..

..

BN P.PINANG DEDAHKAN GUAN ENG LULUSKAN PROJEK TAMBAK LAUT HANYA 3 BULAN ?

on Sunday, December 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments










Projek tambakan laut seluas 25 ekar di Bayan Bay diluluskan oleh kerajaan negeri yang diterajui DAP pada 29 Ogos 2013, dan ia baru diumumkan di Sidang DUN pada 6 Nov 2015.
Di bawah adalah petikan kenyataan Ketua Menteri dalam ucapan bajetnya di Sidang DUN yang baru lepas bulan lalu:
“tanah tebus guna baru adalah di Bayan Bay.

 Tebusguna tanah Bayan Bay oleh Tetuan Ideal Gim Ventures Sdn. Bhd. dengan keluasan 24.79 ekar akan digunakan untuk pembinaan 2,100 unit perumahan seluas 11.79 ekar, 11 ekar sebagai rizab Kerajaan dan 2 ekar lagi untuk kegunaan infrastruktur”

Kita tertanya-tanya mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP merahsiakannya daripada orang ramai, sedangkan projek ini telah diluluskan 2 tahun dan 11 bulan yang lalu.
Projek tambakan laut ini diluluskan tanpa melalui proses tender terbuka.

Bukankah sejak tahun 2008, kerajaan negeri diketuai DAP senantiasa berbangga dengan mengatakan mereka mengadakan proses tender terbuka bagi setiap satu projek?

Dengan jelasnya ia hanya satu janji jangka pendek, kerajaan Pulau Pinang tidak akan mengotaka janjinya buat selama-lamanya!

Ia juga jelas menunjukkan kerajaan negeri telah membelakangkan prinsip cekap, amanah dan telus (CAT) mereka. CAT sekarang boleh diumum sudah mati!

Pada 29 Ogos 2013 kerajaan Negeri hanya meluluskan kepada Ideal Gim Venture Sdn Bhd untuk menambak laut seluas 13 ekar sahaja.

Pada 5 Julai 2013 Ideal Gim Venture SB memohon tambahan keluasan 0.99 ekar untuk ditebus guna, dan ia diluluskan pada 18 Julai 2014, iaitu 2 bulan sebelum PRU 13.

Jawatankuasa Perancangan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri hanya menggunakan masa 3 bulan bagi meluluskan kebenaran merancang bagi projek ini. Ia merupakan kelulusan yang cukup pantas!

Kami tertanya-tanya mengapa hanya syarikat ini satu-satunya yang menikmati hak keistimewaan ini?
Kami tidak berani membuat kesimpulan bahawa ini adalah kronisme!
Ini adalah satu skandal!

Teng Chang Yeow
 -Pengerusi Barisan National Pulau Pinang, 
19 Dec. 2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.