..

..

USUL UNDI TAMBAK LAUT SERLAHKAN KERAJAAN DAP KINI SEMAKIN GOYAH - MP PAS

on Sunday, November 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




SANGAT menarik untuk diperhatikan apabila 5 Adun PKR mengambil sikap berkecuali ketika Adun Umno Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mengemukakan usul bahawa semua projek penambakkan tanah di Pulau Pinang perlulah melalui proses bantahan awam sebelum kelulusan diberikan.

Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap mereka yang berkecuali ini sebagai "bersama Umno", lalu mendesak Presiden PKR "menilai dengan teliti" keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali.
Sebelum ini Lim Guan Eng sangat lantang mengkritik Pas yang mengambil sikap berkecuali dalam undian kelulusan Bajet 2016 di Parlimen.

Adun Penanti daripada PKR pula dalam tangisan meluahkan rasa terkilan dan kekecewaannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam sidang Dun kerana tidak menjawab banyak persoalan yang beliau bangkitkan berkaitan pembangunan di Dun Penanti yang berada dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presiden PKR.

Usahlah disangka cerah hingga ke petang. Ingatlah juga kebarangkalian hujan di tengahari. Usahlah sombong dan angkuh apabila berkuasa sedang kuasa itu diperolehi bukan hanya dengan dokongan bersendiri.
Adakah ini tanda-tanda awal Pulau Pinang semakin goyah dan bakal terlepas daripada tangan DAP pada PRU14 di saat undi ahli-ahli Pas sudah pasti tidak akan dinikmati oleh DAP lagi?


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus


One Response

  1. Anonymous says:

    Lim Guan Eng perlu UNDUR demi kesejahteraan Pulau Pinang dan alam sekeliling.
    Sokong ADUN DAP lain yang mementingkan kebajikan SEMUA rakyat dan alam sekitar sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.