..

..

PROJEK DAH HABIS RM11 JUTA TAPI BANJIR PERMATANG RAWA TERUS BERLAKU

on Tuesday, November 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pada awal bulan Mei yang lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Haji Mohd Rashid Hasnon pernah memaklumkan kerajaan negeri telah memperuntukan RM11 juta untuk projek tebatan banjir di Kampung Permatang Rawa.

Namun, perkara itu amat mendukacitakan apabila projek yang memakan RM11 juta itu dilihat tidak memberi kesan positif, sebaliknya kesannya lebih teruk dan penduduk setempat terpaksa mengharungi banjir kilat setiap kali hujan turun.

Persoalannya, benarkah kerajaan negeri telah memperuntukan RM11 juta untuk projek tebatan banjir di kawasan berkenaan?? Jika benar, mengapa hasilnya masih berlaku banjir di kawasan berkenaan jika projek telah dijalankan??

Jika dipantau kawasan yang dilanda banjir di kawasan Parlimen Permatang Pauh itu, dapat dilihat projek tebatan bernilai RM11 juta yang dilancarkan pada awal bulan Mei lalu seakan-akan tidak pernah dijalankan.

Secara logiknya, jika benar projek tebatan yang bernilai RM11 juta dilaksanakan dengan jujur, sudah pasti masalah banjir tidak akan berlaku di kawasan itu tetapi masalah ini tetap berlaku. -UTARANEWS- 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.