..

..

ZAHID DEDAHKAN PEMBOHONGAN KELUARGA ANWAR TUDUH TAK DIBERIKAN RAWATAN DOKTOR PAKAR @Zahid_Hamidi

on Thursday, November 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Akhirnya penipuan Wan Azizah dan Nurul Izzah kepada seluruh dunia  bahawa Anwar Ibrahim tidak langsung diberikan rawatan oleh doktor-doktor pakar mengenai kesihatannya terbongkar. 
Ia berikutan pendedahan TPM  kepada pemimpin UK bahawa Anwar juga turut diberi rawatan pakar luar dari Universiti Georgetown  selain tempatan .  Jadi , selama ini masyarakat dunia telah tertipu dengan keluarga ini yang jelas mahu memburukakn kerajaan telah zalim terhadap Anwar. 


Jabatan Penjara membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan juga boleh membenarkan United Kingdom (UK) membawa kumpulan doktor pakar termasuk pembantu perubatan yang diperlukan sesuai rawatan ke atas bekas Ketua Pembangkang itu.
Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu kepada dua pemimpin kerajaan UK bahawa Anwar telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia.
Penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas ketua pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di sini pada Selasa dan Rabu.
Ahmad Zahid yang menamatkan lawatan empat hari ke UK pada Rabu berkata kedua-dua pemimpin itu bertanyakan soalan itu dengan mengaitkannya kepada sepucuk surat yang dihantar oleh Perdana Menteri UK David Cameron kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanyakan mengenai rawatan yang diberikan kepada Anwar, yang kini sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh.
Pada pertemuan itu, beliau juga telah menjelaskan kepada mereka bahawa Najib turut menerima surat daripada presiden Georgetown University yang melampirkan dua pucuk surat iaitu daripada Setiausaha Negara Amerika John Kerry dan penasihat keselamatan Amerika Susan Rice bertanyakan persoalan yang sama.
“Tentunya pertanyaan ini ada kaitan dengan gambaran solah-olahnya Anwar tidak langsung diberikan sebarang layanan yang sepatutnya, terutama dari segi pemberian rawatan dan perubatan yang sepatutnya diberikan.
“Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya.
“Ini termasuklah keputusan oleh Jabatan Penjara untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar,” katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di London.
Ahmad Zahid juga menjelaskan kepada kedua-dua pemimpin UK itu bahawa pakar-pakar perubatan dari luar negara itu dibenarkan dibawa dan melakukan rawatan ke atas Anwar di mana-mana hospital kerajaan.
Beliau berkata mereka juga boleh membawa kumpulan doktor pakar termasuk pembantu perubatan yang diperlukan sesuai dengan masalah kesihatan yang dialami Anwar.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa Anwar mengalami kecederaan bahu kronik.
Anwar, kata Ahmad Zahid kini ditempatkan di wad dalam Penjara Sungai Buloh dan telah diberikan rawatan perubatan di dalam penjara serta rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Penjelasan yang diberikan beliau itu, katanya telah mengejutkan kedua-dua pemimpin dari UK itu, barangkali kerana gambaran yang diberikan kepada mereka sebelum ini ialah Anwar seolah-olah langsung tidak diberikan sebarang rawatan oleh doktor pakar atau doktor-doktor di Malaysia.
Ahmad Zahid meminta semua pihak tidak menyalah tafsir penjelasan itu sebagai menggambarkan bahawa Anwar diberikan layanan istimewa oleh pihak Jabatan Penjara tetapi ia hanya disebabkan keperluan terhadap rawatan oleh doktor pakar.
Beliau berkata khidmat doktor pakar dari luar negara yang memberikan rawatan kepada Anwar sebenarnya tidak perlu kerana hakikatnya ada doktor-doktor pakar dalam bidang yang sama di negara ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.