Jahara berkata, Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir tidak boleh berterusan mengamalkan politik dua alam.

Katanya, Barisan Nasional (BN) negeri tidak mempunyai masalah untuk 'menerima' Mohd. Salleh sebagai pembangkang.

"Kalau beliau patuh pada apa yang Pas pusat putuskan, beliau boleh sertai kami sebagai pembangkang dan tidak semestinya menyokong UMNO dan BN," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE