..

..

FITNAH TUN MAHATHIR PENYEBAB SAYA SWING SOKONG PM @NajibRazak - SYED ROSLI

on Sunday, December 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



KUALA LUMPUR: Gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan persepsi serta fitnah terhadap Perdana Menteri membuatkan bekas ketua Penerangan Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berubah hati dan kembali kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Rosli yang kini merupakan penolong setiausaha Pemuda bahagian sama memberitahu, penjelasan pelbagai isu kebelakangan ini menjadikannya sedar terlalu banyak perkara tidak betul dilemparkan kepada Najib selama ini.

"Saya bertukar sokongan kerana dapati gerakan Dr Mahathir menyebar persepsi dan fitnah. Banyak penjelasan yang diterima termasuk 1MDB dan derma RM2.6 bilion sebenarnya memang masuk akal dan rasional.
"Sebagai contoh, kalau buat perbandingan, RM2.6 bilion digunakan untuk 222 Parlimen yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN).
"Jadi apabila dibahagikan satu Parlimen akan dibahagikan lebih kurang RM11.7 juta. Ia masuk akal, Najib tidak akan menggunakan duit kerajaan untuk pergerakan pilihanraya. Najib juga tidak akan menggunakan duit tokoh korporat yang pasti mahu balasan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Syed Rosli merupakan salah seorang ahli UMNO yang lantang mengkritik kepimpinan Najib.

Syed Rosli juga pernah menimbulkan provokasi selepas proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan UMNO 2013 selain mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk bersumpah laknat tidak akan melakukan rasuah.

Dalam pada itu tegasnya, kepimpinan Najib juga tidak pernah melahirkan individu yang menonjol dengan kekayaan seperti pada zaman Dr Mahathir.

"Apa yang Najib buktikan adalah peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor awam dari 1.2 juta pada 2009 kepada 1.6 juta sekarang.
"Najib buat semuanya untuk rakyat dan isu penggantian perdana menteri seperti yang didesak Dr Mahathir tidak akan berakhir juga. Kalau najib berhenti, siapa pula hendak gantikannya?
"Banyak yang dikatakan Dr Mahathir akhir-akhir ini tidak betul, ia termasuk duit yang diberikan kepada ketua bahagian yang tidak mempunyai jawatan di dalam Kabinet," ujarnya.
Syed Rosli di laman Facebooknya hari ini menaikkan status syukur kehadrat Illahi kerana antara menjadi antara individu yang Allah telah bukakan pintu hati untuk kembali kejalan yang benar.

"Malahan jiwa saya lebih tenang dibandingkan sebelum ini kerana saya telah mempercayai fitnah terhadap PM. Saya berasa amat insaf dan menyesal terhadap kenyataan saya yang mahukan PM Najib berundur setahun yang lalu.
"Dari semasa ke semasa saya ditunjukkan bukti bahawasanya PM telah di fitnah selama ini.Allah sayangkan saya dan telah sedarkan saya.Syukur Alhamdulilah.
"Akhir sekali saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT melindungi YAB PM dan keluarga dari serangan fitnah oleh mereka yang berniat jahat terhadap PM dan negara," katanya semasa dipetik


14 Responses

  1. Anonymous says:

    Bak kata Datuk Seri Rafidah,'Tak tahu samada menangis, atau nak ketawa?' Tapi brother ni betul-betuk kelakor.

  2. Anonymous says:

    alamdulillah syukur. di harap tak lama lagi Din turtle akan terjumpa jalan puang. adakalanya kesian nengok Din turtle ni Dari jauh.... gerambtu ada TAPI simpati memenuhi darinya. Din turtle.. carilah rezeki TAPI bukan lah dgn kedai fitnah

  3. Anonymous says:

    Ada yg dapat 1juta...ada 50k...

    Awak?

  4. Anonymous says:

    Alhamdulillah baru sedar. Kita dah lama sedar.

  5. Anonymous says:

    Alhamdulillah baru sedar. Kita dah lama sedar.

  6. Anonymous says:

    Bodohnya orang UMNO.

  7. Anonymous says:

    KAKAHKAHKAH................yeler tue.
    Berapa banyak dah masuk akaun to make the SWING.....hehehe

  8. Anonymous says:

    Kalau gunakan sampaikan RM 11.7 juta untuk kempen pilihanraya, itu dah salah dari segi peraturan SPR, itu pun boleh sokong lagi ke? Sebab isu inilah, keputusan PRU 13 boleh dibatalkan dan silap haribulan, kemenangan semua kerusi parlimen dan DUN oleh Barisan Nasional dibatalkan dan diberikan kepada pembangkang hingga pembangkang boleh menguasai keseluruhan kerusi DUN dan parlimen dan menjadi kerajaan di Malaysia pula.

    Harapnya Syed Rosli gunakan otak untuk berfikir, bukannya merapu tak tentu hala.

  9. Anonymous says:

    Hahaha...

    Dapatlah ko bahagian RM2.6Billion.

    Ahli Politik senang dijual beli!!

  10. Anonymous says:

    Syed Rosli senang diJual Beli!!

  11. Anonymous says:

    Ini adalah satu dlm seribu nak dihebahkan..tapi ada ribuan yg menolak PM tak nak heboh ke...

  12. Anonymous says:

    nampaknya bertali arus keyboard warrior Jibby serang Mahathir..Proton, ETL, kroni-kroni dll..yg jelas populariti Jibby makin merudum. Mahathir has nothing to loose...

  13. Anonymous says:

    SYED ROSLI aku nak tanya sikit.. Berapa dan apa hauan yg kau dpt dgn membuat kenyataan ini? Biasa la dlm UMNO klau pandai swing utk bodek PM@Penyamun mesti dpt sesuatu. Aku pun nak ikut jejak kau klau masyuk lumayan.

  14. Anonymous says:

    Dh termakan dedak kot...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.