..

..

RAFIZI TAKUT BAYANG-BAYANG , CUBA MENYIBUK BACKUP SIDANG MEDIA WAN AZIZAH

on Thursday, November 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kenapa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli terlalu takut untuk menjawab soalan-soalan ditanya wartawan portal BNBBC.my dan Antarapos?
Malah, rasa fobia Ahli Parlimen Pandan itu terutama terhadap portal BNBBC.my menyebabkan beliau turut melarang Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawab soalan dalam sidang media selepas mesyuarat Pakatan Harapan di bangunan Parlimen, Rabu.
Wartawan BNBBC.my Nur Aslinda Nasir dan wartawan Antarapos Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar antara yang hadir.
Ketika Wan Anis bertanya kepada Wan Azizah, Rafizi yang berdiri di belakangnya mencelah berkata, “ itu dari Antarapos, sebelah dia BNBBC,”.
Soalan Antarapos mudah, adakah PKR akan memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan?
Rafizi kelihatan cuba menjawab soalan yang ditujukan kepada Wan Azizah tetapi terus diam apabila ketuanya itu menjawab.
Selepas beberapa  soal jawab, wartawan BNBBC.my mencelah meminta Pakatan Harapan menyatakan pendirian atau pandangan mengenai tiga ahli parlimen PAS yang menyokong undi tolak Bajet 2016 Isnin lalu.
Rafizi sekali lagi mencelah, “pergi tanya dia oranglah, cakap terima kasih sahajalah Kak Wan kepada BNBBC dan Atarapos ni,” kemudian disambut dengan pimpinan Pakatan Harapan lain yang turut menyatakan perkara yang sama ‘it’s not our business’.
Dalam keadaan yang tiba-tiba kecoh, Wan Azizah berkata, ‘takkan saya nak jawab? Ha..terima kasih sahajalah’.
Jawapan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencetuskan suasana bising beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir dalam sidang media itu.
Antaranya Datuk Mujahid Yusuf Rawa, Anthony Loke, Shamsul Iskandar Mat Akin, Teo Kok Seong dan Liew Chin Tong.
Persoalannya kenapa Rafizi menyibuk mencelah sedangkan soalan diaju kepada Wan Azizah?.
Apakah beliau yang selama ini kelihatan hebat di Dewan Rakyat dan buat macam-macam kenyataan yang dilaporkan media pro pembangkang, tidak berani berdepan soalan-soalan yang beliau fikir akan kena ‘spin’?.
Ayuh Rafizi, jangan takut pada bayang-bayang sendiri!.
Perbuatannya menghalang Wan Azizah menjawab soalan mudah itu juga boleh member gambaran Presiden PKR itu juga ‘kantoi’ – kerana mengikut telunjuk Rafizi.


One Response

  1. Bro... buang link 1CiliPadi dalam blog list. Banyak kali naik amaran treat...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.