..

..

TUDUHAN CHARLES MORAIS KAITKAN DENGAN PM WAYANG MENJELANG #PAU2015

on Friday, November 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan dakwaan adik lelaki mendiang Kevin Morais yang mengaitkan penglibatan individu berpengaruh dalam kematian Timbalan Pendakwa Raya itu sebagai 'wayang' menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

"Satu lagi wayang dengan skrip teruk dan pelakon yang juga sama buruk," tulisnya dalam sosial Twitter.

Ahli Parlimen Kota Belud itu juga sempat 'menyindir' dengan mengatakan dakwaan itu 'tepat pada masanya', merujuk kepada isu yang seolah-olah sengaja ditimbulkan yang mengaitkan perdana menteri sebelum perhimpunan agung parti, Disember ini.

"Dakwaan menakjubkan oleh Charles Morais selepas lama kejadian (pembunuhan) itu berlaku, tetapi sebelum AGM Umno. Masa yang tepat," tulisnya lagi.

Semalam, adik mendiang Kevin, Charles Suresh Morais mendakwa kematian abangnya mempunyai kaitan dengan satu kes yang dikendalikannya membabitkan individu berpengaruh.

Charles juga mendakwa beliau kini memiliki pemacu pena (pen drive) yang mengandungi maklumat terkini berhubung satu kes yang sebelum ini dikendalikan mendiang dan boleh disabitkan dengan kematiannya.

"Kandungan 'pen drive' ini jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan siasatan yang mengaitkan personaliti tertentu," katanya dalam satu sidang media semalam.

Charles bagaimanapun enggan mendedahkan nama pihak yang disyaki itu.

Charles yang menandatangani akuan sumpah berkanun berhubung dakwaannya berkata, beliau tidak yakin bahawa kematian mendiang abangnya itu ada kaitan dengan kes rasuah pakar patologi Angkatan Tentera Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh mendiang.

Sebaliknya beliau percaya bahawa Kevin, seorang Timbalan Pendakwa Raya yang dipinjamkan oleh Jabatan Peguam Negara kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibunuh kerana kes yang sedang dijalankan itu.

"Saya memiliki pen drive Kevin yang dihantar kepada saya melalui pos sebelum dia meninggal dunia," kata Charles.

Charles berkata 'pen drive' itu kini selamat di Amerika Syarikat, dan telah mengarahkan supaya kandungannya didedahkan kepada umum jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada beliau selepas pendedahan ini dibuat.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.