..

..

TUDIA ! AZMIN ALI JAMIN KENAIKAN TARIF AIR TIDAK BEBANKAN PUN RAKYAT SELANGOR !

on Wednesday, November 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Mana macai-macai pembangkang  yang selalu maki kerajaan tentang kenaikan -kenaikan ini semua ?

Kalau BN menaikkan Azmin tuduh  membebankan rakyat tapi kalau Pakatan menaikkan pulak tidak pulak membebankan rakyat Selangor  .haha..

Mungkin selepas ini dengan kenaikan tarif boleh bagi bonus 2 bulan pulak kepada kakitangan kerajaan Selangor ..haha




Kerajaan Selangor tetap akan menaikkan tarif air selepas proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. 

Beliau berkata, sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

 "Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif. 

"Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat negeri Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berkaitan kenaikan tarif air di Selangor. Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan. "Tempoh rundingan untuk pengambilalihan SPLASH akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan proses tersebut selesai dalam tempoh itu. 

"Berhubung perkara itu, kerajaan negeri telah melantik penilai bebas untuk melihat apa nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air berkenaan," katanya. Mohamed Azmin berkata, kos pengambilalihan tiga syarikat konsesi lain adalah berjumlah RM1.68 bilion yang mana Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebanyak RM1.07 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) (RM0.52 bilion) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) (RM0.09 bilion).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/96168


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.