Menurut Pandikar, beliau tidak membenarkan perdebatan secara siaran langsung itu kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB.

“Berdebat ini tiada kesimpulan, kalau saya benarkan perdebatan ini, seolah-olah perdebatan lagi penting daripada siasatan PAC, kalau begitu, selepas ini tidak perlu wujudkan sebarang jawatankuasa, cukup dengan debat sahaja.

“Kalau kerajaan mahu teruskan perdebatan ini, saya tidak akan libatkan diri, malah, saya akan mengundur diri sebagai Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini sebentar tadi.

Jelas Pandikar, beliau akan hanya membenarkan perdebatan itu dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana prosiding siasatan PAC mengenai 1MDB.

“Syarat kedua adalah Arul Kanda tidak boleh lagi terlibat (sebagai saksi) dalam mana-mana prosiding siasatan PAC, ini bagi mengekalkan ketelusan,” katanya. - UTUSAN ONLINE




** Melihat perilaku Speaker ini mengingatkan filem Judge Dredd di mana Ketua Hakim meletakkan jawatan bagi menyelamatkan Judge Dredd daripada dihukum bunuh ketika perbicaraan .