..

..

UMNO TAK TERGUGAT 34 KETUA CAWANGAN UPAHAN DALANG NAK JATUHKAN PRESIDEN

on Tuesday, November 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




KUALA LUMPUR 23 Nov. - Tindakan 34 ketua cawa­ngan UMNO dari lima negeri yang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden UMNO langsung tidak menggugat kedudukan parti itu.

 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana mereka hanya mewakili sebilangan kecil daripada lebih 21,000 jumlah cawa­ngan parti berkenaan di seluruh negara.

“Bukan kita mahu memperkecilkan tindakan yang dilakukan mereka, tetapi pada hemat saya, UMNO mempunyai sistem, peraturan, tatacara dan juga perlembagaan yang telah menentukan bagaimana pemilihan dilakukan untuk menentukan kepimpinan daripada peringkat cawangan, bahagian dan nasional,” katanya ketika ditemui pembe­rita selepas hadir ke Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di sini hari ini.

 Beliau mengulas laporan sebuah portal berita tentang 34 ketua cawangan UMNO dari lima negeri yang membuat desakan secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presi­den UMNO.

 Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin ada dalang yang telah mempergunakan ketua-ketua cawangan berkenaan untuk me­lakukan desakan terhadap Najib.

“Sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO, saya dapat ‘mencium bau’ dalang-dalang yang mencampuri soal ini dan menggunakan ketua-ketua cawangan ini untuk melakukan desakan.

 “Saya fikir eloklah dalang berkenaan mengikuti peraturan dan perundangan sedia ada. Saya tidak berhasrat menghentak hati mana-mana pihak tetapi UMNO hidup dan terus relevan dengan mengikuti tatacara dan peraturan sedia ada, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.