..

..

TPM BERI AMARAN MP BN JANGAN TIKAM BELAKANG UNDI TOLAK #BAJET2016 @Zahid_Hamidi @NajibRazak

on Saturday, November 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Desas desus tentang gerakan Pakatan pembangkang yang sedang negotiate dengan beberapa MP BN untuk undi tolak Bajet 2016 & menjatuhkan kerajaan   sebenarnya lama  telah dihidu oleh TPM DS Dr Ahmad Zahid Hamidi .

Kenyataan beliau di Terengganu semalam  merupakan LAST WARNING kepada MP BN agar tidak  ada mana-mana yang sanggup menjadi Si Kitol dan  tikam belakang ketika undian Bajet 2016 ini nanti .

" Saya akan perhatikan mereka "  

Beliau sebenarnya sudah  tahu MP BN   yang  terlibat sedang dipujuk pembangkang   tetapi  mungkin masih lagi mahu mereka itu  berfikir semula akan tindakan itu . 

Kita tunggu dah lihat undian itu nanti samada mereka ini  mahu menjadi petualang atau bersama kerajaan dipilih rakyat .



KUALA TERENGGANGU -   Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diberi amaran supaya tidak bertindak tikam belakang terhadap kerajaan dengan bekerjasama dengan pembangkang untuk undi tolak Bajet 2016 di Parlimen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bukan mahu mengugut tetapi pihaknya tahu tindakan terbaik yang akan dilakukan terhadap mereka itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya terima maklumat ada Ahli Parlimen BN yang sedang dipujuk pihak pembangkang dan mengugut kerajaan dengan minta bermacam-macam.
Katanya, ada konspirasi menjatuhkan kerajaan untuk bersekongkol dengan pembangkang bagi tolak Bajet 2016 apabila sidang Parlimen bersambung pada 16 November ini.

"Saya akan perhatikan mereka ini, saya bukan mahu mengugut tetapi beri amaran kepada Ahli Parlimen BN," katanya ketika berucap di majlis perasmian penutup Konvensyen UMNO Terengganu 2015, di sini, hari ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.