..

..

SELEPAS 2 TAHUN , GUAN ENG NAIKKAN LAGI GAJI EXCO & ADUN P.PINANG 100 %

on Monday, November 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


2 penggal kerajaan DAP memerintah P.Pinang ..2 kali gaji elaun Adun dan Exco naik !!
Naik pulak bukan seperti negeri lain , 100 % kenaikan tu ...
Bayangkan kalau lagi setiap penggal naik gaji seperti di bawah kerajaan DAP , seronoklah Adun2 dan Exco kerajaan DAP .
 Rakyat P.Pinang  pulak dikenakan pelbagai kenaikan caj seperti tarif air , surcaj air , cukai pintu dan lain-lain .

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dijangka meluluskan pindaan yang akan menyaksikan anggota exco kerajaan negeri mendapat peningkatan gaji hampir 100 peratus manakala gaji ADUN pula akan berganda.
DUN bersidang mulai hari ini hingga Jumaat.
Ia dijangka meluluskan pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang,1980, untuk membolehkan kenaikan gaji untuk exco negeri, ADUN dan pemimpin pembangkang negeri.
Kenaikan gaji akan membabitkan semua kategori, termasuk speaker DUN Pulau Pinang tetapi tidak melibatkan gaji ketua menteri.
Pindaan yang dijangka diluluskan pada Jumaat ini akan menyaksikan kenaikan gaji berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun depan.
Kali terakhir gaji wakil rakyat di Pulau Pinang dinaikkan adalah pada tahun 2013, selepas Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) mengekalkan negeri untuk penggal kedua.
Elaun ketua pembangkang negeri Datuk Jahara Hamid akan dinaikkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 (50 peratus kenaikan), manakala gaji pokok speaker Law Choo Kiang akan dikaji semula dari RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Gaji anggota exco kerajaan negeri pula akan meningkat daripada RM6,109.29 kepada RM12,109.29.
Semua gaji 40 ADUN akan hampir berganda daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo, apabila diminta mengulas berkata: "Gaji kami adalah antara yang paling rendah di negara ini".


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.