..

..

TAK CUKUP KERAJAAN ,KINI RUMAH ALLAH MASJID NEGARA DIFITNAH MACAI PEMBANGKANG

on Monday, November 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Pages facebook pro  pembangkang seperti Suara Rakyat memang layak  digelarkan Suara Syaitan !! 

Tak cukup fitnah dilemparkan kepada PM dan pemimpin kerajaan , kini rumah Allah iaitu Masjid Negara difitnah hingga menyebabkan ramai umat Islam sendiri keliru dan mempersenda kepada ulama ,  JAKIM dan kerajaan .

Hanya kerana mendapat gambar terdapat bilik wudhuk VVIP di Masjid Negara, mereka melemparkan tuduhan berniat jahat dan fitnah  hingga menggambarkan ia ajaran agama lain dan juga membandingkan darjat kerana diasingkan ..

Mereka mahu jadikan isu bilik wudhuk VVIP ini sebagai menghasut  rakyat agar membenci dan  menghentam JAKIM dan pemimpin kerajaan  !!

GPB gesa agar laporan polis segera  dibuat terhadap pemilik akaun pages Suara Rakyat ini yang jelas telah memfitnah Masjid Negara dan mewujudkan suasana tidak tenteram dikalangan umat Islam yang terpedaya berita ini . 

#TOLAKFITNAH 






















Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 


berhubung isu gambar Bilik Wuduk VVIP yang telah diviralkan oleh pengguna di laman sosial facebook.

1) Kemudahan Bilik Wuduk VVIP


Umum mengetahui Masjid Negara merupakan masjid yang menjadi tuan rumah kepada acara-acara rasmi agama peringkat persekutuan seperti sambutan maal hijrah, maulidur rasul, hari kebangsaan, hari pahlawan dan nuzul quran. Masjid Negara juga sering dikunjungi oleh SPB YDP Agong, raja-raja, pembesar-pembesar dalam dan luar negara, tetamu-tetamu kenamaan dan duta-duta asing atas lawatan atau urusan rasmi.


 Oleh yang demikian amatlah wajar Bilik Wuduk VVIP ini disediakan sebagai kemudahan kepada tetamu-tetamu ini mengambil wuduk bersesuaian dengan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan ruang menunggu VVIP. Selain itu juga, Kemudahan khas ini mengambil kira prosedur dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.



2) Gambar Bilik wuduk VVIP yang viral agak mengelirukan.


Masjid Negara juga ingin menjelaskan tentang gambar yang diviralkan itu seolah-olah Bilik Wuduk VVIP terlalu eksklusif dengan tanda signage yang besar. Gambar yang diambil itu tidak menggambarkan gambar bilik wuduk VVIP yang sebenarnya. (Rujuk gambar).


Untuk makluman, Masjid Negara mengamalkan polisi bersifat terbuka dan bersedia untuk menerima komen, pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja termasuk orang awam demi kebaikan dan penambahbaikan. Namun begitu Masjid Negara juga berpandangan bahawa setiap teguran dan kritikan perlulah disalurkan dengan cara dan wasilah yang sesuai bukanlah berbentuk provokasi lebih-lebih lagi yang mempunyai niat dan agenda tertentu. Atas sebab itu Islam mengajar kita setiap teguran ada adab dan tatacaranya. 

Contohnya, dalam bab solat jemaah, makmum boleh menegur imam yg tersilap dengan kaedah ucapan ‘subhanallah’ bagi lelaki dan bertepuk bagi perempuan. Namun kedua-dua cara teguran tersebut bukan dilakukan dengan cara bertempik atau menepuk dengan kuat tetapi memadai ia dapat difahami oleh imam. 

Lihat juga bagaimana al-Quran mengajar Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS agar berdialog dan menegur kebongkakan Firaun dengan cara berhemah dan berlembut sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan yang dimaksudkan dengan kata yang lemah lembut itu ialah tidak menegur dan berkata-kata melainkan dengan saling harmoni dan bahasa yang lembut.
Ringkasnya, teguran adalah satu kewajiban di atas dasar “amar maaruf nahi munkar” namun ia perlu dilakukan dengan konsep yang digariskan seperti berikut:

1) Teguran adalah dengan niat dan tujuan baik.
2) Teguran dilakukan dengan hikmah tidak sampai menyinggung perasaan dan boleh menimbul kemarahan.
3) Teguran tersebut tidak sampai mengaibkan, seperti menegur di depan orang ramai dan secara terbuka.
4) Teguran hendaklah dilakukan dengan cara bersemuka atau apa-apa cara yang berniat ikhlas.


Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad
Imam Besar Masjid Negara
 



8 Responses

  1. Anonymous says:

    tak usah cakap banyak la puak2 pembangkang. macam korang amat telus dan tidak berkasta. nak tanya, masa bila pemimpin agung yang korang sanjung sangat tu boleh berkongsi jamban dengan golongan marhein? guan eng pernah kongsi jamban awam dekat stesen baskah?

  2. Anonymous says:

    Kalau macam tu betul la ada...minta minta lepas ni para cerdik pandai agama islam buat lah ketetapan pula..VVIP yg mati hendaklah dilayan dgn kain songket bertatah emas.batu berlian....Baru betul..
    Itu lah pandainya betul ditegur melenting..tapi perbuatan tu mengampu namanya...Tak berpihak dibumi nyata yg manusia ni bila mati sama saja di sisi allah.

  3. Anonymous says:

    Disahkan sendiri oleh Imam Besar Mesjid Negara; memang ada kasta dalam melayani tetamu mesjid.VVIP tak boleh campur dgn kaum marhaen lain. Betul tak Imam?

  4. Anonymous says:

    Bilik Wudhu VVIP ni amat PENTING untuk menjaga KESELAMATAN pemimpin negara Islam/Melayu; ini bukan pasal nak penghinaan pada rakyat; isu yg. diPUTARBELIT oleh MUSUH-MUSUH Islam/umatnya mcm. isu DAJAL depa nak YAB PM dan para Menteri kita naik kapalterbang biasa spt. MAS - bayangkanlah YAB PM kita dan Menteri-Menteri lain sewenangnya terpaksa mengambil Wudhu tanpa kawalan KESELAMATAN KETAT, terutamanya dari pelbagai serangan puak TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1, yang amat ANTI-ISLAM serta umatnya, terutamanya YAB PM dan Menteri-Menteri Islam/Melayu kita sekarang. Lihatlah kes si PTERORIS BANGSAT dari India yg. MENAMPAR Tuan Imam Masjid Negara - nasib baik dia tak guna senjata!

    Jadi Masjid Negara JANGANTERPERANGKAP dengaq pandangan PENIPU sosial media PEMBANGKANG!

    Nek Tempoyak.

  5. Anonymous says:

    Maka sebab itu amat penting untuk PDRM/KDN dan para pengawal YAB PM dan para Menteri kita, mengawal di sekitar Masjid pada hari Jumaat atau apabila ada upacara rasmi. Aku syak si PENJENAYAH dari India yg. tampaq Tuan Imam kita ni mungkin tengah "TESTING" sekuriti kat Masjid Negara ni, dan nampak sangat sekuriti di sana LEMAH kerana kita tak terpikiaq yang MUSUH akan cuba menyerang di tempat ibadat atau ketika kita tengah sembahyang!

    Nek Tempoyak.

  6. Anonymous says:

    HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

    TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

    DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

    JUMPA LAGI DI PRU-14.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

  7. Anonymous says:

    HARGA ROKOK DINAIKKAN SECARA MELAMPAU SEBANYAK RM3.20, DARI RM13.80 KEPADA RM17.00. KENAIKAN TERTINGGI INI TIDAK MASOK AKAL, TIDAK PERNAH BERLAKU DI DLM MANA2 PIMPINAN UMNO/BN SEBELUM INI.

    TERIMA KASIH KPD KERAJAAN NAJIB, KERANA KERAJAAN NAJIB SUDAH TIADA IDEA UNTUK MENJANA PENDAPATAN NEGARA.

    DI SINI DAN DI MANA-MANA PON, TIDAK ADA LAGI PENGUNDI/PEMINAT/PENYOKONG UMNO/BN.

    JUMPA LAGI DI PRU-14.

    SEKIAN TERIMA KASIH.

  8. Anonymous says:

    Anom 5:44 pernah kah awak tengok selama ini ada jenazah yang dikapankan dengan songket atau benang emas. Raja-raja pun yang aku tahu dikapan dengan kain putih sahaja.

    Kau ni silap arah atau penganut agama lain. Mungkin kau ingin dipakaikan dengan kot, tali leher, kasut kulit buaya macam mendiang sahabat kau.

    Inilah bila banyak sangat manusia LGBT yang JIWA KACAU. Apa sahaja penerangan yang rasional dan lojik dianggap mengampu.

    Namun bila membela peliwat yang telah dibuktikan air mani 4cm dalam lubang jubur sanggup, pula meraung umpama orang gila terlepas kandang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.