Beliau kecewa kerana kerajaan negeri mengabaikan kawasannya dan soalan yang dikemukakannya tidak dijawab.

"Saya tidak faham kenapa kerajaan negeri tidak mendengar masalah rakyat,

Ini membuktikan kerajaan DAP diketuai Lim Guan Eng serta Exconya tak buat kerja  dan juga menganaktirikan kawasan orang Melayu di kampung berbanding kawasan pulau dikuasai kaum Cina.

Walaupun sudah berkali-kali dibangkitkan  sidang DUN seperti projek tebatan banjir  , tetapi kerajaan DAP seperti pekak dan bisu tidak mempedulikan isu dibangkitkan Adun PKR ini  .

Sebabnya Penanti itu kawasan orang Melayu walaupun Lim Guan Eng pernah berjanji di ceramah  PRK Permatang Pauh akan membantu Wan Azizah  di kawasan Parlimen ini  jika PKR  menang . 

Itu baru  berlaku di  kawasan DUN kubu kuat pembangkang  yang dilayan seperti itu , bayangkan kalau DAP   berkuasa di kerajaan Pusat , apakah nasib orang Melayu di kampung-kampung seperti di Baling , Gua Musang dan Besut serta kawasan Felda ? 

Layanan mereka kepada rakan sesama pakatan pun  seolah-olah seperti  sampah. 

Hinggakan nak  minta peruntukkan di DUN  pun terpaksa kena sembah dan menitis air mata. 


Ternyata  ada benarnya ucapan  PM DS Mohd Najib Tun Razak di Perlis   yang  pernah menyebut " ORANG  MELAYU  AKAN BANGSAT  JIKA UMNO HILANG KUASA " klik di sini

Ini  sudah berlaku di P.Pinang ... 

Adun PKR telah buktikan  partinya  pun tiada kuasa di negeri untuk membela orang Melayu hingga terpaksa menangis di DUN untuk merayu kepada DAP .


dulu pernah orang Melayu merayu sembah DAP di Komtar ..kini Adun Melayu
 menangis di DUN ...malang sekali Melayu dihina sebegini ..