..

..

SUDAH LAH TUN MAHATHIR JANGAN LAWAN TAKDIR , MUHASABAH DIRI MENGAPA GAGAL JATUH NAJIB

on Wednesday, November 11, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




1. Benar juga, masa akan menentukan kebenaran. Kini satu persatu berkaitan kebenaran bermunculan. Jika sebelum ini, didakwa bahawa Peguam Negara yang baru Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peghalang kepada siasatan terhadap 1MDB dan wang derma RM2.6bilion, rupanya, beliau telah mengarahkan SPRM menyiapkan siastan termasuk rakaman percakapan Perdana Menteri dan dikemukakan kepada beliau pada akhir bulan Oktober, namun pihak SPRM sendiri yang meminta tempoh sehingga hujung tahun.

2. Pihak pembangkang dan pengeritik Perdana Menteri mempolitikan perlantikan Peguam negara baru, kononnya sebagai tindakan menghalang siasatan, rupanya, perlantikan peguam negara baru adalah bertujun mempercepat siasatan.

3. Walaupun berbagai anggapan dan dakwaan ditimbulkan pengeritik Perdana Menteri, sejak awal Ogos, hanya melalui kenyataan Tan Sri Mohamed semalam seperti mana dilaporkan portal online The Malaysian Insider, terdedah apa yang sebenarnya berlaku.

4. Tidak diketahui alasan yang diberikan SPRM meminta waktu untuk menyiapkan siasatan, namun melihat kepada kerumitan siastan tersebut, adalah penyebab kepada perpanjangan masa.

5. Menurut Mohamed Apandi, sebaik sahaja Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan, agar siasatan terhadap 1MDB dipercepat, pada malam itu, beliau telah mengarahkan SPRM mempercepat siasatan dan mengemukakan hasil siasatan kepada beliau pada akhir bulan Oktober.

6. Jika dilihat daripada berbagai rancangan menjatuhkan DS Najib dengan mempergunakan isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion, khususnya datangnya daripada mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad. Mantan Perdana Menteri itu, turut menyertai Bersih4, dan mendesak agar dilakukan undi tidak percaya kepada DS Najib di Dewan Rakyat.

7. Pembangkang menyahut desakan Tun Dr Mahathir tersebut dengan mengemukan usul pada 22 oktober lalu, dan usul itu tersenarai diurutan ke-31 aturan sidang Dewan Rakyat. Apa kah usul akan dibahas, tergantung kepada Speaker Dewan Rakyat, kerana menurut peraturan Dewan, sesebuah usul boleh dibahas jika dikemukan 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

8. Menyedarai, bahawa usul itu tidak akan dibahas pada sesi parlimen yang berakhir pada 3 Disember, pembangkang mengambil tindakan lain, iaitu menerusi penolakan Bajet2016 yang akan dibacakan untuk kali kedua pada 16 November. Pembangkang memerlukan 112 undi. Melihat kepada jumlah MP pembangkang yang hanya ada 71, maka memerlukan sokongan 41 MP daripada Bn. Lim Kit Siang berangan-angan, kononnya 22 MP daripada Sabah 25 daripada Sarawak kononnya akan menjadi kingmaker menjatuhkan DS Najib.

9. Melihat kepada keadaan semasa, angan-angan Lim Kit Siang itu tidak akan menjadi kenyataan, dan setengah pihak hanya menganggap tindakan tersebut hanya merupakan gimik.

10. Sebenarnnya Tun Dr Mahathir tersangat tahu, bahawa pergantian Perdana Menteri hanya berlaku, jika Presiden Umno berganti, kerana secara konsesus, Presiden Umno dilantik sebagai Perdana Menteri. Melihat keadaan ini, sebenarnya Tun Mahathir tahu benar, bahawa beliau pasti gagal menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri. Tetapi, mengapa mantan Perdana Menteri itu, masih juga meneruskan agendanya???


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.