet oleh Lim Guan Eng sendiri, YAB Perdana Menteri tidak menyentuh atau menyebut secara terperinci setiap butiran agihan peruntukan yang terkandung dalam Bajet yang dibentangkan; hanya perkara-perkara yang menjadi ‘touch points’ disebut dalam ucapan pembentangan bajet.

Dalam RMK11, untuk Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM 5.7 billion bagi melaksanakan 144 projek melibatkan 81 projek baru dan 63 projek sambungan meliputi kemudahan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, peluang pelaburan, peningkatan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Untuk tempoh RP1 2016 sebanyak RM768 juta telah diperuntukkan. 

Bagi membangunkan kemudahan logistik, RM242.50 juta diperuntukkan untuk pembinaan projek jalan baru dan sambungan yang melibatkan Jalan Persekutuan dan Negeri. 

Sebanyak RM125.68 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pembinaan sekolah baru dan bangunan tambahan, termasuk projek sambungan sekolah. 
Kerajaan Persekutuan meneruskan pembiayaan pada 2016 untuk sektor kesihatan, antaranya Pembinaan kuarters baru di Hospital Pulau Pinang, Pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya, Blok Wanita & Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang dan Klinik kesihatan di Bandar Perda.

Peruntukan RM50.3 juta disediakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana rendah antaranya: Pangsapuri Kos Sederhana Rendah di Butterworth; Pangsapuri Kos Sederhana Sg. Nibong; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg. Tok Suboh, Bukit Minyak; dan PPR Mak Mandin, Butterworth. 33,943 unit rumah kos rendah, sederhana dan mampu milik akan dibina oleh Jabatan/Agensi Persekutuan di Pulau Pinang seperti PPA1M. Perbadanan PRIMA, PERDA, JKP SDN BHD, UDA Holdings dan SPNB. 9,444 unit darinya telah di kemukakan permohonan Pelan Kebenaran Merancang tapi masih belum diberikan kelulusan oleh Kerajaan Negeri sejak 2012.

Bagi meningkatkan aktiviti pertanian terutamanya tanaman padi, sejumlah RM18.5 juta diperuntukkan untuk Pembangunan Punca Air di Skim Pengairan Sungai Acheh.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM182 juta bagi meneruskan pembiayaan projek Pembesaran Empangan Mengkuang; Loji Rawatan Kumbahan Serantau & Rangkaian Paip Pembentungan di Bayan Lepas; dan Rancangan Tebatan Banjir Tasek Gelugor.

Janji-janji Pilihanraya 
———————————–
Semasa kempen PRU ke-13 lalu, Barisan Nasional menawarkan banyak perkara jika diberi kepercayaan untuk kembali mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang. Antaranya, 9,999 unit rumah mampu milik, taraf pelabuhan bebas dan LRT/Monorail. Malangnya majoriti pemilih Pulau Pinang telah memilih DAP sebagai kerajaan. 

Oleh kerana itu adalah pilihan majoriti pemilih Pulau Pinang, maka Lim Guan Eng tidak boleh mengungkit-ungkit kononnya BN atau Perdana Menteri tidak menunaikan janji-janji yang dibuat untuk Pulau Pinang. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang 
———————————————
Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM250 juta bagi menaiktaraf LTAPP yang siap dilaksanakan pada Jun 2012. Kapasiti LTAPP kini telah meningkat untuk menampung pertambahan penumpang sehingga tahun 2020. 
Masalah Banjir 
————————
Sepanjang RMK8, RMK9 dan RMk10 Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM 2.1 billion bagi melaksanakan projek saliran dan pengairan di PulauPinang. Ini termasuk peruntukan RM 170 juta bagi RTB Bandar Pulau Pinang dan rawatan air Sungai Pinang.

Penaiktarafan sistem perparitan seharusnya selari dengan pertumbuhan projek-projek perumahan supaya sistem perparitan sedia ada dapat menampung peningkatan air limpahan dan air hujan. Kerajaan negeri mengutip sumbangan perparitan daripada pemaju-pemaju perumahan bagi setiap projek baru yang diluluskan. Kenapa wang ini tidak digunakan untuk menyediakan sistem perparitan yang seiring dengan pembangunan yang berlaku?

Alasan yang diberikan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Negeri tidak cukup kewangan untuk menyediakan sistem perparitan yang baik tidak masuk akal. 
Kerajaan negeri sering mewar-warkan mereka meningkatkan simpanan tunai negeri setiap tahun dan mencapai surplus untuk 7 tahun berturut-turut. 
Kerajaan Negeri turut menjana pendapatan berbillion-billion ringgit melalui penjualan tanah milik kerajaan negeri. Kenapa tidak diperuntukkan sebahagian pendapatan dari penjualan tanah negeri untuk kerja-kerja mitigasi banjir?


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.