..

..

SELCAT DIGESA SIASAT DEIG TAWARAN PINJAMAN BANK RM500 JUTA & CAGAR ASET NEGERI

on Sunday, November 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 – Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) perlu menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat kumpulan itu.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam siasatan itu, SELCAT mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salahguna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.
“Di samping itu, tidak dapat disangkal lagi wujudnya merit bagi Jabatan Audit Negara menjalankan kajian secara mendalam demi menentukan kesahihan semua dakwaan yang dibuat terhadap DEIG,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rabu lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional (BN) dalam satu sidang media menuntut Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, memberi penjelasan berhubung tindakan DEIG menerusi anak syarikatnya, DEIG Land Sdn Bhd (DEIG Land) yang didakwa menerima tawaran
pinjaman berjumlah RM500 juta daripada sebuah bank tempatan.
Beliau mendakwa pinjaman itu untuk mengambil alih dan melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berjumlah RM424.7 juta.
Budiman berkata pinjaman berkenaan dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah yang melebihi jumlah pinjaman.
Ketua Pegawai Operasi DEIG Soffian Affendi Aminuddin sebelum ini, dilaporkan mengakui pernah memohon kepada bank untuk pinjaman itu dan menerima tawaran pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, katanya cadangan tawaran itu tidak diluluskan di peringkat lembaga pengarah syarikat DEIG.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menegaskan tiada sebarang perintah pembangunan dikeluarkan semasa pentadbirannya bagi mana-mana projek pembinaan lebuh raya bertol di Selangor.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.