..

..

UMNO MAMPU HADAPI KRISIS DENGAN SEMANGAT BERSATU PADU AHLI PARTI - @HishamuddinH20

on Thursday, November 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu mengharungi krisis yang dihadapi ketika ini melalui cara penyelesaian terbaik bagi membawa kelangsungan parti itu.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata sejarah membuktikan parti itu diuji pelbagai kemelut, namun berjaya menghadapinya dengan semangat bersatu-padu dalam kalangan anggotanya.
“Krisis adalah proses yang mendewasakan kerana ia mengajar di sebalik pengalaman dan segala kekuatan, kita pasti jauh daripada kesempurnaan dan kita juga punya kelemahan terutama dalam usia kita semakin menua, kesilapan tidak boleh dielakkan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Beliau berkata banyak perkara perlu diteliti bagi mengekalkan kedudukan parti itu termasuk usaha mengembalikan keyakinan rakyat terutama generasi muda yang kini tidak memahami sentimen kewujudan UMNO.
“Sejujurnya saya tidak ada sifir untuk masalah ini, kita yang perlu cipta rumusan, kitalah penyelesaian semua ini, maju untuk semua pihak mencari jalan penyelesaian, lupakan sebentar perbezaan, rumuskan agenda UMNO yang baharu,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul Majlis Kerja Tertinggi UMNO memberi jaminan bahawa usul-usul yang penting akan diangkat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada bulan depan.
“Saya juga memberi jaminan bahawa setiap intipati perbahasan usul itu akan mendapat perhatian di peringkat tertinggi parti,” katanya.
Pada sidang media kemudiannya, beliau berkata pihaknya menerima sebanyak 768 usul daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara, dan antara usul yang dijangka mendominasi perbahasan ialah kos sara hidup, perumahan, pendidikan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta kesucian agama Islam.
Mengenai konvensyen itu, kata beliau penganjurannya amat bertepatan kerana ia membolehkan pelbagai pihak termasuk ahli akademik, badan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, agama, perniagaan dan belia berkongsi idea.
“Konvenyen itu merupakan suatu gerakan yang boleh menginsafkan dan menyedarkan bukan sahaja ahli parti tetapi pemimpin parti dan setiap lapisan masyarakat di luar betapa pentingnya kita mengembleng untuk melihat masa depan umat Melayu khususnya,” katanya.
Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan bermula dari 8 hingga 13 Dis ini.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Suka lu nak cakap apa...selagi lu kata najib betul selagi tu rakyat tak caya...Jgn kata lu tak ada sifir...lu balik kluang 1 bulan ...jemaah kat masjid,duduk kedai kopi,buang topi lu dan campur masyarakat...lu akan jumpa sifir.

  2. Anonymous says:

    Cakap dari sudut prinsip, konsep umum yang terlalu diulang hanya menampakkan kebuntuan berfikir. Sepatutnya bergerak melangkah ke hadapan dengan pandangan yang lebih baru, lebih hampir kepada masalah. Perlu ulas bagaimana kaedah mengekalkan perpaduan tapi pada masa sama mahu melindungi parti tidak dikutuk orang ramai. Bagaimana elak nada bertentangan dengan parti pada masa sama mahu parti bersih dan ternampak bersih ? Bagaimana mententeramkan ramai ahli yang dalam dilema antara menjaga parti dengan memenuhi tuntutan nilai-nilai dalam diri seperti amanah,telus? Mengapa tak ada yang mengulur buah fikiran yg lengkap selain menyentuh konsep umum? Berganjakkah UMNO dan orang Melayu dengan keupayaan seperti ini ? Nampaknya meremajakan umno itu hanya retorik. Semua yang usang masih disayangi.

  3. Anonymous says:

    Hishamudin haruslah tentukan di pihak mana anda berdiri, kerana dalam PAU Umno ini, ahli2 akan bangun untuk menentang kebatilan dan menegakkan yang hak. JIka silap langkah si Hishamudin ini sendiri bolehlah undur diri daripada menjadi pemimpin kerana anda kelihatan lemah dan tidak punya jati diri Melayu Islam yang tulus ikhlas.

  4. Anonymous says:

    syok sendiri

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.