..

..

TAKTIK PEMBANGKANG GAGAL JATUHKAN KERAJAAN GAGAL MENERUSI #BAJET2016

on Tuesday, November 17, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Seperti dijangka .Gempak Ahli Parlimen pembangkang nyata hanya sekadar gempak sajalah.Indikasi awal usaha mereka nak jatuhkan kerajaan menerusi langkah menolak Bajet 2016 sudah terang lagi bersuluh.
Pada jam 9 malam Isnin ketika undian dibuat di Dewan Rakyat keatas bajet itu untuk bacaan kali kedua nanti 128 Ahli Parlimen sokong bungkus 74 Ahli Parlimen pembangkang yang tolak.
Dari segi prinsipnya jika pembangkang berjaya menolak bajet ia sama seperti kejayaan undi tidak percaya keatas kerajaan.
Sebanyak 112 undi diperlukan untuk tolak bajet itu.
Antara gempak Ahli Parlimen pembangkang Pakatan Harapan  - PKR-DAP-Amanah kononnya mereka boleh dapat sokongan Ahli Parlimen BN untuk menolaknya.
PAS ambil sikap berkecuali.Namun dalam pengundian ini ada tiga orang di kalangan 14 Ahli Parlimen PAS sudah 'lawan tauke' ikut tolak.

Ini kerana ikut kiraan hanya 71 Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang hadir dalam dewan.

Tiga orang berkenaan ialah Datuk Maufuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena,Kubang Kerian MP Ahmad Baihaki Atiqulah dan Pasir Puteh MP Dr Nik Mazian Nik Mohamad.
Enam Ahli Parlimen dari PAS lain yang hadir dalam dewan semasa pengundian mengambil keputusan berkecuali.
Mereka ialah Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).
Empat lagi Ahli Parlimen PAS termasuk Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir pada sesi petang sidang Parlimen semasa pengundian itu.
Undian itu dibuat setelah kalangan Ahli Parlimen selesai bahas dan kementerian-kementerian selesai gulung.
Ekoran kelulusan itu bajet ini akan mula dibahaskan di peringkat jawatankuasa pula mulai esok.

Sebanyak enam hari diperuntukkan untuk perbahasan bajet diperingkat itu.
Hadir sama pada detik pengundian menerusi belah bagi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib baru saja tiba pulang dari sidang G20 di Turki petang tadi namun menghadiri sidang Dewan Rakyat.Esok selasa beliau akan ke Manila pula untuk hadiri sidang APEC.

Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal tidak hadir kerana berada di luar negara.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan menerusi twitternya selepas BN menang undian menulis :
Keputusan pengundian 128 lwn 74 di Dewan Rakyat mlm 16/11 terhadap Bajet 2016 buktikan usaha pembangkang telah gagal utk jatuhkan Kerajaan..
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Abdul Rahman Dahlan pula tulis di twitter beliau: There will be more attempts by the oppo to block the budget at second and third readings. But today's result is good indication. 
Sebelum itu, ketika proses pengiraan undi, beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba buat drama mereka mempamerkan palakad bertanya mengenai RM2.6 bilion.
Mereka telah buat aksi sama selepas Perdana Menteri membentangkan Baket 2016 dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
Tindakan itu ditegur Ahli Parlimen Tanjung Karang DatukSeri Noh Omar.- 16/11/2015


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.