..

..

POLIS AKAN SIASAT PERTEMUAN NURUL IZZAH - JACEL KIRAM - @Zahid_Hamidi

on Sunday, November 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Polis akan melakukan siasatan berhubung pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Perdana Menteri berkata, kertas siasatan mengenainya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

 Beliau menyifatkan perbuatan Nurul Izzah itu seolah-olah satu 'pengiktirafan' kepada Kesultanan Sulu yang berada di belakang tabir pencerobohan di Lahad Datu, beberapa tahun lalu. 

"Pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan kerana seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa perbuatan Kesultanan Sulu," katanya. 

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitand di pejabatnya di Perdana Putra, di sini, sebentar tadi. 

Nurul Izzah pada 9 November lalu memuat naik gambar pertemuannya dengan Puteri Jacel H Kiram, di laman Facebook miliknya yang mendesak pembebasan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3 Responses

  1. aku melayu says:

    2.6 billion bila nk siasat ,,,tu pun melibatkan kepentingan negara gak tu wahai zahid.....jadi pemimpin ni wak kena adil....

  2. Anonymous says:

    Oii! anjing DAP & PKR pi siasat mana mai duit parti hangpa. Mafia mana dok support hangpa selama ni. Cuci pungkoq sendiri dulu.

    Jika berani mai sama-sama bagi rakyat tau duit hangpa pula mai dari mana. Jika tak berani simpan teloq dalam kain mak hangpa.

  3. Anonymous says:

    Dah sah bersekongkol dengan musuh negara sanggup mengaku kedaulatan Sabah hak pengganas apa nak siasat lagi bukankah itu satu bukti pengakuan.

    Nak layan anak macam bapak jugak kah. Apa lagi istimewanya kaum keluarga pengkianat negara. Zahid cakap kuat sahaja.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.