..

..

RUPANYA BUKAN JKKK PAS LETAK JAWATAN TAPI KENA PECAT KERAJAAN DAP

on Thursday, November 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Kerajaan Pulau Pinang memecat semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) PAS di negeri ini yang dikesan tidak menyokong pakatan harapan. 


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon membuat pengesahan itu. Beliau berkata, kerajaan negeri sudah melakukan semakan terhadap ahli JKKK sedia ada termasuk menghentikan perkhidmatan terhadap ahli PAS. Katanya, pemecatan itu termasuk terhadap 10 JKKK PAS di Parlimen Kepala Batas.

 "Tiada isu mereka menarik diri daripada memegang jawatan berkenaan. "Kita memang sudah menghantar surat untuk memberhentikan perkhidmatan JKKK PAS di kawasan parlimen itu. 

"Kita sudah menggantikan mereka dengan individu yang menyokong pakatan harapan," katanya pada sidang media di Bangunan DUN di sini, sebentar tadi. 


Kelmarin, PAS Kepala Batas mengumumkan pendirian untuk menarik diri dari memegang jawatan dalam JKKK berkuat kuasa serta-merta. Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali, berkata keputusan itu dibuat kerana PAS bukan lagi rakan dalam kepimpinan kerajaan negeri. Beliau berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat PAS Bahagian Kepala Batas pada September lalu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.